Memaparkan catatan dengan label kekasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekasih. Papar semua catatan

Ahad, Disember 05, 2010

Maafkan Ku

Sayang,
Masih ingatkah saat kita sering berjumpa suatu masa dahulu?
Saat di mana kita akan berbual tentang impian kita bersama.
Saat di mana aku berpeluang menatap wajahmu
dan sengaja aku mencari sebab untuk kita sering bertemu?
Aku sentiasa memilih untuk menaiki feri bersama
Dibuai angin laut yang menghiburkan aku
Namun, kini ia menjadi kenangan.

Sayang,
Aku tahu di mana tahap diriku berada
Aku menyingkirkan dirimu dari hidupku
Bukan kerana aku membencimu
Bukan kerana aku inginkan wanita sempurna
tetapi saat aku berada di kejatuhan
Saat aku ditimpa musibah
Dan kamu mengetahui setelah kepergianku.

Sayang,
Masih segar dalam memoriku,
Suatu kita dahulu,
Masih di alam persekolahan,
Saat aku menceritakan musibah yang melanda diriku,
Kamu menangis.
Tahukah saat kamu menangis untuk diriku
Hatiku hancur?
Kerana itulah aku jadikan diari aku
sebagai tempat aku mencurahkan segalanya
Kerana aku tidak lagi sanggup
membiarkan diri engkau menjadi risau lagi
kerana keadaan diriku,
Bukan tiada kawan, bukan tiada teman,
tetapi aku tidak mahu berkongsi selain denganmu,
Namun diari itu aku musnahkan
setelah kepergian engkau
Dan kini aku jadikan teman sebagai tempat aku bergantung segalanya.

Sayang,
Aku sering senyum sendirian,
Bila aku terkenangkan diriku,
Aku menjadi seorang yang tabah
kerana engkau sering menjadi pendorongku
Aku menjadi seorang yang pandai berkata-kata
kerana aku teringin bermadah pujangga dengan dirimu
Aku menjadi seorang pemimpin pelbagai jawatan
kerana aku ingin membuatkan dirimu kagum dengan diriku
Aku cuba menjadi yang terbaik
kerana aku tidak mahu kamu jelik pada diriku
Dan kamu pun boleh memahami
Tiada yang mudah di dunia,
Semua perkara perlukan pengorbanan.

Sayang,
Saat aku bersendirian menonton wayang,
Aku sering berasa bersama denganmu,
Saat aku menyanyi bersendirian,
Aku sering nyanyikan lagu yang pernah kamu dendangkan,
Saat aku menangis,
Aku sering terasa kamu mendakapku,
Saat aku dipinggirkan,
Aku sering merasa kamu mendengarku,
Saat aku berasa marah,
Aku sering merasa kamu menyabarkanku
Cukuplah dengan apa yang kamu lakukan,
Kerana aku tidak sanggup lagi
Menerima perkara yang tidak mampu aku berikan kepadamu sentiasa

Sayang,
Aku tahu hidup seperti ini derita
Tetapi aku harus teruskan,
Aku membuatkan hatimu benar-benar terluka
Supaya kamu tidak teragak-agak
Supaya kamu tidak berpaling lagi
Walaupun ternyata kerinduan menyelubungiku,
Kerana aku dapat merasakan,
Kamu pasti bahagia
Tanpa aku di sisi

Rabu, Oktober 13, 2010

Hati Yang Sepi

Masa ini tengah menunggu di UiTM Shah Alam. Maka lahirlah syair di kala masa tersebut..
*bayangkn penyair tengah menyampaikn dengan gaya..hihi*
Syair neh dikarang dlm awal bulan 6 2010

Ku ingin bermimpi denganmu,
Kerana ia lebih terang,
Walaupun kehadiran insan lain,
Yang berada di sisimu.

Senyumanmu yang cukup menawan,
ketawamu mengubat luka terlara,
Tika aku kesepian,
Tika aku keresahan,
Kehadiran kenanganmu mendakap hatiku.

Aku tahu cintaku padamu,
Cinta yang ingin ku mulakan,
dari sekeping nota,
Yang gagal dikirimkan,
Kerana ia hilang dipertengahan.

Cinta yang menyubur dalam hatiku,
Sekuat akar menyokong jiwaku,
Ku gagahi corak menawanmu,
Dan akhirnya kau sempat bersamaku.

Cinta kita cinta ternoda,
Kerana sikapku yang ingin kesempurnaan,
Ku takut kehilanganmu,
Ku takut dirimu dirampas,
Lalu ku mulakan langkah,
Mengawalmu dari segalanya.

Tika ku mula sedar sikapku,
Ia sudah terlambat,
Kau memilih bersama yang lain.

Kehilanganmu,
separuh nafasku sudah pergi,
jiwaku kian menjadi kosong,
hatiku kian merasa terseksa.

Dan maafkan ku sayang,
Kerana melukai hatimu selama ini,
Kerana aku juga,
Lelaki dan insan yang biasa,
Yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan.

Aku cuba buat yang terbaik,
Agar hatiku tidak lagi,
Menjadi hati yang berpaling dariMu,
Wahai Tuhanku yang hakiki..

Aku tidak mahu hati yang sepi..