Pekerjaan

Saya ini suka melakukan perkara yang boleh dibanggakan. Daripada zaman sekolah menengah, pelbagai pekerjaan saya telah ceburi. Antaranya meniaga di pasar malam, kedai makan, bekerja di kilang kayu, kilang keranda, kilang Sony, jurujual di supermarket The Store (bahagian elektrik), tukang paip, tukang buat rumah, programmer, sukarelawan, direct selling dan pembanci.

Dalam semua pekerjaan yang diceburi, saya paling sukakan pekerjaan sebagai tukang paip. Sebab saya boleh pergi pelbagai tempat. Boleh berkenalan dengan ramai orang. Makan pun ditanggung!

(Saya boleh jadi pelbagai)


Kini saya adalah Engineer sepenuh masa sambil menjalankan perniagaan. InshaAllah, semoga dilapangkan rezeki oleh Allah.

Tambahan (16 Ogos 2014);
Kini saya membuat perniagaan ToneExcel dan Motivasi.