Ahad, Oktober 31, 2010

Laporan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

Dari meja Rozek Suka DiTag

Berjaya menewaskan


Ahad, 30 Oktober 2010 - Pertemuan yang menyaksikan dua gergasi Piala Malaysia 2009 kembali bertemu pada musim ini. Negeri Sembilan yang kehilangan penyerang utamanya, Zakuan Adha akibat kecederaan menurunkan Shahurain sebagai penyerang utama dan pertahanan terbaik mereka antara gandingan Aidil Zafuan dan Sukur Adan. Kelantan pula membariskan kebelasan utama mereka dalam serangan namun kecacatan di bahagian pertahanan kerana beberapa pemain pertahanan mereka mengalami kecederaan.

Pada separuh masa pertama, Negeri Sembilan mendominasikan permainan. Pelbagai cubaan menarik ke arah tiang gol dilakukan namun jaringan mula diperolehi pada minit 14 apabila Negeri Sembilan diberikan sepakan penalti. Sepakan penalti ini diberikan setelah S.Kunalan dijatuhkan oleh penjaga gol Kelantan. Penalti ini disudahkan Shahurain bagi membolehkan Negeri Sembilan mendahului 1-0 dan kedudukan ini kekal sehingga tiupan akhir separuh masa pertama.

Babak separuh masa kedua bermula. Tiada sebarang pertukaran pemain pada permulaan. Cuma Negeri Sembilan melakukan beberapa pertukaran posisi. Kelantan mula mempamerkan rentak serangan yang semakin kemas berbanding separuh masa pertama. . Namun serangan Kelantan berjaya dikawal oleh gandingan mantap pertahanan Shukur Adan dan Aidil Zafuan. Detik mendebarkan bagi Negeri Sembilan terasa apabila kapten mereka, Aidil Zafuan terpaksa diusung keluar akibat mengalami kecederaan. Ketiadaan Zafuan mula menampakkan pertahanan Negeri Sembilan semakin goyah.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin pasukan Kelantan. Pada minit ke56 pasukan Kelantan berjaya mendapatkan gol persamaan apabila Hairudin berjaya menanduk cantik masuk bola ke tiang gol Negeri Sembilan. Tanpa menunggu masa yang lama,pada minit 64 sekali lagi penjaga gol Negeri Sembilan ditewaskan apabila Badhri Radzi membawa bola bersendirian dan melepaskan sepakan dalam sudut penalti. Kedudukan 2-1 ini kekal sehingga wisel terakhir.

Video-Video Jaringan Gol Pusingan Akhir (sumber)

p/s: sangat terhibur dengan sokongan padu dari penyokong Kelantan. Cuma kejadian biasa yang berlaku melibatkan segelintir sahaja penyokong Kelantan mengganggu rentak permainan. Jangan jadi bak kata pepatah, "ayam menang bertanding tetapi kampung tetap tergadai". Apapun, tahniah kepada pasukan negeri Kelantan!

2 ulasan :

  1. Tahniahh..besh2.... ahaksss..i Likee.. Gomo klate gOmooo

    BalasPadam
  2. bru ari ni dpt dgr lagu blog abg rozek!
    rndu sgt2 lagu ni!~

    BalasPadam