Rabu, Oktober 20, 2010

TM Liga Malaysia 2010 Separuh Akhir Pertama

LAPORAN EKSKLUSIF DARI ROZEK SUKA DITAG

Malam ini mencatatkan dua keputusan perlawanan iaitu pertemuan antara Kedah dan Kelantan di Stadium Darul Aman dan Negeri Sembilan bertemu Johor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Pertemuan yang menyaksikan pasukan Kedah bertemu Kelantan terikat seri tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan mempamerkan kelebihan masing-masing. Pasukan Kedah yang bermain di laman sendiri membariskan 4 tonggak utamanya bertali arus menyerang ke pasukan lawan namun pasukan pelawat nampaknya gah mempamerkan daya pertahanan. Pasukan pelawat memperolehi peluang terbaik untuk membuka jaringan apabila hantaran silang pada separuh masa kedua yang disambut kapten pasukan, Khairuddin Omar berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula menyaksikan pasukan pelawat Johor FC berjaya mencipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada minit ke 88. Dengan kelebihan ini maka Negeri Sembilan harus mencatatkan kemenangan dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan nanti. Jadual pusingan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 23 Oktober 2010.

p/s : siapa yang bakal ke Pusingan Akhir nanti?

2 ulasan :