Rabu, Jun 06, 2012

Yang Terindah Bila Kita Bersabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Assalammualaikum.

Cinta itu suci, namun bagaimana kita melihat CINTA itu. Cinta ini pelbagai, malah saya sendiri pernah dilamun percintaan dengan seorang wanita, dan takdir Allah memberikan cinta pertama saya terkubur separuh jalan. Demikian juga dengan cinta kedua saya. Pelbagai masalah yang melanda. Kadang-kadang kerana CINTA ini boleh buat kita jadi GILA. Bukan membuka pekung di dada, namun dijadikan sebagai pengajaran kepada mereka yang ingin mengetahuinya adakah pernah saya di lamun cinta.

Benar, bagi mereka yang dilamun percintaan sebelum kahwin, perkara yang hakikatnya adalah salah tetapi dibenarkan dengan alasan demi cinta mereka. Apa perkara yang salah itu.
1. Perbualan Lucah
Ala, teknologi kan ada..

2. Duit Belajar
Habis kat "Dating". Nanti ubah dating kat masjid ye. Jimat, murah dan terkawal.

3. Nafsu
Memula imej baik, dalam kereta tangan merayap mencari punat radio. Hahaha..

4. Pegang sikit je
Ala, bukan seks pun. Hatuih, ko tau pegang babi pun lagi elok ko pegang kulit bukan muhrim. Nah, haktuih dengan hingus sekali...

5. Masa
Dari ko habiskan masa dengan dating tue, baik ko baca buku ke, tolong mak abah masak kat dapur ke.

Bang, kami ni cinta islamik. Takde pun langgar dosa-dosa besar bang. Duduk pun jauh-jauh. Takde pegang-pegang, takde nak guna duit pun bila jumpa.
Ini lagi satu puak. Ko ingat ko bercinta sebab ape? Nafsu bhai. Kalau ko nak elak dosa, cegah daripada mula. Cakap memang mudah, ni abg long ko, pakar dalam bab cinta-cintun, ko baru newbie, dengar ler nasihat..okay?

Pendek kata, cinta lepas kahwin itu indah kalau suami or isteri ko tue jenis yang memahami dan sempoi. Kalau tak, cinta lepas kahwin tersangatlah HAMPEH.

Sekian..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan