Sabtu, Julai 07, 2012

One Out Anime

Aih..bosan giler ah arini. So, aku g office, then google. Asalnya nak membaca berita yang aku miss beberapa lama, tah tetiba aku terdownload satu anime ni. Tajuknya One Out.




Citenya tentang besbol, pitcher yang terer ah. Nama beliau Tokuchi. Dia ni ada kelebihan boleh membaca strategi. Kiranya macam watak Hiruma dalam Eye Shield 21. Memang licik giler r Tokuchi ni. Citenya start bile Kojima (seorang pakar pemukul bola) pegi training sebab pasukan dia asyik kalah. Tapi Kojima ni memang pemain terkenal, then suatu hari partner dia (dah tentu pemukul ada pembaling bola), injured jarinya. So, partner dia ni cubalah cari pengganti kat luar sebab taknak ganggu momentum Kojima. Pastu tah camne mereka terlibat dalam judi One Out.
One Out ni game antara picther dan batter je. Dalam pertaruhan tue, mereka kalah dengan Tokuchi. Then, Kojima datang nak settlekan isu ni dan cabar Tokuchi. Malangnya Kojima juga kalah dengan strategi psikologi Tokuchi. Kojima tidak putus asa, dia hilangkan diri dan datang kembali mencabar Tokuchi dengan pertaruhkan kareer dia sebagai pemain besbol dan tangan Tokuchi. Tokuchi terima pertaruhan itu. Selepas 3 hari, mereka bertemu kembali. Walaupun Kojima injured tangan kanan semasa berlatih, dia tetap tak putus asa. Tapi kelickan Tokuchi memang hebat. Bila Kojima hampir kalah, dia halang bola daripada strike masuk, dan memenangi pertaruhan itu. Selepas itu, bermulalah kareer Tokuchi dan pelbagai halangan yang dihadapi dia termasuklah pertaruhan dia dengan pemilik kelab besbol itu.

Bagi aku, rate cerita ni 3.5 bintang daripada 5 bintang.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan