Sabtu, November 17, 2012

Cemburu Itu Indah?

Wow, memang tidak dapat dinafikan sebagai lelaki normal saya juga memiliki sifat cemburu. Dalam penulisan saya ini adalah berkaitan dengan hidup saya.

Saya ada seorang kekasih. Cukup saya namakan sebagai A. Sebagai kekasih dia, saya sangat menyayangi dia sepenuh hati. Segala kekurangan dan kehendak dia cuba saya bantu sebaik mungkin. Namun, diri saya yang masih remaja membuatkan saya tidak memahami beberapa perkara yang berlaku, antaranya cemburu.

1. Cemburu Dengan Kawan Baik Lelaki Dia
Dia berkali-kali terangkan pada saya dia ada seorang sahabat yang dia berkawan sejak kecil, malah jika dia ingin bercinta dengan lelaki itu pasti ditolak keluarganya kerana lelaki itu ada penyakit. Namun, apabila saya melihat dia begitu mesra dengan lelaki itu, hati saya terasa cemburu. Saya berusaha sebaik mungkin untuk pendamkan dalam hati, namun entah apa syaitan yang menghasut saya ketika itu, saya mengganggu perjumpaan mereka. Bila difikirkan, adakah wajar tindakan saya itu?

2. Cemburu Dengan Pencapaian Dia
Dia sambung belajar Master. Dasarnya dia sambung belajar adalah untuk saya kerana saya punca pendorong dia belajar. Namun, apabila setahun berlalu, saya jadi cemburu melihat dia hampir habiskan pengajian dia, sedangkan saya masih di takuk yang lama. Mulalah saya mengganggu apabila dia cuba belajar di kelas. Yang menghairankan saya, saya sanggup pula teman dia belajar? Teman dia menyiapkan tugasan dia, teman dia mencari idea. Adakah kerana dia belajar tanpa kehadiran saya di sisi menyebabkan saya cemburu sebenarnya?

3. Cemburu Apabila Ada Lelaki Lain Ambil Berat Tentang Dia
Seharusnya saya berterima kasih kerana ada lelaki lain yang ambil berat mengenai diri dia, namun yang menjadi pertikaian, lelaki itu menaruh perasaan. Sebagai lelaki biasa, saya mengetahui apa rasional dia bertindak. Begitu halus cara dia mendekati A, hinggakan saya rasa tercabar. Walhal, di pihak saya, saya cuba sebaik mungkin habiskan masa bersama dia. Di mana silapnya? Adakah kerana status saya yang masih menjadi pertikaian di hati dia?

4. Cemburu Apabila Dia Berkongsi Perasaan Dengan Orang Lain
Ada satu sikap yang pelik tengah berlaku, saya ingin mengetahui segala-galanya tentang diri dia! Wow, nampak macam menarik bukan? Malangnya si A ini sangat pendiam dan pendam rasa. Saya tidak salahkan dia kerana dia dibesarkan dengan cara begitu. Namun, saya jadi keliru apabila dia sanggup berkongsi masalahnya dengan lelaki lain. mengapa saya harus cemburu jika dia tidak mahu berkongsi dengan saya?

5. Cemburu Dengan Kecantikan Dia
Hahaha. Entah r :P

Tiada ulasan :

Catat Ulasan