Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasihat. Papar semua catatan

Selasa, April 12, 2011

Wanita Pertama Yang Masuk Ke Syurga


 Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.


Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.


Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.


Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

 
Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.


Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam

sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1762-wanita-pertama-menghuni-syurga.html 

Sedikit catatan: Sebenarnya Fatimah r.a tetap juga menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Cuma wanita tadi, Siti Muti'ah adalah wanita yang memegang tali kuda tunggangan Fatimah. Jadi, orang yang memegang tali kuda akan berjalan di hadapan. Sebab itulah dia dikatakan wanita pertama masuk ke syurga kerana dia adalah insan terpilih untuk memegang tali kuda tunggangan putri Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam.

Ciri-Ciri Biasa Wanita Inginkan Terhadap Lelaki

Hi All,

Menurut pemerhati serta pakar kajian percintaan lelaki dan wanita, ada 6 perkara yang menjadi perkara penarik PALING disukai wanita kepada lelaki adalah;

1. Pemilikan (kekayaan atau harta yang boleh mencukupkan segalanya)

2. Kekuatan (kepimpinan atau kemampuan untuk melindungi)



3. Popular



4. Kacak (termasuk tinggi dan berat badan)


5. Eksklusif (kekuasan, susah untuk dimiliki)


6. Peribadi (Humor, kreatif, romantik, kepandaian)

Jadi, apa perkara yang kamu tidak miliki dari enam ini?

Ahad, April 10, 2011

Apakah Itu Cinta?

Apakah Itu Cinta?

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggungjawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.

Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita.
Kadang Dia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya mampu tertanam dalam benak fikiran kita.

Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya.
Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Dia mengambil sesuatu,
Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Mengapa menunggu?
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin sepantas memberi keputusan, kita tidak inginkan kecacatan.
Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, membuat keputusan memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, untuk kepuasan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat,
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan bersama pilihan yang salah,
kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri.

Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.

Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu memerlukan banyak pengorbanan
- iman, keberanian, dan pengharapan
- penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.

Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu,
kerana alasan yang penting.
Kerana orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa,
Adalah orang yang sabar.



Best regards,
Rozek Suka DiTag

Cinta Dan Waktu

Cinta Dan Waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah perbagai macam benda-benda abstrak : ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan karena ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di
tepi pantai dan mencoba mencari pertolongan.

Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta.
Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
”Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!” teriak Cinta.
”Aduh! Maaf, Cinta!” kata Kekayaan.
“Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini”.
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.

Cinta sedih sekali,
namun dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.
“Kegembiraan! Tolong aku!”, teriak Cinta.
Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.

Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin
panik. Tak lama perahu Kecantikan melaluinya.
“Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta
“Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu ikut sekali.
Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini”, sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak.

Saat itu lewatlah Kesedihan.
”Oh, Kesedihan. Bawalah aku bersamamu”, kata Cinta.
”Maaf Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...” kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara.
”Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!”
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
”Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu” kata orang itu.
”Tapi mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku” tanya Cinta kehairanan.
”Sebab” kata orang itu
Hanya Waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu...”



Moral Cerita Ini

Hargailah cinta sebelum ia tenggelam dibawa arus.

Best regards,
Rozek Suka DiTag

Sabtu, April 09, 2011

Bas Dan Cinta

Hi ALL,

Sini ada kisah yang boleh dikongsikan bersama mengenai motivasi cinta. Pada kali ini kita akan kisahkan "Bas Dan Cinta".

Cinta itu sama seperti orang menunggu bas.
Ketika datang bas pertama dan kamu bercakap,
"Wah, bas itu terlalu penuh! Tak ape, tunggu bas berikutnya"

Kemudian, bas berikutnya tiba.
Kamu melihat dan mula bercakap,
"Adeh, bas ini buruk la. Tak selesa kalau menaikinya. Tak mahu la!"

Bas seterusnya tiba, dan kelihatan bas itu sangat menarik perhatian kamu.
Namun bas itu seolah-olah tidak menyedari kehadiran kamu dan ia berlalu pergi.

Bas keempat berhenti di depan kamu.
Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu cakap,
"Tiada penyaman udara. Boleh buat panas dalam cuaca terik ni!"
Maka kamu biarkan bas itu berlalu pergi.

Masa terus berlalu.
Kamu menyedari kamu bakal terlewat untuk urusan diri kamu.

Ketika bas kelima datang,
kamu sudah hilang kesabaran,
lantas kamu menaiki bas tersebut.
Setelah sekian lama, baru kamu menyedari,
Bas yang kamu naiki,
Adalah bas yang salah,
Bas yang tidak menuju ke arah destinasi kamu.



Moral Cerita Ini

Seringkali seseorang menunggu orang yang benar-benar "IDEAL" atau menepati citarasa untuk menjadi pasangan hidupnya.
Padahal tiada orang yang mampu menjadi 100% memenuhi citarasa kita.
Dan kamu juga tidak sekali-kali akan menjadi 100% sesuai keinginan dia.
Tidak salah memiliki "syarat" untuk mencari "calon",
tetapi tidak salah memberikan peluang kepada yang behenti di depan kita.
Sekurangnya dia juga memiliki arah yang kita ingin tujui..

Apabila ternyata dia bukan pasangan yang sesuai, apa yang boleh dilakukan.
Tetapi kamu juga boleh berteriak, "Berhenti" dan keluar dengan sopan.
Maka berilah peluang kepada mereka yang berhenti di depan kamu.
Semuanya bergantung pada keputusan diri kamu.

Daripada kita terpaksa berjalan kaki sendiri menuju ke arah destinasi berseorangan,
yakni menjalani hidup ini bersendirian tanpa ditemani orang yang dikasihi.

Cerita ini juga beerti,
kalau kamu menemui bas yang kosong,
kamu sukai dan boleh dipercayai,
dan tentunya memiliki sama arah dengan dirimu,
kamu dapat berusaha menghentikan bas itu di depan kamu,
dan bas itu memberikan kamu peluang untuk menaikinya.
Kerana menemukan perkara seperti itu,
adalah suatu perkara yang sangat beerti dan bernilai,
Bagi dirimu, dan juga dia.

Lalu, bas seperti apa yang kamu tunggu?

Best regards,
Rozek Suka DiTag

Isnin, April 04, 2011

Perjuangan Belum Selesai

Hi All,

Bila kita terfikir untuk mengaku kalah, cuba kita motivasikan diri dengan berfikir. "Untuk apa aku lakukan perkara ini?", "Siapa yang akan tanggung bila aku mengalah?", "Kita adalah juara bila mengaku kalah?".

Mungkin antara kita memerlukan sokongan motivasi diri untuk bertahan. Kita adalah manusia biasa. Seorang suami memerlukan seorang isteri memberikan semangat kepadanya. Seorang anak memerlukan bantuan perasaan daripada ibu bapanya untuk bertahan. Seorang kekasih juga memerlukan bantuan kekasihnya untuk menaikan semangat.

Kita juga kadang-kala mendapat bantuan semangat dari kesusahan yang dialami. Apabila kita hidup dalam kemiskinan, kita akan menjadi bersemangat untuk menjadi kaya. Jika kita dalam kelompok lelaki bukan kacak, kita akan bersemangat untuk menjadi kacak.

Kerana itulah sebagai seorang manusia, kita hendaklah belajar menjadi pendorong kepada orang lain. Percaya atau tidak, walaupun kita kadang-kala dilabel sebagai "pendesak" atau "pengacau", percayalah suatu masa nanti apabila kita tiada, barulah dia menyedari betapa pentingnya dorongan kita terhadap dia.

Best regards,
Rozek Suka DiTag

Ahad, Disember 19, 2010

12 Aurat Wanita

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik -Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya -Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Sebarkan..

Ahad, Disember 05, 2010

Kesetiaan dalam pekerjaan

Kadang-kadang tak rase pelik ke mengapa orang asyik-asyik nak tukar pekerjaan?
Kalau alasan nak dapatkan gaji yang lagi tinggi serta kedudukan yang lagi baik itu boleh la..
Tapi alasan yang diberikan tidak dapat menyesesuaikan diri la..
Kadang-kadang mereka ni tak tahu bersyukur..ramai yang inginkan jawatan yang mereka sedang jawat..
Namun, apa yang mereka lakukan?
Setelah diberi kepercayaan, maka diperlakukan dengan sewenang-wenangnya?
Saat kerja, curi tulang..
Saat minta kerja, wah, manisnya berkata-kata!
Camon r..
Behenti merungut la. Ada ramai lagi yang laggggiiii susah dari kamu.
Sekadar kata kerja susah, boleh ke kamu beritahu kat saya,
kerja apa yang senang? kerja apa yang tidak perlukan pengorbanan?

p/s: Kalau la kita tidak tamak

Sabtu, November 06, 2010

Jangan kecewakan mereka yang menyintaimu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
    merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
    lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
    berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
       di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
      kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
      mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
      dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
      kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Selasa, November 02, 2010

Perkataan kompius untuk penyinta

Zaman kita bukan macam zaman dinasour dulu, nak sape2 bedai jah! Zaman kita juga bukan macam tok pahlawan bersilat power2 dulu, kahwin aturan keluarga. Kalau ada sekarang pun kes minor je. Kalau tak sebab family berkenan tue berkenan, jawabnya sebab kes dah terdesak je. Maklum la, usia pun dah angka 3..susah nak cari lelaki kacak mahu perempuan terlajak usia.

Hati perempuan ini ibarat kaca (orang kata laaa)..Kalau retak, susah nak repairnye..so lelaki di luar sana, jaga2lah hati perempuan tue..tapi perempuan2 sekalian, jangan lupe lelaki juga ada hati tau! Hati lelaki ibarat sayur. Cepat layu. Kalau nak jaga, haruslah dibelai dengan teliti. Jangan biarkan hati lelaki mudah dihinggap serangga perosak..apa serangga itu?hahaha..haruskah dihujah dalam post ini? kita biarkan dulu.

Eh3, semua nak tau ape perkataan kompius ketika bercinta?Apa yang diberikan di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman penulis. Kalau yang termiss tue haruslah kalian tambahkan ye..Setiap pembacaan dan komen haruslah bersikap terbuka. Ok?

1. Keserasian


Wah, konon-konon ramai r nak ngaku pasangan mereka terima sebab rase serasi. Serasi? Kamon babeh..Tau ke serasi tue ape? Secara simple dan mudahnye, serasi bermaksud mempunyai perwatakan yang berlainan tetapi boleh ngam. Tak paham? Nak contoh? Wakakaka.. Kalau sorang pemarah, sorang lagi penyabar. Kalau sorang suka bercakap (eh3, rozek kah itu..hihi), pasangannya adalah pendengar. Macam mana pula wajah? Sebab nak serasi seorang yang kacak harus mencari yang hodoh? Erk..susah nak jawab tue..yang kacak tue mahu ke? hahahaha :D 



kacak kan? hahahaha.. (sekadar iklan)

2. Sejiwa


Sejiwa pula berlainan ngan serasi. Sejiwa neh mempunyai persamaan kelakuan, hobi, sikap malah pandangan pun sama!Sebab tue zaman dulu2 suami isteri mudah nak sejiwa. Sebab isteri utamakan suaminya dulu dalam apa-apa tindakan. Zaman sekarang perempuan pun sama ke? Erk..lari-lari! Pembaca perempuan sudah panas..hahahaha :D








nah amek la teddy bear neh..comel kan?

3. Semua indah belaka


"Nape you tak reply message I? Nape you kuar ngan jantan tue? Siapa betina yang tengok you tue? You neh tak memahami I ke? You...You...You..."
Indah ke? Mana ada. Silap-silap macam neraka! Hahaha..Itulah, ramai yang mudah terhanyut dalam arus cinta bila mula rasa indah je. Sepatutnya mereka kena merasa sikit berfikir tue..Bila masuk je dalam alam hubungan, mereka akan dikongkong. Bila dah kongkong, haruslah jeles kan bila perkara-perkara memelikkan hati berlaku?


4. Akulah pasanganmu yang paling sempurna
Waaaa..Ini tak bleh blah kan? Untuk pengetahuan kalian, semakin lama hubungan itu, maka semakin lama kelemahan makin ketara. Waduh3..kamu tahukah bila kelemahan ini mula kelihatan, anda menjadi tidak sempurna? tetiba dia tahu pula bila tidur suara bising keluar. Tak ke kelakar?hahaha..

kann?
5. Lelaki sangat alim

OK! Sebagai lelaki normal, unsur-unsur kelakian itu ada untuk setiap mereka. Lelaki mudah berimaginasi berbanding wanita. Lelaki mudah terangsang daripada imaginasi. Wanita? Oh..mereka kepada sentuhan. Mengapa? Oh, pegi la tanya pakcik2 sains psikologi tue. Mereka ada jawapannye. Untuk orang Islam, anda tahu beza akal dan nafsu antara lelaki dan perempuan kan? Kalau tak tahu, pegi tanya budak darjah 4 yang amek pendidikan Islam.



6. Mahu single mingle tringle selamanyee

Ape neh? Berdasarkan pengalaman, mereka ni r yang jarang berjaya mengotakan kata-kata mereka? Mengapa? Ish. Takkan tak paham kowt? Tuhan jadikan setiap manusia tue berpasangan. Kalau status single, boleh! Tapi kalau mahu single tue tak lama muncul r hero ke heroin datang curik hati! Tetiba teringin pula jadi sebagai hadiah untuk orang tue sempena birthday dia. oOOooo..comel! Tapi mahukah dia dengan lelaki kacak ini? ><"

Ok3..dah penat merepek. Kalau rase nak tambah2 tue, sila-silalah komen..nak tinggal komen as anon pun bleh..tak tahu nak komen ape? adehhhh ><"

p/s: ada sape2 nak saya?hihihihi

Ahad, Oktober 31, 2010

Pengajaran Pagi Ini

Pagi ini ada beberapa petua dan kesilapan yang boleh dipelajari

1. Milo KKM yang beli pada jam 8 malam tidak boleh diminum pada jam 7 pagi.
2. Tempat external hardisk bukanlah di sebelah katil tetapi bawah katil.
3. Blazzer yang berkedut susah untuk diseterika.
4. Menaip karangan dalam bahasa Inggeris mengambil masa yang panjang ><"
5. Harus charge anset semasa tidur.
6. Tidak boleh upload gambar besar kat facebook dan blog. Dah la lambat, bila nak view pun saaaangggggaaattttt slow!

Pengajaran setakat jam 10.30 pagi ><"

p/s: Belajarlah daripada kesilapan ^_^

Bila Cinta Berkecai!

Normal apabila percintaan yang dibina atas talian suka sama suka mengalami kegagalan. Sangat perit apabila percintaan itu yang kita harapkan sebagai percintaan sejati kita. Namun takdir mengatasi segala-galanya. Saya senaraikan perkara yang biasa dilakukan oleh lelaki apabila cinta mereka menemui kegagalan dan beberapa panduan bagaimana mengatasinya.

1. Marah
Memang tidak dapat dinafikan mereka mempunyai hak untuk marah tetapi alangkahbaik sekiranya kemarahan itu dapat dikawal.

2. Hak Untuk Memilih
Manusia mempunyai akal dan perasaan yang membantu mereka menjadi manusia yang beremosi. Apakah salah sekiranya mereka memilih orang lain daripada diri kita? Terimalah hakikat dia itu bukan jodoh kita. Senyumlah pada dia dan ucapkan terima kasih atas kesetiaan dia selama ini walaupun dia sudah memiliki orang lain.

3. Bermusuhan
Penulis sendiri pernah alami keadaan seperti ini. Selepas tamat perhubungan, terus tidak hubungi. Walhal suatu masa dulu dialah insan yang paling rapat. Ini yang dikatakan perkara yang merugikan. Andaikata hubungan itu berakhir namun dapat diteruskan sebagai kawan biasa, alangkah baiknya?

4. Maki hamun
Yo brother! Ini tidak boleh terjadi. Memang perit kalau hubungan terputus tetapi hak dia sebagai manusia jangan dilanggar. Maruah diri dia harus dijaga. Terimalah dengan hati terbuka!

~to be continue. Ada kerja penting menanti sekarang..Chill ya!~

Rabu, Oktober 27, 2010

Petua Mudah Dikenali

Ada yang ingin glamer dan mudah diingati? Ini kaedah yang boleh digunakan dalam menjual diri anda itu..eeeuuwww..segala catatan adalah pengalaman penulis neh *erk..aku glamer ke?huahuahua*

1. Nickname
Pilihlah satu nama yang mudah diingati dan menggambarkan diri anda. Paling mudah Mok untuk Gemuk, Jang untuk Lenjong, ataupun ringkasan pada nama sendiri. Tapi kan sekarang susah nak jumpe nama lama-lama neh macam Melor, Temah..haha :P


2. Unik
Jika anda ada keunikan tersendiri macam senyum kening naik, muka cam alien, ataupun yang membuatkan orang rasa "lain" bersama anda, maka mudah untuk mereka ingati anda. Cuba cari keunikan pada diri anda!


3. Peramah yang mesra
Ramah tak semestinya mesra. Orang yang mesra neh ayatnya menjaga hati orang. Yelaaaa, nanti tak dilayan siapa yang malu?hahaha



4. Aktif
Unsur keaktifan juga sangat-sangat membantu. Secara peribadinya inilah sebab penulis glamer.

5. Pakwe/Makwe/Skandal sangat glamer
Kalau rasa diri tak hooot, carilah pasangan yang panas gileeerr..inipun satu kaedah untuk glemer tanpa perlu mengumpul peminat.

6. Kacak atau lawa
Err.damn! Tak mau ulas lebih-lebih. Orang yang kacak neh pegi mana pun orang tengok. Jeles sekejap!



p/s : semua ada cara masing-masing nak femes. Cuma janganlah femes dengan perbuatan terkutuk

Selasa, Oktober 26, 2010

Latihan bercakap di khalayak umum

Ramai yang ingin kelihatan hebat dalam berhujah malah ada juga yang cemburu melihat rakan mereka petah berkata-kata di khalayak umum. Saya juga pernah lalui peristiwa seperti itu. Saya tidaklah terlalu hebat hinggakan semua perbahasan saya menang. Perlu diingatkan cuma petua, latihan dan pengalaman menjadi kayu ukuran. Petua yang diberikan hendaklah dilatih supaya anda boleh menjadi kelompok MANUSIA yang berani serta menarik di khalayak umum.

Dalam artikel kali ini saya senaraikan peralatan serta perkara berkaitan sebagai latihan bagi membolehkan anda menjadi manusia yang HEBAT di atas pentas.

1. Cermin
Bagaimana hendak mengetahui bahasa badan tidak menjengkelkan penonton di atas pentas? Sebaik-baiknya anda hendaklah memiliki cermin ketika latihan yang boleh menampakkan badan anda keseluruhan. Berlatihlah di hadapannya supaya anda selesa kelak. Lihatlah wajah anda ketika bercakap, hayunan tangan, kedudukan berdiri serta pusingan badan. Bahasa badan yang terbaik saya akan huraikan pada artikel akan datang.

2. Nada suara
Berlatihlah menggunakan pelbagai intonasi suara. Kelebihan ini akan menarik minat para pendengar untuk menumpukan sepenuh perhatian apa yang ingin disampaikan. Anda sendiri boleh menilai perbezaan senada dengan pelbagai intonasi. Contoh latihan yang boleh digunakan, sebutlah, "Hello, saya adalah hebat di atas pentas" berulang kali menggunakan nada gembira, geram, kecewa, sedih, tiada perasaan dan pelbagai lagi. Perlu terima hakikat, walaupun anda mempunyai isi yang banyak tetapi sekiranya penceritaan yang membosankan membuatkan pendengar jemu untuk mendengar.

3. Idea untuk bercakap
Aspek ini memerlukan kerajinan. Keraplah membaca, berbual ataupun memiliki rakan yang suka berhujah. Kita sebenarnya banyak idea di dalam kepala tetapi jarang kita boleh luahkan. Ada satu kaedah latihan iaitu "bercakap tanpa henti"..Bagi yang peramah ini tidak menjadi masalah tetapi mereka yang pendiam harus berlatih. Caranya mudah, fikirkan satu tajuk yang ingin dibentangkan. tetapkan masa untuk bercakap 10 minit bagi latihan pertama. Dalam latihan ini anda dibenarkan mengulang idea yang sama tetapi ayat yang berbeza. Tidak dibenarkan behenti. Jika tiada idea, cakap apa-apa sahaja. Ulangi kaedah ini berkali-kali sehinggalah anda dapat bercakap 10 minit tanpa henti, idea yang berlainan dan munasabah.

4. Topik mengarut
Selepas anda berjaya lakukan kaedah di atas, cuba cipta topik mengarut. Untuk awal-awal ini saya senaraikan topik yang boleh dikatakan ngarut,
a. Siti NurHaliza jatuh cinta dengan saya.
b. Lelaki datang bulan.
c. Rozek lelaki paling kacak kat Malaysia.
Idea-idea yang mengarut ini sebenarnya mampu menambahkan kreativiti anda ketika berbual.

5. Jenaka vs Serius
Perkara ini harus anda mahiri. Setiap daripada penyampai mempunyai karekter masing-masing. Ada yang serius malah ada yang pandai berjenaka. Latihan yang boleh anda lakukan adalah dengan melihat contoh pelawak-pelawak yang berkemahiran seperti Nabil, Pak Nil malah sesiapa sahaja idola anda. Dengar lawak bercerita mereka. Ulangi nada mereka. Kemudian lakukan eksperimen kepada orang lain. Ceritakan kepada mereka lawak tersebut. Jika respon mereka mendukacitakan, berlatih lagi. Cari lawak yang berlainan. Sekiranya anda berjaya, cuba lakukan jenaka bercerita dengan cara sendiri pula. Latihan yang berterusan akan membuatkan ia menjadi tabiat. Contoh untuk latihan serius pula adalah dengan cara melihat ahli-ahli politik menyampaikan hujah mereka.

6. Raut wajah.
Ini merupakan senjata yang paling penting. Kaedah ini boleh diaplikasikan di hadapan cermin. Petua untuk raut wajah, SENYUM untuk JENAKA, JEGILKAN MATA untuk SERIUS, KETAPKAN BIBIR untuk GERAM dan sebagainya.

7. Darah gemuruh
Ada pelbagai cara untuk mengawal perasaan gementar di khalayak umum. Namun kaedah yang boleh dilatih adalah cara bernafas. Latihan yang boleh digunakan adalah cara TARIK TAHAN. Dalam kaedah ini, cuba tarik nafas dalam kiraan tiga, kemudian tahan nafas dalam kiraan lapan, dan hembus nafas dalam kiraan lima. Pastikan ketika anda menarik dan menahan nafas perut anda DIKEMBANGKAN manakala ketika hembus perut dikempiskan. Lakukan latihan ini sehinggalah anda rasa tenang.

p/s : banyak cara latihan yang boleh dilakukan untuk bercakap di khalayak umum. Kaedah yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri. Untuk pengetahuan, penulis sangat lemah menggunakan bahasa Inggeris di khlayak umum. Sekarang beliau sedang berusaha mengatasinya.

Isnin, Oktober 25, 2010

Pengalamanku Part 1

*catatan ini diambil dekat facebook Rozek Suka DiTag 22 Julai 2010*

Assalammualaikum Pembuka Bicara.

Coretan ini khas kepada semua yang mengenali diri Rozek dan juga mereka yang baru mengenali dunia keaktifan.

Ramai yang keliru antara pemimpin, ketua dan juga fasilitator. Tidak kurang juga yang menganggap mereka ini adalah sempurna. Kelakar bukan? Namun inilah yang sering dialami oleh mereka yang membiasakan diri dengan aktiviti. Tanya pada diri anda sendiri. Sejauh mana selama ini yang ada lakukan? Adakah anda sering terlibat dalam pelbagai aktiviti? Sebagai contoh, sebagai badan uniform, dalam masa yang sama pemimpin untuk sebuah kelab? Ataupun anda aktif dalam sukan namun dalam masa yang sama aktif dalam arena kepimpinan?

Perkara yang sering terjadi berkait rapat dengan pengalaman yang kita lalui. Percaya atau tidak mereka yang berpengalaman akan mengetahui tindakan yang sepatutnya diambil apabila masalah muncul. Jika ditanya pada saya berkisar kepimpinan, mudah sahaja jawapan yang akan diberikan kerana itulah pengalaman yang sering ditempuhi. Percintaan? Kebajikan? Ada sahaja jawapan yang boleh muncul malah tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh "freshie" juga boleh dijangka. Malah, tindakan senior juga saya dapat jangkakan.

Dan kehidupan yang dijalani saya sebagai pelajar UKM banyak sebagai fasilitator.

Saya sering ketawa bila ada orang tanya dekat saya, "Macam mana kalau masalah terjadi?Macam mana nak buat? Apa pandangan orang?"..tetapi sebagai senior saya akan memberikan jawapan yang sejukkan hati beliau bagi mengelakkan dia lari ketika tugas tengah dijalankan. Berikan sokongan dan dorongan. Itulah sebenarnya tugas fasilitator. Luahkan nasihat yang seperti;

"Jangan pendamkan masalah hingga hilangkan diri ketika program dijalankan. Berbincang dan beritahu. Bila hilangkan diri, itulah perkara yang paling menyusahkan. Kawan-kawan terpaksa pikul!"

Mesti ramai yang biasa dengan ungkapan ini yang selalu keluar dari mulut saya. Tujuan? Inilah dorongan awal dan kawalan perasaan bila masing-masing dalam masalah tugas. Tetapi, harus ingat! Bila sudah gunakan ungkapan ini, jangan anda pula hilangkan diri! itu memang BERMASALAH!! Normal ketika majlis atau program dijalankan, kepala kita akan rasa banyak masalah, hati tidak tenang, wujud perasaan malas hendak pergi jalankan tugas, tekanan mula terasa, malah perasaan hendak marahkan orang juga ada (perasaan marah itu wujud bila kita cuba salahkan orang). Bila keadaan sudah reda, barulah kita akan menyesal marahkan orang tersebut sebab perkara yang terjadi adalah perihal kecil.

Sebagai fasilitator, lakukan provokasi!
"Macam mana?"
Mudah sahaja, lakukan perbandingan!
"Siapa yang perlu dibandingkan?"
Jadikan diri anda sebagai pendorong.
"Maksud?"

Jenis aktiviti mana yang saya tidak pernah sertai? Saya selalu dahagakan program yang tidak pernah disertai oleh saya.

Kepimpinan?
Bekas Ketua Pengawas

Pilihanraya?
Perwakilan Pelajar

Pertahanan Diri
Silat Gayung, Taekondo (sekadar asas), pernah juga belajar tomoi dan karate tapi tidak lama

Uniform?
Kadet Polis, Pengakap, PBSM, Unit Trafik Sekolah, SUKSIS dan lain-lain

Kesenian?
Teater (malah hobi menjadi pencuba segala peralatan muzik tradisional walaupun xmahir)

Penghargaan?
Tokoh Pelajar, kehadiran penuh, akademik

Program DiRaja?
Santapan DiRaja, Konsert DiRaja dan CemarDuli sebagai urusetia atau pelaksana

Program Kebangsaan Dan Antarabangsa
AUG, ROBOCON, KLIB

Pekerjaan?
Dari zaman sekolah menengah lagi. Tukang rumah, tukang paip, kerja kilang, kedai makan, semua itu parttime. Sekarang sebagai pembanci!

Kebajikan?
Perlu ke dinyatakan?

Dan lain-lain.

Pengalaman saya ini nampak macam hebat kan? Tetapi perlu diingatkan. Kehidupan bukan semuanya hebat!

Ada juga perkara yang terselindung di sebalik keegoan diri. Saya bukan mahir bersukan. Walaupun saya jenis mencuba segala sukan yang ada, tetapi memang saya bukan dilahirkan sebagai atlit. Ada peristiwa sampai sekarang saya tidak dapat maafkan diri apabila kekalahan pasukan bola disebabkan oleh saya. Yup, zaman sekolah rendah memang sebagai salah seorang pemain bola tetapi saya tidak nyatakan PEMAIN SIMPANAN PENJAGA GOL. Diletakkan nama untuk syarat lengkapkan bilangan pasukan. Bermain tenis tapi menang dulu sebab nasib. Segala sukan dicuba tetapi tiada satu pun mahir melainkan catur. Tetapi kemahiran akan hilang kalau tidak diasuh, kan?

Akademik? Owh, saya juga pernah mengulang ketika di zaman matrikulasi. Maruah diri jatuh malah perasaan hendak belajar juga hilang! Mujurlah saya memiliki teman istimewa ketika itu. Itulah pendorong! Keluarga memang membantu tetapi tidak dapat dinafikan orang yang kita suka itulah pemangkin atau lonjakkan semangat lagi tinggi. Saya banyak ketawa tetapi dalam kesedihan. Tekanan dirasai hinggakan melakukan "Balas Dendam" melampau terhadap junior teman sebilik sebab tidak puas hati. Hinggakan dia behenti dari matrikulasi dan sambung belajar di tempat lain! Tetapi kesannya, tidak sangka pula teman sekelas menuduh saya untuk peristiwa lain hinggakan HEP campurtangan.

Zaman sekolah? Pernah juga dipulau atas kesalahan yang tidak dilakukan. Malah, pernah juga digantung asrama atas tindakan orang lain. Jika dikenang, peristiwa itu sebenarnya bukan kesalahan saya pun tetapi individu terlibat tidak pernah datang minta maaf. Jika masa tersebut saya tidak risaukan keadaan kawan-kawan tentang masa depan mereka, ramai lagi sebenarnya yang akan digantung. Ingat sampai sekarang, kesalahan "ponteng sekolah, melawan warden, membuli dan memiliki barang tidak sepatutnya"..macam pelik kan kes tersebut? kes terakhir itu setuju tetapi saya ponteng sekolah walaupun kehadiran penuh? melawan warden walaupun saya jenis patuh pada peraturan? membuli? mencari kes untuk gantungkan saya sebenarnya..hahaha..tetapi itulah kenangan. ada hikmah yang tersirat. kes itulah yang merapatkan hubungan saya dengan seseorang.

~to be continue~

Hipokrit?

Ape maksud hipokrit tue? Hipokrit neh maksudnye kita bermuka-muka. Tak kire la ngan sesape pun..ade orang neh tak ngaku die hipokrit, itupun dh menunjukkn die hipokrit..xnk ngaku konon last2 tmakan ngan kata2 sendiri..hahaha :P


Yang merimaskan adalah hipokrit yang disertai E.G.O..kenape? bile situasi ini berlaku, nampak sgt2 menyakitkan hati..sombong kaaan? harussslah tak disukai.. ><"

p/s:: saya nak dating..sesape leh jadi partner saya?hahaha :P

Jumaat, Oktober 22, 2010

Adakah anda pemimpin?


Pernahkah anda memegang jawatan paling tertinggi ataupun AJK Tertinggi dalam satu persatuan, kelab, pejabat mahupun pertubuhan? Jika jawapan anda ya, pernahkah anda lalui perasaan seperti di bawah ini? Bagi yang baru menceburi, anda mungkin boleh ambil ikhtibar dari perkara yang disenaraikan.

1. Setiap masa rasa tertekan?
2. Cepat terasa dengan ahli lain?
3. Sentiasa bersendirian selepas memegang jawatan?
4. Terdengar khabar diri anda yang kurang baik dari cerita yang disebarkan orang lain?
5. Mendesak orang bawahan menyiapkan projek?
6. Terasa hipokrit?
7. Perlu jadi contoh untuk menjaga nama?
8. Perlu menjadi orang yang petah berkata?

Kebanyakkan perasaan ini sering dirasai oleh setiap pemimpin malah ahli biasa juga berkemungkinan untuk merasai perkara tersebut. Mengapa terjadi? Adakah disebabkan kelemahan dalaman? Ataupun disebabkan kekurangan pengalaman? Desakan? Ataupun hanya "rasa-rasa" sahaja?

Sebenarnya, menjadi orang atasan ini memerlukan ketahanan mental yang kuat. Kita tidak boleh menjadi lalang, hanya ikut rentak angin. Kita perlu menjadi seperti batu, walaupun di mana kedudukan, angin susah menggerakkan kita. Namun, harus juga beringat! Jadilah seperti padi, makin berisi makin tunduk!

Apabila anda berada dalam situasi yang seakan-akan contoh yang diberikan tadi, berikut merupakan beberapa langkah untuk atasinya. (namun semua kaedah ini bergantung bagaimana anda mengendalikannya serta penerimaannya).

1. Jika anda berada dalam situasi tertekan, cuba anda senaraikan apa sebenarnya punca tersebut. Dalam kebanyakkan kes, punca utama stress ini datangnya dari peristiwa kecil, mudah dan senang diselesaikan. Percayakah anda?

2. Terasa sibuk sentiasa? Seperti di atas, senaraikan kerja anda. Selepas itu, perhatikan adakah anda mempunyai pelbagai kerja yang perlu disegerakan? Ataupun cuma satu sahaja kerja tetapi berat untuk dilaksanakan? Nasihat saya mudah, jangan tamak untuk bekerja. Kongsilah bersama ahli-ahli yang lain.

3. Ahli pasukan gagal beri kerjasama. Tentu rasa geram kan? Kalau boleh, rasa nak singkirkan dia sahaja. Sudah la tak beri kerjasama, siap buruk-burukkan kita pula. Terasa nyampah gila-gila laaa ngan dia. Percaya ke tidak sekiranya saya katakan ramai orang jenis macam ini. "Jenis yang tidak mengaku salah". Jangan lupa, kadang-kadang kita juga sebegini. Langkah mudah je. Sila abaikan dia kerana dia harus sedar kesilapan sendiri.

4. Cepat terasa? Ini sangat-sangat normal. Tahu kenapa? Kita ini ada ego masing-masing. Apabila kita mempunyai pangkat, kita susah hendak dengar pandangan orang bawah? Eh, tak mengaku? Sendiri rasa, sendiri ingatlah yee..Kadang-kadang cerita perihal orang lain, tapi kita yang terbakar kan? Nak atasi mudah je. Fikir positif! Bila orang mengutuk, anggaplah itu pujian dan pahala percuma. Petua saya, setiap orang adalah unik.

5. Hipokrit! Ini penyakit biasa. Punca, E.G.O. Dalam Islam, ego adalah ibu segala penyakit. Ingat, bukan mudah hendak menjadi orang yang merendah diri. Kerana hipokritlah kita sering dilanda masalah. Renung-renungkan diri.

6. Kemahiran komunikasi. Hendak cerita panjang pun rasa-rasa masing-masing pun tahu kepentingannya kannnn?


7. Terasa bersendirian. Ini sering berlaku. Dulu kawan sangaaaat ramai, tetapi bila berjawatan kawan sudah lari. Tetapi ingat, kadang-kadang ini berpunca dari silap kita sendiri. Adakah kita terlalu sibuk? Adakah kita sudah sombong? Jarang dapat bergaul? Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kitalah yang seharusnya berusaha untuk berkawan dengan mereka. Ingat, tiada manusia yang tidak perlukan kawan.


Apapun, petua yang terbaik adalah sentiasa berpegang pada kenyataan semuanya datang dariNya dan banyakkan beramal kerana amalan itu mampu menjernihkan hati

p/s:: Ingatlah! Ketika kita berada di atas, orang sentiasa perhatikan tingkahlaku kita. Ketika berada di bawah, orang sentiasa mengejek kita. Jadi di mana kedudukan yang sesuai? Fikir-fikirkan sendiri.