Ahad, Disember 26, 2010

Maafkan Ku Bertanya

Adakah diriku kau tak perlu lagi?
Adakah cintaku kau tak perlu lagi
Adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku

Adakah insan lain bertakhta di hatimu
Hinggakan dirimu mengubah cintamu
Manakah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku

Kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
Kau kata kau cinta

Sayangku dengarlah rintihan hatiku
Ingin kau kembali seperti dahulu
Kenangan di jiwa membuat ku rindu kepada dirimu

Kau pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
Bulan menjadi saksi pada malam itu
Kau kata kau cinta

Kiranya diriku kau tak perlu lagi
Simpanlah kenangan cinta kita di hati
Walaupun sukar, ku akur kali ini
Biarlah ku pergi

Maafkanlah ku bertanya…

Ahad, Disember 19, 2010

Piala Suzuki

Yezza! Tak sangka Malaysia layak ke pusingan terakhir Piala Suzuki jemputan ini.
Selalunya aku tengok TV dekat library UKM je.
Nape? sebab aku hantu library..hahaha

Aku, dia dan duit

Aku sedar selama ni dia tau2 je bile aku ada duit, selalu je buat hal.
Bukan la aku nak salahkan takdir tetapi aku pasrah je..
sebab dia sudah banyak berkorban banyak untuk aku.
Sejak aku miliki dia, aku jarang menjaga dia.
Buka kerna aku tiada masa
tetapi aku terlalu malas untuk membelainya
Mujurlah dia tidak seperti yang perempuan
Yang pabila ditimpa kesusahan
Mula meninggalkan

Dia yang aku maksudkan adalah
Motor Kesayangan
Dia merupakan harta yang banyak membantu aku
Tanpa dia
mustahil aku mampu dapatkan apa yang aku inginkan
selama ini.

Motor,
Aku tahu kau kecewa dengan jagaanku,
Tetapi aku mahu kau tahu
Kau amat berharga untuk diriku