"Tidak ramai yang tahu bagaimana mendapatkan tidur yang berkualiti. Mereka cuma tahu tutup mata dan tidur. Tahukah mereka tidur yang berkualiti sebenarnya cuma memerlukan sekitar 4-5 jam sahaja?".
Pernah ke tidak kita berfikir mengapa manusia tidur di waktu malam? Mungkinkah seseorang pernah menyatakan," Ok sekalian! Mulai hari ini kita akan tidur apabila cahaya besar di langit hilang!"
Mungkin pernah ada. Tetapi sebenarnya sistem dalam badan menusia itu sendiri menggunakan cahaya dan kegelapan untuk mengawal kadar hormon "tidur".
Apabila manusia menghampiri fasa tidur, sejenis hormon yang dinamakan hormon Melatonin akan dirembeskan. Hormon ini yang akan bertindak untuk membuatkan manusia berasa mengantuk dan seterusnya tertidur. Namun apabila hormon ini berlebihan akan menyebabkan manusia pitam, pengsan ataupun kehilangan tenaga yang banyak.
p/s: tidur yang berkualiti akan melalui 4 fasa yang berbeza. Apakah fasa tersebut?
Tiada ulasan :
Catat Ulasan