Jumaat, November 16, 2012

Sebelum dan Selepas Perkawinan

Assalammualaikum.

Tujuan aku menaip di laman sesawang tiada niat untuk malukan sesiapa. Hanya dijadikan satu catatan peribadi yang boleh dikongsi bersama.

Suatu masa, ia mungkin berguna pada orang lain.

Ketika ini aku dirundung masalah cinta, mungkin suatu masa nanti apabila kami berkahwin, segala penulisan akan menjadi nostalgia. Ketika aku meninggal dunia, ia boleh jadi satu bacaan kepada isteri aku apabila dia merindui aku.

Aku ingin mengambil kesempatan ini mengatakan sesuatu,

Isteri yang amat abg sayangi,
Benar, abang tahu apa yang syg baca adakalanya seperti menggores perasaan syg. Namun, semua ini kisah hidup abg. Tidak setiap masa abg gembira, ada pasang surutnya. Tidak setiap masa abg sempurna, ada kalanya abg emosional. Tidak setiap masa abg mampu tersenyum, kerana abg juga ada perasaan marah. Jika ada sikap abg yg mgores hati syg, percayalah, abg cuba jadi insan yang sempurna untuk sayang. Maafkan abg kerana tidak mengetahui segalanya tentang syg. Jika ada perkara yang salah, tegurlah abg.
Syg, sudikah mendoakan abg apabila abg meninggal kelak?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan