Assalammualaikum..
Waaaa, tadi lepas kelas Z rasa
tension sgt. Kerja makin bertambah, exam, study, masalah kewangan,
kesihatan dan hubungan berkumpul menjadi satu. Apatah lagi InsyaAllah
hari Rabu ada performance review. Ada pula assignment, memang kepala
menjadi beban.
Mujurlah Allah beri satu kekuatan pada Z
yakni sifat S.A.B.A.R. Realitinya memang Z sedikit gopoh gapah, emo dan
buruk2 lah. Z cuma boleh kembali ke jalan yang mudah kita sebut,
berserah pada Allah. Kita diajar ketika dalam kesukaran banyakkan
berzikir agar dilembutkan hati, beristighfar agar diberikan rezeki yang
halal dan bersedekah ketika mampu. Apa yang berlaku semuanya ujian.
Z
teringat satu cara kurangkan tekanan yakni berbual dengan sahabat. Z
call Icad, Shida dan Azreen. Bila kita tiada pasangan, sahabatlah tempat
kita luah perasaan. Dahulu pasangan Z adalah sahabat, kawan malah Z
anggap sebagai isteri.Setiap detik Z ingin bersama dia malah setiap
kesalahan yang Z buat, automatik Z akan bercerita kepada dia.
Alhamdulillah, Allah juga hindarkan sifat dendam dalam diri Z walaupun hubungan kami tidak berjaya. Mungkin kerana sokongan sahabat dan keluarga.
Dalam
konteks ini, Z tidak salahkan langsung pasangan Z. Bila fikir,
tanggungjawab mendidik adalah tugas seorang suami. Bagi perempuan,
mereka rasa tidak perlu?
Tak mengapa, dalam hidup ini banyak cabaran dan rintangannya..
Tiada ulasan :
Catat Ulasan