Ahad, Disember 05, 2010

Kesetiaan dalam pekerjaan

Kadang-kadang tak rase pelik ke mengapa orang asyik-asyik nak tukar pekerjaan?
Kalau alasan nak dapatkan gaji yang lagi tinggi serta kedudukan yang lagi baik itu boleh la..
Tapi alasan yang diberikan tidak dapat menyesesuaikan diri la..
Kadang-kadang mereka ni tak tahu bersyukur..ramai yang inginkan jawatan yang mereka sedang jawat..
Namun, apa yang mereka lakukan?
Setelah diberi kepercayaan, maka diperlakukan dengan sewenang-wenangnya?
Saat kerja, curi tulang..
Saat minta kerja, wah, manisnya berkata-kata!
Camon r..
Behenti merungut la. Ada ramai lagi yang laggggiiii susah dari kamu.
Sekadar kata kerja susah, boleh ke kamu beritahu kat saya,
kerja apa yang senang? kerja apa yang tidak perlukan pengorbanan?

p/s: Kalau la kita tidak tamak

Rase Jeles Giler

Wahahaha..entri kali neh bukan pe..sebab blog neh dah tak leh mainkan lagu..pastu yang tak bestnye dah takde idea..huhuhu..giler sedih!
Bile dah bosan mulalah merayap-rayap kat blog orang lain..
banyak rupanya bloggers kat Malaysia neh..bukan setakat suam-suam kuku malah siap MAKAN-TIDUR-CINTA sama blog..waduh..bisa runsing @_@
kesimpulannya: harus ke aku jadi pakar blog juga? maka better mula BISNES! bisakah?


aku tertarik juga camne nak elak dari material kena amek dari blog neh macam pic ke, video ke..yang aku perasan ada juga bloggers tak bagi right-click..best siot kalu leh wat camtu..tapi kena pelan-pelan kayuh r sebab aku neh masih baru dalam dunia bloggers neh walaupun aku dah lama berkecimpungan dalam dunia cyber neh..

Laporan menu hari ini: 
McD lagi..nape McD? sebab itu je yang aku selera sekarang..ye r, dah r menginap secara haram..pastu tak sedar-sedar pintu Universiti dah terbuka luas suruh kuar..wahuhuhuhu..menangis dalam hati jelah..

p/s: cerita 2 Alam bila nak capai target?

Maafkan Ku

Sayang,
Masih ingatkah saat kita sering berjumpa suatu masa dahulu?
Saat di mana kita akan berbual tentang impian kita bersama.
Saat di mana aku berpeluang menatap wajahmu
dan sengaja aku mencari sebab untuk kita sering bertemu?
Aku sentiasa memilih untuk menaiki feri bersama
Dibuai angin laut yang menghiburkan aku
Namun, kini ia menjadi kenangan.

Sayang,
Aku tahu di mana tahap diriku berada
Aku menyingkirkan dirimu dari hidupku
Bukan kerana aku membencimu
Bukan kerana aku inginkan wanita sempurna
tetapi saat aku berada di kejatuhan
Saat aku ditimpa musibah
Dan kamu mengetahui setelah kepergianku.

Sayang,
Masih segar dalam memoriku,
Suatu kita dahulu,
Masih di alam persekolahan,
Saat aku menceritakan musibah yang melanda diriku,
Kamu menangis.
Tahukah saat kamu menangis untuk diriku
Hatiku hancur?
Kerana itulah aku jadikan diari aku
sebagai tempat aku mencurahkan segalanya
Kerana aku tidak lagi sanggup
membiarkan diri engkau menjadi risau lagi
kerana keadaan diriku,
Bukan tiada kawan, bukan tiada teman,
tetapi aku tidak mahu berkongsi selain denganmu,
Namun diari itu aku musnahkan
setelah kepergian engkau
Dan kini aku jadikan teman sebagai tempat aku bergantung segalanya.

Sayang,
Aku sering senyum sendirian,
Bila aku terkenangkan diriku,
Aku menjadi seorang yang tabah
kerana engkau sering menjadi pendorongku
Aku menjadi seorang yang pandai berkata-kata
kerana aku teringin bermadah pujangga dengan dirimu
Aku menjadi seorang pemimpin pelbagai jawatan
kerana aku ingin membuatkan dirimu kagum dengan diriku
Aku cuba menjadi yang terbaik
kerana aku tidak mahu kamu jelik pada diriku
Dan kamu pun boleh memahami
Tiada yang mudah di dunia,
Semua perkara perlukan pengorbanan.

Sayang,
Saat aku bersendirian menonton wayang,
Aku sering berasa bersama denganmu,
Saat aku menyanyi bersendirian,
Aku sering nyanyikan lagu yang pernah kamu dendangkan,
Saat aku menangis,
Aku sering terasa kamu mendakapku,
Saat aku dipinggirkan,
Aku sering merasa kamu mendengarku,
Saat aku berasa marah,
Aku sering merasa kamu menyabarkanku
Cukuplah dengan apa yang kamu lakukan,
Kerana aku tidak sanggup lagi
Menerima perkara yang tidak mampu aku berikan kepadamu sentiasa

Sayang,
Aku tahu hidup seperti ini derita
Tetapi aku harus teruskan,
Aku membuatkan hatimu benar-benar terluka
Supaya kamu tidak teragak-agak
Supaya kamu tidak berpaling lagi
Walaupun ternyata kerinduan menyelubungiku,
Kerana aku dapat merasakan,
Kamu pasti bahagia
Tanpa aku di sisi