Sabtu, Julai 28, 2012

Ekseksais Polis

Assalammualaikum..

Mungkin ada kalangan pembaca mencari maklumat mengenai ekseksais untuk jadi Inspektor Polis. Alhamdulillah, saya selamat menjalani ujian ekseksais ini. Untuk maklumat, saya menjalani ujian ni di Briged Tengah, Cheras pada Julai 2012. Ekseksais ini secara mudahnya kita kata ujian fizikal lah.

Kenapa perlu ujian fizikal ini?
Untuk memilih calon-calon yang layak dan menepati syarat yang dikeluarkan untuk menjadi Inspektor Polis ini.

Apa syaratnya?
-Tinggi
-Berat
-Ukuran dada
Ini merupakan syarat wajib sebelum dibenarkan menjalani ujian stamina.

Apa yang diuji dalam ujian stamina dan fizikal badan selepas layak dari segi berat, tinggi dan dada?
Saya cuma terangkan apa yang dijalani oleh lelaki sahaja. Kami akan melakukan beberapa ujian stamina antaranya,
-pumping
-sit up
-lompat sambil lipat kaki kat dada (dah lupa namanya)
-larian (saya kena 6x ulang alik dari arah yang diberikan)

Selain itu, ujian itu juga akan memeriksa
-Tangan tidak patah atau bengkok
-Kaki tidak pernah patah atau bengkok
-Suara jelas
-kemahiran kawad

Ini pengalaman yang ingin dikongsi bersama. Ada kalanya pegawai pemeriksa akan menyuruh lakukan sesuatu yang lain daripada lain, sebagai contoh nyanyi lagu, sorak, berlakon dan sebagainya semata-mata menguji keberanian kita.

Kalau ada soalan, boleh ajukan. Saya akan cuba jawab sebaik mungkin. Kalau xde soalan, maksudnya artikel ni xpernah dibaca lah..hahaha

2 ulasan :

  1. kalau badan kita ade tanda2 parut, di terima ke ? mcm parut calar, eksiden. terutama dekat bahagian wajah.

    BalasPadam
  2. saya pun tak berani nak komen, tapi ini cuma pandangan saya.

    Bagi jawatan polis ini, kecacatan sama sekali tidak dibenarkan. Melainkan terlepas ketika temuduga. Bagi kekurangan yang nampak, nanti pemeriksa akan bertanya, sedangkan tatoo pun digagalkan, apatah lagi parut yang kelihatan seperti pembedahan. Apa-apapun tidak salah mencuba.

    BalasPadam