Alkisah dua orang pesakit...
Dua pesakit, yang sakit kronik duduk di dalam bilik
hospital yang sama bertingkap satu. Setiap
mereka hanya dibenarkan untuk duduk tegak
sejam sehari pada waktu tengahari untuk
jururawat membersihkan katil. Selain itu, dua
lelaki itu hanya terlantar sepanjang hari.
Daud dan Din bercakap tanpa henti setiap hari.
Mereka berbicara mengenai isteri, keluarga,
rumah, kerja dan tempat di mana pernah pergi
bercuti.
Setiap tengahari, Daud yang katilnya bersebelahan
dengan tingkap akan melihat ke luar dan
memberitahu Din apa yang dia lihat di luar
tingkap.
Perkara ini berulang sehingga Din sentiasa
menanti-nanti waktu tengahari untuk Daud
bercerita bagaimana keadaan di luar tingkap.
Daud memberitahunya pemandangan di luar
tingkap agak cantik – ada tasik dan itik dan angsa
sedang berenang dan kanak-kanak melepaskan
bot kertas buatan mereka.
Daud juga memberitahu ramai juga yang berkelah
di tepi tasik, duduk di bawah pokok bersama
keluarga dan orang tercinta…
Daripada tingkap tersebut, juga kelihatan
bangunan pencakar langkit secara jauh.
Daud menceritakan segalanya dengan penuh
terperinci sehingga Din menutup mata
membayangkan keadaan di luar sana
sebagaimana yang digambarkan Daud.
Pada satu waktu tengahari yang panas, Daud
menceritakan ada satu pesta di tepi tasik
walaupun Din tidak dapat mendengarnya, tapi
cerita Daud yang penuh terperinci memberikan
Din satu gambaran bagaimana pesta tersebut
berlangsung.
Waktu malam tersebut, Daud memberitahu Din…
“Selama hidup ana ini, ana mengejar segala benda
– duit, kereta, nama – kerana merasakan itu akan
membawa kegembiraan pada ana. Ana ingat
menjadi kaya akan gembira – ana berpakaian
seperti orang kaya pulang ke kampung – saudara-
mara bersenyum dan juga cemburu pada masa
yang sama. Mereka tidak merasai kegembiraan
ego saya. Ana membeli rumah besar dan
menjemput semua rakan dan keluarga untuk
house warming untuk tunjukkan rumah besar ana
– ana ingatkan itu kegembiraan membuat orang
cemburu dan iri hati pada kejayaan saya. Ana tak
pernah memikirkan untuk mengembirakan orang,
tapi ana hanya ingin menggembirakan diri
sendiri…
Masa ana sakit ini, baru ana sedar cincin besar ana
tidak membawa kegembiraan seperti yang
diharapkan. Ana baru sedar kereta Mercedes di
rumah ana tidak membawa kegembiraan yang
ana harapkan. Ana baru tersedar rumah besar
hanyalah rumah besar yang tidak membawa
makna dan kegembiraan pada ana. Ana baru
sedar hidup sebenarnya mudah – ana tak perlu
mengejar benda-benda permainan manusia, ana
hanya perlukan seorang kawan. Ana hanya
perlukan keluarga yang ribut hujan mahu panas
dapat bergembira bersama. Ana baru faham, menggembirakan orang lain adalah kegembiraan
yang sebenar. Jika ana boleh hidup semula, ana
akan luangkan lebih banyak masa pada keluarga
dan orang-orang penting – ana akan gembirakan
mereka daripada diri sendiri… Dah nak mati baru
ana tersedar…. Alangkah baiknya, kalau manusia
boleh belajar bagaimana untuk hidup sebelum
mereka belajar tentang mati…”
Daud diam seketika… Din tidak mengejutnya dan
membiarkan dia tidur…
Besok pagi, bila Din bangun, jururawat sedang
membersihkan badan Daud yang tidak lagi
bergerak. Daud sudah meninggal…
Setelah segalanya selesai, Din meminta jururawat
untuk memindahkannya ke tepi tingkap.
Jururawat dengan sukarela memindahkan Din.
Din bangun dalam keadaan sakit untuk melihat di
luar tingkap yang arwah sering menceritakan
keadaannya kepada dia…
Tiada tasik, tiada pemandangan yang disebut-
sebut arwah, yang ada hanyalah satu tembok
kosong.
Bila jururawat sampai, Din bertanyakan kepada
jururawat – mengapa arwah boleh bercerita
dengan penuh terperinci perkara-perkara menarik
yang berlaku di luar tingkap setiap tengahari
padanya.
“Arwah dah buta lama ketika penyakitnya menjadi
kronik. Rasanya arwah ingin memberikan
semangat pada pakcik,” kata jururawat tersebut…
Ingatlah, berkorban untuk orang lain, berkhidmat
untuk meletakkan senyuman di muka setiap orang tersayang adalah kegembiraan sebenar.
Maaf
panjang. Harap bermanfaat.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan