Sabtu, Januari 28, 2012

Asas Menjadi Fasilitator

Assalammualaikum..

Ramai yang berminat untuk melibatkan diri sebagai fasilitator, dalam pelbagai niat, untuk mendidik, untuk pengalaman, untuk glamer dan pelbagai lagi. Namun asas-asas fasilitator haruslah dipelajari. Sebelum kita melangkah untuk menceburi dalam bidang ni, kita haruslah lengkapkan diri dengan pakej-pakej di bawah, antaranya..

1. Keberanian bercakap di khalayak umum.
Fasilitator akan bertindak sebagai pemudahcara dalam sesuatu program. Kebolehan untuk bercakap di khalayak umum akan memberikan kelebihan pada diri anda.

2. Pengalaman yang luas
Kehadiran kita sebagai fasilitator bukanlah sekadar kosong sahaja. Kita haruslah bawa nilai-nilai tertentu untuk pastikan ilmu yang ingin disampaikan mencapai matlamatnya.

3. Diri yang fleksibel
Dalam sesuatu program, pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Kebolehan menyesesuaikan diri dalam mana-mana situasi melatih diri anda mengatasi pelbagai masalah dalam program.

4. Ilmu fasilitator
Apa beza polis dan guru dengan seorang fasilitator? Apa maksud fasilitator itu? Ilmu sebegini diperlukan untuk memahami apa sebenarnya konsep fasilitator ini. Seorang fasilitator haruslah memiliki sedikit ilmu mempengaruhi psikologi seseorang.

Demikian serba-sedikit mengenai pakej yang patut ada. Selainnya kebolehan bekerja dalam kumpulan, bertimbang rasa, memahami suatu objektif program dan sebagainya.

Jika anda benar-benar berminat menceburi bidang ini, teruskan! Bukan hanya di peringkat pengajian, teruskan juga apabila anda bekerja kelak sepertimana yang saya lakukan! Nescaya anda akan puas dengan diri anda.

Regards,
Rozek

Tiada ulasan :

Catat Ulasan