Sabtu, Disember 04, 2010

Penyinta Wanita Setia

(Cerita yang tidak habis ditaip, malah saya sendiri hampir-hampir melupai cerita ini. Ditaip pada bulan November tahun lepas)

Tersentuh di hati penulis apabila terdengar suatu cerita yang sangat-sangat menyentuh hati. Cerita ini berlaku sudah hampir sebulan. Ketika itu penulis bersendirian makan di kedai makan tepian jalan kawasan Bangi ini, tetiba ada seorang lelaki dalam lingkungan 20-30an minta izin gunakan tempat yang sama. Kebetulan pada masa tersebut tempat penulis tengah makan memang meja paling besar tetapi duduknya cuma seorang.
Memangnya saya seorang yang ringan mulut berbual. Dari cerita pekerjaan, berubah kepada cerita kebajikan, berubah kepada pelbagai analogi cerita hinggalah cerita keluarga dia.
"Kamu percaya tak abang ini seorang duda anak dua?". Terkejut saya apabila soalan itu keluar dari mulut dia. Terasa ada tidak kena dengan soalan sebegitu.
"Eh, kenapa abang cakap macam tu?"
"Kalau kamu nak tahu, abang ini duda. Cerai hidup". Jawab dia dengan selamba.
Saya yang cepat tersentuh hati dengan cerita duka ini mulalah ingin mencungkil rahsia dia. Bukan niat memburukkan keadaan, sekadar dijadikan ikhtibar dan pengajaran.
Saya juga pernah terjumpa dengan pasangan emas di Penang dulu. Itu yang menyebabkan mengapa saya menjadi seorang yang sangat dahagakan kasih sayang seorang teman hidup. Bayangkan umur sudah 60an tetapi keluar bersama isteri berpegangan tangan. Malah makan aiskrim kongsi bersama! Nanti saya akan ceritakan di blog ini. Dengan kawan-kawan saya sudah berkongsi.
Berbalik kepada cerita saya tadi, lelaki tersebut merupakan seorang pekerja am.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan