Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puisi. Papar semua catatan

Ahad, Disember 05, 2010

Maafkan Ku

Sayang,
Masih ingatkah saat kita sering berjumpa suatu masa dahulu?
Saat di mana kita akan berbual tentang impian kita bersama.
Saat di mana aku berpeluang menatap wajahmu
dan sengaja aku mencari sebab untuk kita sering bertemu?
Aku sentiasa memilih untuk menaiki feri bersama
Dibuai angin laut yang menghiburkan aku
Namun, kini ia menjadi kenangan.

Sayang,
Aku tahu di mana tahap diriku berada
Aku menyingkirkan dirimu dari hidupku
Bukan kerana aku membencimu
Bukan kerana aku inginkan wanita sempurna
tetapi saat aku berada di kejatuhan
Saat aku ditimpa musibah
Dan kamu mengetahui setelah kepergianku.

Sayang,
Masih segar dalam memoriku,
Suatu kita dahulu,
Masih di alam persekolahan,
Saat aku menceritakan musibah yang melanda diriku,
Kamu menangis.
Tahukah saat kamu menangis untuk diriku
Hatiku hancur?
Kerana itulah aku jadikan diari aku
sebagai tempat aku mencurahkan segalanya
Kerana aku tidak lagi sanggup
membiarkan diri engkau menjadi risau lagi
kerana keadaan diriku,
Bukan tiada kawan, bukan tiada teman,
tetapi aku tidak mahu berkongsi selain denganmu,
Namun diari itu aku musnahkan
setelah kepergian engkau
Dan kini aku jadikan teman sebagai tempat aku bergantung segalanya.

Sayang,
Aku sering senyum sendirian,
Bila aku terkenangkan diriku,
Aku menjadi seorang yang tabah
kerana engkau sering menjadi pendorongku
Aku menjadi seorang yang pandai berkata-kata
kerana aku teringin bermadah pujangga dengan dirimu
Aku menjadi seorang pemimpin pelbagai jawatan
kerana aku ingin membuatkan dirimu kagum dengan diriku
Aku cuba menjadi yang terbaik
kerana aku tidak mahu kamu jelik pada diriku
Dan kamu pun boleh memahami
Tiada yang mudah di dunia,
Semua perkara perlukan pengorbanan.

Sayang,
Saat aku bersendirian menonton wayang,
Aku sering berasa bersama denganmu,
Saat aku menyanyi bersendirian,
Aku sering nyanyikan lagu yang pernah kamu dendangkan,
Saat aku menangis,
Aku sering terasa kamu mendakapku,
Saat aku dipinggirkan,
Aku sering merasa kamu mendengarku,
Saat aku berasa marah,
Aku sering merasa kamu menyabarkanku
Cukuplah dengan apa yang kamu lakukan,
Kerana aku tidak sanggup lagi
Menerima perkara yang tidak mampu aku berikan kepadamu sentiasa

Sayang,
Aku tahu hidup seperti ini derita
Tetapi aku harus teruskan,
Aku membuatkan hatimu benar-benar terluka
Supaya kamu tidak teragak-agak
Supaya kamu tidak berpaling lagi
Walaupun ternyata kerinduan menyelubungiku,
Kerana aku dapat merasakan,
Kamu pasti bahagia
Tanpa aku di sisi

Ahad, November 07, 2010

Hei Perempuan Hot!

Perempuan hot!!!
Eh2, please la..
You ingat you je perempuan paling hot kat Malaysia ni?
I neh lelaki kacak. 
Ramai je minat I..
Cume kenapa selama neh I tertarik kat you..
You guna bomoh ea?
Yang lagi pelik kenapa setiap kali I jumpe you
Hati I sentiasa berdebar?

Hei perempuan hot!
I tahu la setiap kali kita kuar bersama
Mesti ramai je orang kat luar sana
Pandang pada you
Bukan ape
Mereka tue panas ngan you sebab
You kuar dengan lelaki kacak macam I
Cuba kita tak kuar bersama,
Ada mereka nak pandang you?
Cuma yang I pelik kan
Kenapa I beriya ajak keluar dengan you?

You yang bergelar perempuan hot!
Boleh tak you jelaskan pada I
Kenapa I rasa marah
Bila I ternampak you dengan lelaki lain?
Yelah, I tak marah pun bila nampak jiran I
Ala, makcik yang jual sayur tue
kuar dengan pakcik kedai runcit depan sana tue
Jiran I tue pun hot jugak tau!
Tapi kenapa I mesti marah you je?

Grrr, perempuan hot!
You tau kan setiap kali kita kuar sama-sama
Mesti kita singgah kat KFC
Kita selalu je tempah set dinner plate
Ala, yang 3 ketul ayam tue
You susah nak habiskan walaupun seketul
Tapi I sanggup je habiskan untuk you
Yang peliknya
Nape I tak geli makan sisa makanan you?

Perempuan hot?
Bila I bosan, you ada untuk temankan I,
Bila you nak keluar, I bersedia membawa You ke mana-mana
Bila I gagal, you ada untuk tenteramkan I
Bila you bersedih, I sedia menjadi pendorongmu,
Bila I nangis, You nangis,
Bila You nangis, I nangis juga,
Adakah kita ditakdirkan untuk bersama
Hingga ke akhir hayat?

I harap you sudi balas surat ini,

Ikhlas daripada
Dr. Rozek
(Setiausaha Sulit Lelaki Kacak Semalaysia)

p/s: hahahahahahaha..cuba gantikan nama kekasih wanita anda dengan tulisan "perempuan hot" kaler biru tue..hihihihi  :D

Sabtu, November 06, 2010

Puisi Kekasih


Kekasihku,
Andai kau tahu hatiku,
Sentiasa ada untukmu,
Sangguhkah dikau setia kepadamu,
Untuk selamanya?

Kekasihku,
Setiap detik yang berlalu,
Ku bayangkan kita bersama,
Dapat mengejar kebahagiaan,
Yang pasti saat kita berdua,
Mampu untuk senyum bersama.

Kekasihku,
Saat kau kecewa,
Saat kau ditimpa kegagalan,
Saat kau dalam keresahan,
Aku akan datang memberi sokongan,
Walaupun aku tiada cara,
Yang pasti aku takkan biarkan,
Engkau lalui penderitaan itu,
secara berseorangan.

Kekasihku,
Maafkan aku kerana sering menyembunyikan,
Segala masalah, segala musibah,
Bukan niat aku ingin memencil dirimu,
Tetapi aku tidak sanggup,
Membiarkan airmatamu mengalir,
Kerana risaukan diri ku ini.

Kekasihku,
Walaupun kita tidak dapat bersama,
Takkan mudah diriku,
Meluputkan namamu,
Hinggakan nyawa hampir hilang di badan,
Kau tetap dalam ingatanku,
Kerana kau,
Kekasihku..

nukilan kasih, Dr. Rozek
(Setiausaha Sulit Lelaki Kacak SeMalaysia)
Hahahaha..

p/s: mood tengah sengal ><"

Isnin, Oktober 18, 2010

Lagu time kechil

Masa kecik dulu kita selalu nyanyi lagu neh kan? main2 pun kita selalu nyanyi..

..Lagu Beruang..
Bulat kechil, bulat kechil, bulat la besarrrr..

Sayang papa, sayang mama,

Selamat malam,

Enam kali enam kali tiga puluh enam,

Enam kali enam kali,

Jadi beruang..

~aku teringat beruang comel itu~

..Lagi main tutup mata..
[cucu]

Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang mengantuk malam berjaga,
Mencari cucu di mana saja,
Nenek ku kahwin dengan anak raja!
[nenek]

Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek tua banyak sakti,
Sekarang nenek nak cari ganti,
Siapa yang dapat dia yang jadi!

~Usia bukan penentu segalanya~

..Lagu kereta..
bapa ku pulang dari kota..

bapa ku belikan kereta,
kereta kecil warna merah...

boleh ku bawa ke sekolah...

pon9x,

kereta kecil ku ber bunyi,

marilah adik mari naik..

boleh ku bawa jumpa nenek..


~masa kecil tak perlu fikir masalah berat~

..Lagu kelas biologi..

Bangau Oh Bangau Kenapa Engkau Kurus
Macam Mane Aku Tak Kurus
Rumput Panjang Sangat (2x)
Rumput Oh Rumput Kenapa Panjang Sangat
Macam Mane Aku Tak Panjang
Lembu Tak Makan Aku (2x)

Lembu Oh Lembu Kenapa Tak Makan Rumput
Macam Mane Aku Nak Makan
Rumput Aku Basah (2x)
Rumput Oh Rumput Kenapa Engkau Basah
Macam Mane Aku Tak Basah
Katak Panggil Hujan (2x)

Hujan Oh Hujan
Kenapa Engkau Turun
Macam Mane Aku Tak Turun
Awak Nyanyi Sumbang....(2x)

~aku neh ibarat bangau~


Actually, banyak lagu yang kita nyanyi masa kanak-kanak dulu..kita kuat berimaginasi..malah masa tue la kita dapat ramai kawan-kawan (aku neh anak tentera, dah tentu ramai yang aku jumpa)..kalau nak banding ngan zaman sekarang, banyak yang main game dalam rumah sahaja..


p/s::budak-budak sekarang tak rase macam kita rasa

Rabu, Oktober 13, 2010

Hati Yang Sepi

Masa ini tengah menunggu di UiTM Shah Alam. Maka lahirlah syair di kala masa tersebut..
*bayangkn penyair tengah menyampaikn dengan gaya..hihi*
Syair neh dikarang dlm awal bulan 6 2010

Ku ingin bermimpi denganmu,
Kerana ia lebih terang,
Walaupun kehadiran insan lain,
Yang berada di sisimu.

Senyumanmu yang cukup menawan,
ketawamu mengubat luka terlara,
Tika aku kesepian,
Tika aku keresahan,
Kehadiran kenanganmu mendakap hatiku.

Aku tahu cintaku padamu,
Cinta yang ingin ku mulakan,
dari sekeping nota,
Yang gagal dikirimkan,
Kerana ia hilang dipertengahan.

Cinta yang menyubur dalam hatiku,
Sekuat akar menyokong jiwaku,
Ku gagahi corak menawanmu,
Dan akhirnya kau sempat bersamaku.

Cinta kita cinta ternoda,
Kerana sikapku yang ingin kesempurnaan,
Ku takut kehilanganmu,
Ku takut dirimu dirampas,
Lalu ku mulakan langkah,
Mengawalmu dari segalanya.

Tika ku mula sedar sikapku,
Ia sudah terlambat,
Kau memilih bersama yang lain.

Kehilanganmu,
separuh nafasku sudah pergi,
jiwaku kian menjadi kosong,
hatiku kian merasa terseksa.

Dan maafkan ku sayang,
Kerana melukai hatimu selama ini,
Kerana aku juga,
Lelaki dan insan yang biasa,
Yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Aku cuba buat yang terbaik,
Agar hatiku tidak lagi,
Menjadi hati yang berpaling dariMu,
Wahai Tuhanku yang hakiki..

Aku tidak mahu hati yang sepi..