Jumaat, November 16, 2012

Maafkan Aku

Astagfirullah'azim.

Apabila z bangun dari tidur tadi, z baca messages,
"I know everthing, you doesnt love me. U r liar! Hanya permainkan perasaan selama ini! Ambil kesempatan dan hanya peralatkan"..

Terdiam bila z membacanya.

Alhamdulillah, benar kata orang. Solat malam ni banyak khasiatnya. Ketika kita resah, walaupun dalam hati kita menangis, namun lagi tenang jika dibandingkan kita berfikir sahaja.

Z berfikir,
-Masih belum cukupkah lafaz cinta aku? Setiap kali aku rasa terharu, aku akan sentiasa menyampaikan rasa sayang aku?
-Masih belum cukup seriuskah cinta aku? Hinggakan aku libatkan keluarga aku dalam pertunangan kami?
-Masih penting dirikah aku ini? Hanya mengutamakan perasaan sendiri tanpa memahami perasaan dia?
-Aku tidak risau malah tidak melindungi diri dia daripada berkemungkinan cedera?Sedangkan apabila dia sakit aku yang sangat risau? Yang sentiasa ingin mengetahui khabarnya?
-Kereta?
-Duit?
-Perhatian?
-Pertolongan?
-Sokongan?
-Nasihat?
-Perlindungan?


Di hujung sejadah tadi, z terfikir,
"Mungkin benar katanya, aku hanya permainkan hati dan perasaan dia, kerana aku menyintai dia bukan kerana Allah!Aku menyayangi dia sebelum perkahwinan"

Kerana ini terlintas di hati aku, aku ini bukan siapa-siapa yang dapat menggantikan peranan sebagai suaminya. Aku banyak kelemahan, terlalu lemah jika dibandingkan dengan orang lain.

-Aku cemburu apabila melihat dia mesra dengan lelaki lain?
-Aku cemburu mendengar dia keluar dengan lelaki lain hanya untuk mendengar lelaki itu luah perasaan?
-Aku cemburu apabila mengetahui dia ambil berat ttg lelaki lain?
-Aku cemburu apabila dia menyintai lelaki lain?

Apabila aku berada di hujung sejadah, aku terbayang banyak perkara, saat ketika manis dan pahit.

-Ketika di awal percintaan, kami sangat bahagia. Jika tidak berjumpa, terasa sunyi!
-Ketika dalam masalah, kami berkongsi perasaan. Sebagai lelaki, aku cuba jadi "Penyelamat" segala masalah dia. Ingin menjadi Hero.
-Ketika bertemu keluarga, aku ingin menjadi seorang lelaki yang boleh menjaga dia. Mulalah aku tunjuk baik dan macam-macam cara untuk tarik perhatian keluarganya.
-Segala rahsia aku ceritakan segalanya, kerana dialah tempat dimana aku boleh mengadu.
-Ketika kami bertikam lidah, aku sering memarahi dia bukan kerana aku benci dia tetapi ego aku sebagai lelaki yang ingin jadi sempurna kpd dirinya untuk atasi masalah kami.


Aku yang bersalah dalam hal ini. Maafkan aku!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan