Isnin, Julai 14, 2014

Cara Menghentikan Auto Update Untuk Android

"wah, baru je subscribe 1GB Internet TuneTalk, esok dah habis walaupun tak guna pun?"
"Eh, semalam kredit ada RM10, kenapa hari ini dah tiada pula?"

Mulalah kita menyalahkan syarikat telco kita telan kredit. Marah-marah, update ke FB tuduh sana-sini.
Sekejap Tuan Puan. Sabar. Sebelum menyalahkan sesuatu, kenalah belajar dulu. Bandwidth 1GB tue tak besar sebenarnya, sesuai bagi penggunaan light application macam Whatsapp, Twitter dan Facebook. Tapi kalau tiba-tiba habis bandwidth tue? Ada beberapa faktor, dalam catatan kali ini saya nak tunjukkan cara bagaimana menghentikan auto update application untuk Android.

Mengapa penting menghentikan auto update ni? Bayangkan Tuan Puan sekiranya dalam telefon Tuan tue ada game yang saiznya 100MB, sekali update, 100MB digunakan! Itu baru satu. Kalau 10? Kalau hari-hari?

Ikut langkah di bawah ini. Cara yang saya tunjukkan ini adalah untuk Android version 4.8.20. Rasanya lain-lain version pun sama cuma beza sikit je.

1. Mula-mula click Play Store.

2. Cari SETTINGS play store tue. Untuk version ni, setting ada di sebelah kiri. Click.

3. Cuba tengok bahagian "Auto-update apps". Saya punya setting asal adalah "Auto-update apps over Wi-Fi only". Appikasi saya akan update apabila ada connection Wi-Fi sahaja. Jika nak ubah, click sahaja ruangan itu.

4. Ada 3 pilihan. Pilih "Do not auto-update apps" jika tidak mahukan update secara auto. Pilih sahaja. Siap!


Sebagai pengguna kita kena bijak. Syarikat Telco tidak akan bertanggungjawab jika Tuan Puan tidak mengetahui kaedah ini. Yang pasti mereka akan UNTUNG!
Kongsikan jika rasa maklumat ini berguna..

Bro Rozek
Pakar Pemasaran ToneExcel
012-4196956

Tiada ulasan :

Catat Ulasan