Sabtu, Mac 15, 2014

Wayang: Sinopsis Project Hashima

Wow, berderau jantung ni bila menonton wayang cerita Project Hashima ni.

Diringkaskan cerita, cerita ini banyak adegan mengejut je. Sangat-sangat la tidak sesuai ditonton oleh mereka yang mempunyai masalah jantung dan PENAKUT. Hehehe.

Sinopsisnya begini, ada 5 orang sahabat ini telah diupah untuk pergi ke Pulau Hashima setelah kejayaan video diaorang kat Youtube (ye ke?) tentang tempat hantu. Semasa di Pulau Hashima itu, mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan. Ketika berlari keluar, ada salah seorang sahabat diaorang tue mati (tanpa disedari). Yang ni tahu pun masa di penghujung cerita.

Semasa tue mereka diselubungi misteri. Mereka telah diburu oleh sesuatu.

Satu per satu orang mati pastu.

Last sekali, sorang je selamat.

Eh eh eh. Ringkasnya taip. Pendek kata cerita ini tiadalah seronok sangat, boleh la sekadar tengok-tengok gitu je.


Keseluruhan: C

Z bagi 2 bintangggg.. Hahaha

Tiada ulasan :

Catat Ulasan