Ahad, Jun 08, 2014

MLM yang menepati Syariat

MLM yang menepati Syariat

Kepada pembaca yang berminat untuk menyertai MLM, pastikan MLM yang ingin anda ceburi
memiliki ciri-ciri berikut;

1. Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari Syubhah.

2. Akad antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.

3. Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual-beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum Fiqh.

4. Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).

5. Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barangan/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk.

6. Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati Syarak (tidak ada penipuan, gimik yang
melampau, manupulasi).

7. Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pengedar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.

8. Struktur pengurusan Syarikat hendaklah memiliki Jawatankuasa Pengawasan Syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.

9. Bonus yang diberikan hendaklah di ambil dari keuntungan jualan (produk) dan/atau sumbangan
syarikat yang berdasarkan kepada perniagaan yang bersih dan memenuhi ciri-ciri di atas khususnya dari sudut status produk dan juga harga.

10. Pemberian bonus itu hendaklah berdasarkanprinsip “Perkongsian Untung” antara syarikat dan orang-orang yang menyumbang kepada syarikat.

11. Pemberian bonus hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang diharuskan oleh Syariat iaitu atas dasar Hibah, komisyen Simsarah, Ijarah (upah), al-Ju’alah atau sebagainya. Apabila MLM yang disertai adalah MLM yang menepati prinsip-prinsip Mu’amalah Syariah dan bebas dari sebarang unsur yang ditegah Syarak dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan (gharar, riba, dzulm, penipuan dan sebagainya), pendapatan yang diperolehi darinya sama ada dalam bentuk bonus, hadiah, insentif dan
sebagainya adalah halal.
Wallahu a’lam.

(USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL)


---------------------------------------------------------------
Sertai saya dalam ToneExcel, boleh hubungi saya di 012-4196956
Seri Kembangan/Putrajaya/Serdang/Bangi/Kajang/ Sekitar Selangor/ Kedah / Malaysia/ kelantan
--------------------------------------------------------------

Tiada ulasan :

Catat Ulasan