Khamis, Disember 13, 2012

Perasaan Bila Putus Cinta

Sangat perit bila kita lalui keadaan ini. Rasa macam dunia dah berakhir, air mata jatuh bergelen-gelen. Benar, sebagai manusia normal, saya juga pernah lalui keadaan sebegitu. Allah sahaja yang memahami betapa sedihnya. Namun, dalam al Quran ada tercatat;
"Dan kami ciptakan kamu secara berpasang-pasangan" An-Naba..

Allah itu Maha Pengatur. Apa yang Allah takdirkan itu bersesuaian dengan apa yang kita kerjakan. Di saat saya putus cinta dahulu, perasaan marah, kecewa, merungut malah segalanya muncul dalam hidup saya. Mahu rasanya saya ceritakan segalanya, namun Allah takdirkan saat saya ingin lakukan sebegitu, saya jatuh sakit, pertunangan kakak saya terputus dan saya disibukkan dengan urusan pekerjaan dan pendididkan.

Masa pun berlalu. Ketika itu saya dalam kondisi yang sangat tenang. Saya mula berfikir dan menilai apa yang terjadi. Bekas pasangan saya sebelum ini meluahkan perasaan tidak gembira bersama saya. Saya mula berfikir;
-aku beri perhatian kepadanya, namun kenapa dia masih tidak menerima aku?
-aku berikan kasih sayang kepadanya, namun kenapa dia masih tidak menerima aku?
-aku jaga nama dia, namun kenapa dia masih tidak menerima aku?
-aku berikan wang kepadanya, namun kenapa dia masih tidak menerima aku?

Ketika itu, saya berada di office. Untuk merawat hati yang sangat terluka, saya ambil keputusan untuk hirup angin malam. Malam itu cuacanya sangat bagus. Dalam diam-diam, kelakuan saya diperhatikan oleh pengawal keselamatan. Namanya Hamdan. Saya memang rapat dengan dia kerana dia sangat periang.

Kami berbual dan tanpa diduga, air mata saya tetiba jatuh. Mulalah saya bercerita hubungan saya bersama kekasih terputus di tengah jalan. Tengah rancak-rancak bercinta, tetiba Hamdan pun menangis. Dia bukannya kecil, umur dah menjangkau 50-an. Saya pula yang jadi risau!Saya mula bertanya.

Akhirnya, cerita yang saya terima, isteri beliau sudah meninggal hampir 8 bulan. Saya terkedu, mana kan tidak, dari perwatakkan dia sangat periang. Mungkinkah dia sengaja sembunyikan kesedihan hatinya?

Saya beruntung kerana Allah tidak jadikan saya melalui saat sebegitu. Melihat air mata dia yang mengalir membuatkan hati saya menjadi sabar.

Mulalah saya kembali berfikir. Jika benar saya cintakan seseorang, mengapa saya tidak bantu dia menjadi bahagia? Saya mengetahui kelemahan dirinya.

Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Saya mula menghantar messages2 yang mengandungi kata-kata nasihat, peringatan dan pengajaran. Saya faham dia tidak akan menjawab message2 saya. Di dalam hatinya merasa rimas atas kewujudan saya. Saya sedih, namun saya berusaha hinggakan dia minta saya berhenti ganggu dia. Bila sebulan berlalu, saya tidak nampak hasil perubahan. Saya menjadi kurang sabar, lantas saya message sahabat dia yang meminati dia. Benar, peraturan yang saya langgar. Jangan ganggu orang yang meminati dia! Tetapi dia sahaja yang saya ada message.

Beruntungnya, saya diejek kerana hal sebegitu. Akhirnya saya mendapat hasil yang ingin saya lihat.

Dia dah berani bersuara dan luahkan perasaan dia!

Alhamdulillah, saya harap semangat itu akan kekal dalam hidup dia. Walaupun saya sangat sedih tidak dapat bersama dengan dia, namun saya bersyukur saya masih mampu lakukan sesuatu untuknya.

Ikhlas daripada,
Rozek

3 ulasan :

  1. sabar ye rozek... ak pun pnh lalui saat cmtu, tp sesuatu yg terjadi tu ade hikmahnya...

    BalasPadam
  2. itulah shida..hidup ini banyak dugaannya..kadang2 apa yang kita rancang tidak menjadi

    BalasPadam
  3. shida, bila kita besendirian ini, yang jadi peneman adalah blog kan? huhu

    BalasPadam