Jumaat, Disember 28, 2012

Keputusan Terbaik

Actually, post kali ini saya bercadang untuk berkongsi sesuatu yang berkaitan dalam membuat keputusan. Dalam hidup ini kadang-kadang kita banyak bersandar kepada emosi semata-mata, namun kita tidak melihat secara terperinci apa yang terbaik kita buat.

Ketika kita ditimpa kesusahan, masa tersebut kita banyak menangis dan menyesal kerana salah membuat perhitungan. Tetapi, jika kita yakin kerana Allah, nescaya kita berpegang pada kenyataan takdir itu sendiri. Ramai yang terlalu takut menerima hakikat kadangkala hidup mereka adalah hasil pengorbanan orang lain. Sebab itu saya ingin berkongsi suatu cerita.

Percintaan melibatkan dua hati, perkahwinan melibatkan dua hubungan bergabung. Sebab itu saya melihat apabila percintaan saya hampir hancur, saya cuba untuk perbaikinya. Namun apabila muncul calon yang lebih baik, saya lepaskan si dia walaupun hati saya berat untuk melihat dia bahagia.  Mungkin catatan ini tidak dibaca olehnya, namun saya yakin dia bahagia di luar sana.

Abah saya nasihati saya supaya lupakan orang yang hatinya sudah tiada untuk kita, kerana apa sahaja yang kita buat tidak akan disukai olehnya. Menangis dan bersedih tidak salah, namun tidak perlu keterlaluan. Apabila saya menilai kembali apa yang terjadi, saya membuat keputusan yang paling drastik dalam hidup saya. Daripada terlalu bertahan, saya memilih untuk menyerah.

Saya membuat satu catatan panjang mengenai apa sahaja yang saya boleh buat supaya dia menjauhi saya, antaranya membuat gangguan psikologi padanya. Ramai yang mengetahui wanita tidak mengemari lelaki yang terlalu obses kepada mereka malah cara yang terbaik adalah lahirkan sifat cemburu yang nampak keterlaluan. Demi Allah, apabila saya merancang untuk menjauhinya, saya menangis berkali-kali kerana saya tahu susah mencari pengganti seperti dirinya. Tetapi saya tahu ada baiknya saya menjauhi dirinya.

Tidak perlu saya ceritakan begitu detail apa yang saya buat, tetapi saya tahu di luar sana ramai lelaki yang ingin mengetahui kaedah untuk membuatkan pasangan meninggalkannya. Strategi yang mudah, ketahui apa yang perempuan tidak suka. Timbulkan suasana ketegangan, jangan bertolak ansur, memaksa. Kaedah ini dalam tempoh jangka panjang pasti terhasil.

Untuk perbaiki hubungan juga ada caranya. Tetapi saya rasa tidak layak untuk saya komen dalam penulisan saya kerana saya gagal dalam perkara ini. Tetapi, banyak pengalaman yang saya timba. Bak kata sahabat saya, ramai lagi pengganti di luar sana, jadi mengapa perlu bersedih?

Note: Buku La Tahzan banyak nasihat yang berguna.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan