Pernahkah anda terfikir mengapa kebanyakkan perempuan senang dengan lelaki sebegini? Jom saya sharekan dengan anda..
Berani dan cool. Itulah sifat yang sering dimiliki oleh kelompok romeo ini. Walaupun mereka dimaki sekalipun sampai terkeluar anak tekak sekalipun, tapi diaorang rilek rilek je..maintain jah..jujurnya saya ni maintain je dengan wanita lain tetapi dengan pasangan saya, sehari salah setahun marah! wahahaha..erk..dah failed satu kategori.. ><"
Kebiasaannya apabila keluar dating or berjumpa dengan lelaki romeo ini, wanita akan gembira! Masa yang digunakan sangat-sangat la berbaloi. Mereka ini bijak meggunakan masa menghiburkan pasangan serta aktiviti untuk menambat hati pasangan masing-masing. Tak percaya? Keluarlah dengan mereka..hihihi..saya pula? ramai je yang terhibur apabila keluar dengan saya tetapi dengan pasangan? oh..asyik-asyik rushing je sebab masa selalu suntuk. lepas itu mulalah emo sepanjang masa berjumpa apabila dia lewat ><"
Sekiranya anda perasan, lelaki romeo ini adalah kelompok yang tidak mudah gelabah, tidak kecoh dan tidak berlagak. Semuanya suam-suam kuku sahaja. Mereka tidak mudah terdesak dalam melakukan apa-apa perkara. Sebab itu mereka mudah mengawal keadaan. Nak banding dengan saya tentang ciri-ciri ini? Ramai yang mengatakan saya nampak tenang je walaupun banyak jawatan, program, masalah dan aktiviti dalam masa yang serentak! Tetapi hakikatnya saya mudah menggelabah, takut salah, sentiasa ego malah tak mengaku kelemahan pun. Tak percaya juga?
Lelaki romeo seringkali menjadi idaman utama ramai wanita. wah, saya pun nak kalau macam nie..ahaha. Sifat semulajadi wanita ialah suka membuat perempuan lain cemburu. eh, betul ker nie? heh. Dan apabila wanita dapat bertemankan lelaki romeo aka kacak, kadar cemburu wanita lain kepadanya akan meningkat berkali- kali ganda. Fuh, berganda betul. ahaha. Kombinasi yang sempurna lagi mantap! Saya pula selalu je cakap saya kacak tetapi ramai yang akan jawab balik, "Kacak ke?"..dush dush..hahaha..
Dan yang terakhir dan yang paling penting, kelompok romeo ni pandai bergaya. Segak! Wanita secara semulajadinya memang suka berhias dan apabila dipadankan dengan kelompok romoe ini maka mereka akan menjadi lebih bergaya lagi. Kerna itulah sering dikatakan lelaki yang pandai bergaya ini selalu mencuri hati wanita. Saya? Baju yang dah berusia 5 tahun lebih pun pemberian keluarga, kekasih, aktiviti pun saya sanggup pakai. Kerna saya begitu menghargai barang yang ada nilai dalam hidup saya. Dan sebab itu jangan tanya kenapa saya suka pakai yang sama berulang-ulang walaupun dalam almari saya banyak lagi baju baru yang lain! Sebab saya memiliki ciri-ciri lelaki yang sangat setia n_n
Walaupun persepsi di atas hanya dimiliki segelintir sahaja, kerna setiap pasangan akan terima seadanya pasangan dia. Hargailah mereka yang menyayangi anda sebelum anda kehilangan kasih-sayang dia selama-lamanya.
p/s: saya romeo bagi wanita lain tetapi berlainan sikap dengan pasangan saya.. kerna hati saya mudah tersentuh dengan tindakannya
Tiada ulasan :
Catat Ulasan