Brek boleh menyelamatkan nyawa. Demikianlah yang berlaku pada hari. Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari KLIA, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika itu boleh dikatakan jauh lagi jarak yang terpaksa ditempuhi oleh saya.
Selepas memakai baju hujan, saya tetap teruskan perjalanan kerana saya tahu malam makin menjelma dan saya kurang yakin menunggang motosikal ketika waktu malam dalam keadaan jalan yang licin.
Ketika melalui susur keluar ke Putra Height, tiba-tiba ada sebuah kereta proton wira cuba memintas dan memasuki susur keluar itu. Dalam keadaan yang singkat itu, kereta kancil yang berada hampir
di laluan utama itu cuba mengelak dari melanggar kereta yang tiba-tiba memintas tanpa memberi sebarang signal.
Bayangkan saat itu kelajuan motosikal walaupun 50 km/jam namun jarak kami terlalu hampir. Kereta kancil biru itu terpaksa menekan brek mengejut dan saya yang berada hampir dengannya melanggar tepi tayar belakang. Mujur pada hari kelmarin saya menukar brek saya. Jika tidak pasti saya boleh terhumban!
Cerita saya bukan terhenti ketika saat ini sahaja.
Lebih mencemaskan keadaan saat itu ada lori muatan panjang juga terpaksa menekan brek mengejut. Bayangkan keadaan jalan yang masih licin, hujan masih turun dan lori besar menekan brek. Memang nampak kesan tayar akibat dari brek mengejut itu.
Dan saat itu saya tergaman dan tanpa melengah saya berlari ke tepi jalan. Pemandu kereta kancil itu juga meluru keluar dari keretanya!
Mujurlah lori itu berjaya mengelak dari kami dan berhenti agak jauh ke depan.Tapi bingit juga la telinga bila lori itu menekan hon ketika saat cemas itu.
Saya terpandang kereta wira yang menyebabkan kami terjebak dalam keadaan yang cemas itu. Dia berhenti namun selepas lori itu berjaya berhenti, kereta itu berlalu pergi. Sangat tidak bertanggungjawab!
Drebar lori itu turun dan bertanyakan apa yang berlaku. Mujurlah motosikal tidak mengalami sebarang kerosakan melainkan sedikit calar di bahagian body nya. Kancil pula bahagian tayar ada keremukan tapi dia tidak minta ganti rugi. Katanya mujurlah tiada yang terkorban.
Jika difikirkan, sekiranya saya membiarkan brek tidak dibaiki kelmarin, kemungkinan besar saya akan tercampak akibat perlanggaran itu. Ataupun dilanggar dari belakang oleh lori itu sekiranya saya mengelak. Dan kedua-duanya pasti mendatangkan kecederaan yang teruk ataupun maut yang menanti.
Nasihat saya, pastikan brek anda berfungsi dan tayar anda berbunga ketika melalui jalan yang licin. Jika tidak, belum pasti apa yang bakal berlaku!
Yang penting bukan jasad tanpa nyawa dihantar pulang.
syukur kamu tak apa2..bahaya eh naik motor time hujan..huu~~ tkut~~
BalasPadamkann....dramatik je kalau ingat balik @____@
BalasPadam