“Esok, kami akan bermain permainan paling penting dalam hidup kami untuk negara kami,” kata pemain bintang kelab gergasi Barcelona itu dalam laman sosial rasmi miliknya.
“Kami tahu ia sesuatu yang boleh dilaksanakan. Rakyat kami, seluruh rakyat Argentina, mereka yang mendorong kami untuk berada di sana. Impian kami masih belum berakhir. Esok kami mahu menang dan kami sudah bersedia,” katanya.
Argentina akan beraksi pada Piala Dunia pertama mereka sejak 1990 dengan gelaran penyandang juara dan diketuai Diego Maradona namun tewas 0-1 kepada Jerman di Rome.
Kali pertama Argentina memenangi Piala Dunia adalah pada 1978 dengan menundukkan Belanda 3-1 selepas masa tambahan di laman sendiri, Buenos Aires sebelum mengulanginya pada 1986 hasil kemenangan 3-2 ke atas Jerman di Mexico.
Dengan empat gol yang sudah dijaringkan, Messi adalah peledak terbanyak Argentina di Piala Dunia kali ini. Selain itu, dia juga disenarai pendek untuk anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik kejohanan. - AFP
Berita harian online
Tiada ulasan :
Catat Ulasan