Jumaat, April 22, 2011

Brek Menyelamatkan Nyawa

Brek boleh menyelamatkan nyawa. Demikianlah yang berlaku pada hari. Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari KLIA, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika itu boleh dikatakan jauh lagi jarak yang terpaksa ditempuhi oleh saya.

Selepas memakai baju hujan, saya tetap teruskan perjalanan kerana saya tahu malam makin menjelma dan saya kurang yakin menunggang motosikal ketika waktu malam dalam keadaan jalan yang licin.

Ketika melalui susur keluar ke Putra Height, tiba-tiba ada sebuah kereta proton wira cuba memintas dan memasuki susur keluar itu. Dalam keadaan yang singkat itu, kereta kancil yang berada hampir
di laluan utama itu cuba mengelak dari melanggar kereta yang tiba-tiba memintas tanpa memberi sebarang signal.

Bayangkan saat itu kelajuan motosikal walaupun 50 km/jam namun jarak kami terlalu hampir. Kereta kancil biru itu terpaksa menekan brek mengejut dan saya yang berada hampir dengannya melanggar tepi tayar belakang. Mujur pada hari kelmarin saya menukar brek saya. Jika tidak pasti saya boleh terhumban!

Cerita saya bukan terhenti ketika saat ini sahaja.
Lebih mencemaskan keadaan saat itu ada lori muatan panjang juga terpaksa menekan brek mengejut. Bayangkan keadaan jalan yang masih licin, hujan masih turun dan lori besar menekan brek. Memang nampak kesan tayar akibat dari brek mengejut itu.

Dan saat itu saya tergaman dan tanpa melengah saya berlari ke tepi jalan. Pemandu kereta kancil itu juga meluru keluar dari keretanya!

Mujurlah lori itu berjaya mengelak dari kami dan berhenti agak jauh ke depan.Tapi bingit juga la telinga bila lori itu menekan hon ketika saat cemas itu.

Saya terpandang kereta wira yang menyebabkan kami terjebak dalam keadaan yang cemas itu. Dia berhenti namun selepas lori itu berjaya berhenti, kereta itu berlalu pergi. Sangat tidak bertanggungjawab!

Drebar lori itu turun dan bertanyakan apa yang berlaku. Mujurlah motosikal tidak mengalami sebarang kerosakan melainkan sedikit calar di bahagian body nya. Kancil pula bahagian tayar ada keremukan tapi dia tidak minta ganti rugi. Katanya mujurlah tiada yang terkorban.

Jika difikirkan, sekiranya saya membiarkan brek tidak dibaiki kelmarin, kemungkinan besar saya akan tercampak akibat perlanggaran itu. Ataupun dilanggar dari belakang oleh lori itu sekiranya saya mengelak. Dan kedua-duanya pasti mendatangkan kecederaan yang teruk ataupun maut yang menanti.

Nasihat saya, pastikan brek anda berfungsi dan tayar anda berbunga ketika melalui jalan yang licin. Jika tidak, belum pasti apa yang bakal berlaku!

Yang penting bukan jasad tanpa nyawa dihantar pulang.

Selasa, April 12, 2011

Wanita Pertama Yang Masuk Ke Syurga


 Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.


Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.


Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.


Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

 
Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.


Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam

sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1762-wanita-pertama-menghuni-syurga.html 

Sedikit catatan: Sebenarnya Fatimah r.a tetap juga menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Cuma wanita tadi, Siti Muti'ah adalah wanita yang memegang tali kuda tunggangan Fatimah. Jadi, orang yang memegang tali kuda akan berjalan di hadapan. Sebab itulah dia dikatakan wanita pertama masuk ke syurga kerana dia adalah insan terpilih untuk memegang tali kuda tunggangan putri Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam.

Ciri-Ciri Biasa Wanita Inginkan Terhadap Lelaki

Hi All,

Menurut pemerhati serta pakar kajian percintaan lelaki dan wanita, ada 6 perkara yang menjadi perkara penarik PALING disukai wanita kepada lelaki adalah;

1. Pemilikan (kekayaan atau harta yang boleh mencukupkan segalanya)

2. Kekuatan (kepimpinan atau kemampuan untuk melindungi)



3. Popular



4. Kacak (termasuk tinggi dan berat badan)


5. Eksklusif (kekuasan, susah untuk dimiliki)


6. Peribadi (Humor, kreatif, romantik, kepandaian)

Jadi, apa perkara yang kamu tidak miliki dari enam ini?