Pendidikan

Ketika berumur 6 tahun, saya dimasukkan di Tadika Kemas Kem Lapangan Terbang. Masa saya tadika, saya ingat lagi saya dilantik jadi ketua darjah. Pastu akhir tahun dapat nombor 3. Hehehe..

Zaman pendidikan sekolah rendah saya dihabiskan di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang. Masa tersebut, Encik Saad merupakan Guru Besar sekolah. Dari darjah 1 sampai Darjah 6 saya dalam kelas pertama yang dipanggil kelas M. Masa Darjah 1 dan 2, kelas M dipanggil kelas Mawar dan bertukar ke Maju selepas itu. Ada sekali masa tue keluarga saya tinggal di Sarawak, masa tue saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Abang Ali sementara.

Zaman sekolah menengah pula saya tempuhi sebanyak 3 buah sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir dan MRSM PDRM.

Sepanjang sekolah rendah hinggakan saya Tingkatan 5, saban tahun saya mendapat anugerah. Walaupun bukan pelajar terbaik keseluruhan, tetapi saya selalu dalam kelompok Anugerah Pelajaran Terbaik (subjek).
Yang membezakan anugerah saya adalah ketika saya Tingkatan 2 di mana saya memperolehi Anugerah Ketua Pengawas, Kedudukan Akademi Terbaik lelaki bagi Tingkatan 2 dan ketika Tingkatan 3 sijil kehadiran penuh (sangat-sangat suka menghadirkan diri ke sekolah).

Selepas tamat persekolahan menengah, pengajian diteruskan lagi di Matrikulasi Pulau Pinang dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini menyambung dalam pengajian Sarjana di UiTM Shah Alam.