Isnin, November 05, 2012

Cemburu Buta?

Bila kita berjalan bersama-sama dengan sahabat dan kekasih kita, kadang-kadang tanpa diduga kita timbul perasaan cemburu melihat kemesraan kekasih dan sahabat kita! Sebagai manusia yang normal, perkara ini tidak boleh dielak. Itu hanya kekasih, tetapi apabila melibatkan rumahtangga, kita harus belajar mengetahui apa batasan kita sebagai sahabat dan juga suami/isteri.


Ini sedikit tips apabila keluar bersama sahabat berlainan jantina dan pasangan mengikut sekali. Dan pasangan kita ini pula memiliki sifat cemburu, tetapi tidak menonjol!

1. Jangan ada body contact. 
Perkara sebegini harus ambil berat! Sebagai lelaki, saya sangat memahami mengapa suami patut memarahi isterinya apabila membiarkan badan disentuh sahabat lelakinya tanpa sebab! Tidak kisah la sahabat lama sekalipun, tetapi hati suami malah egonya akan tercabar apabila perkara itu berlaku.

2.Minta Izin
Walaupun ada pasangan yang kadangkala kurang bercakap antara satu sama lain, tetapi sebagai isteri kita WAJIB mengutamakan suami. Ketika ingin bercakap dengan orang lain, minta izin. Ehhhhh..itu hak kami! Mengapa nak berbual pun kena minta izin? Tahukah apabila isteri minta izin kepada suaminya adalah sifat yang mulia? Malah dikurniakan pahala kerana menjaga hati suaminya? Apatah lagi apabila suami mengizinkan akan membuatkan orang lain melihat kemesraan pasangan itu?

3. Jalan Seiringan
Pergh...Mana-mana lelaki akan sentap apabila melihat pasangannya begitu. Walaupun dia kata tak kisah, saya pasti matanya pasti melihat kecemburuan itu. Tipulah kalau lelaki yang berada dalam situasi begitu tidak cemburu.

4. Makan bersama dan suap-menyuap
Suami mana yang akan berdiam diri?

eh..sejam menaip? alamak nak kena buat keje...zzzzuuupppp

Tiada ulasan :

Catat Ulasan