Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label remaja. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 25, 2010

Pengalamanku Part 1

*catatan ini diambil dekat facebook Rozek Suka DiTag 22 Julai 2010*

Assalammualaikum Pembuka Bicara.

Coretan ini khas kepada semua yang mengenali diri Rozek dan juga mereka yang baru mengenali dunia keaktifan.

Ramai yang keliru antara pemimpin, ketua dan juga fasilitator. Tidak kurang juga yang menganggap mereka ini adalah sempurna. Kelakar bukan? Namun inilah yang sering dialami oleh mereka yang membiasakan diri dengan aktiviti. Tanya pada diri anda sendiri. Sejauh mana selama ini yang ada lakukan? Adakah anda sering terlibat dalam pelbagai aktiviti? Sebagai contoh, sebagai badan uniform, dalam masa yang sama pemimpin untuk sebuah kelab? Ataupun anda aktif dalam sukan namun dalam masa yang sama aktif dalam arena kepimpinan?

Perkara yang sering terjadi berkait rapat dengan pengalaman yang kita lalui. Percaya atau tidak mereka yang berpengalaman akan mengetahui tindakan yang sepatutnya diambil apabila masalah muncul. Jika ditanya pada saya berkisar kepimpinan, mudah sahaja jawapan yang akan diberikan kerana itulah pengalaman yang sering ditempuhi. Percintaan? Kebajikan? Ada sahaja jawapan yang boleh muncul malah tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh "freshie" juga boleh dijangka. Malah, tindakan senior juga saya dapat jangkakan.

Dan kehidupan yang dijalani saya sebagai pelajar UKM banyak sebagai fasilitator.

Saya sering ketawa bila ada orang tanya dekat saya, "Macam mana kalau masalah terjadi?Macam mana nak buat? Apa pandangan orang?"..tetapi sebagai senior saya akan memberikan jawapan yang sejukkan hati beliau bagi mengelakkan dia lari ketika tugas tengah dijalankan. Berikan sokongan dan dorongan. Itulah sebenarnya tugas fasilitator. Luahkan nasihat yang seperti;

"Jangan pendamkan masalah hingga hilangkan diri ketika program dijalankan. Berbincang dan beritahu. Bila hilangkan diri, itulah perkara yang paling menyusahkan. Kawan-kawan terpaksa pikul!"

Mesti ramai yang biasa dengan ungkapan ini yang selalu keluar dari mulut saya. Tujuan? Inilah dorongan awal dan kawalan perasaan bila masing-masing dalam masalah tugas. Tetapi, harus ingat! Bila sudah gunakan ungkapan ini, jangan anda pula hilangkan diri! itu memang BERMASALAH!! Normal ketika majlis atau program dijalankan, kepala kita akan rasa banyak masalah, hati tidak tenang, wujud perasaan malas hendak pergi jalankan tugas, tekanan mula terasa, malah perasaan hendak marahkan orang juga ada (perasaan marah itu wujud bila kita cuba salahkan orang). Bila keadaan sudah reda, barulah kita akan menyesal marahkan orang tersebut sebab perkara yang terjadi adalah perihal kecil.

Sebagai fasilitator, lakukan provokasi!
"Macam mana?"
Mudah sahaja, lakukan perbandingan!
"Siapa yang perlu dibandingkan?"
Jadikan diri anda sebagai pendorong.
"Maksud?"

Jenis aktiviti mana yang saya tidak pernah sertai? Saya selalu dahagakan program yang tidak pernah disertai oleh saya.

Kepimpinan?
Bekas Ketua Pengawas

Pilihanraya?
Perwakilan Pelajar

Pertahanan Diri
Silat Gayung, Taekondo (sekadar asas), pernah juga belajar tomoi dan karate tapi tidak lama

Uniform?
Kadet Polis, Pengakap, PBSM, Unit Trafik Sekolah, SUKSIS dan lain-lain

Kesenian?
Teater (malah hobi menjadi pencuba segala peralatan muzik tradisional walaupun xmahir)

Penghargaan?
Tokoh Pelajar, kehadiran penuh, akademik

Program DiRaja?
Santapan DiRaja, Konsert DiRaja dan CemarDuli sebagai urusetia atau pelaksana

Program Kebangsaan Dan Antarabangsa
AUG, ROBOCON, KLIB

Pekerjaan?
Dari zaman sekolah menengah lagi. Tukang rumah, tukang paip, kerja kilang, kedai makan, semua itu parttime. Sekarang sebagai pembanci!

Kebajikan?
Perlu ke dinyatakan?

Dan lain-lain.

Pengalaman saya ini nampak macam hebat kan? Tetapi perlu diingatkan. Kehidupan bukan semuanya hebat!

Ada juga perkara yang terselindung di sebalik keegoan diri. Saya bukan mahir bersukan. Walaupun saya jenis mencuba segala sukan yang ada, tetapi memang saya bukan dilahirkan sebagai atlit. Ada peristiwa sampai sekarang saya tidak dapat maafkan diri apabila kekalahan pasukan bola disebabkan oleh saya. Yup, zaman sekolah rendah memang sebagai salah seorang pemain bola tetapi saya tidak nyatakan PEMAIN SIMPANAN PENJAGA GOL. Diletakkan nama untuk syarat lengkapkan bilangan pasukan. Bermain tenis tapi menang dulu sebab nasib. Segala sukan dicuba tetapi tiada satu pun mahir melainkan catur. Tetapi kemahiran akan hilang kalau tidak diasuh, kan?

Akademik? Owh, saya juga pernah mengulang ketika di zaman matrikulasi. Maruah diri jatuh malah perasaan hendak belajar juga hilang! Mujurlah saya memiliki teman istimewa ketika itu. Itulah pendorong! Keluarga memang membantu tetapi tidak dapat dinafikan orang yang kita suka itulah pemangkin atau lonjakkan semangat lagi tinggi. Saya banyak ketawa tetapi dalam kesedihan. Tekanan dirasai hinggakan melakukan "Balas Dendam" melampau terhadap junior teman sebilik sebab tidak puas hati. Hinggakan dia behenti dari matrikulasi dan sambung belajar di tempat lain! Tetapi kesannya, tidak sangka pula teman sekelas menuduh saya untuk peristiwa lain hinggakan HEP campurtangan.

Zaman sekolah? Pernah juga dipulau atas kesalahan yang tidak dilakukan. Malah, pernah juga digantung asrama atas tindakan orang lain. Jika dikenang, peristiwa itu sebenarnya bukan kesalahan saya pun tetapi individu terlibat tidak pernah datang minta maaf. Jika masa tersebut saya tidak risaukan keadaan kawan-kawan tentang masa depan mereka, ramai lagi sebenarnya yang akan digantung. Ingat sampai sekarang, kesalahan "ponteng sekolah, melawan warden, membuli dan memiliki barang tidak sepatutnya"..macam pelik kan kes tersebut? kes terakhir itu setuju tetapi saya ponteng sekolah walaupun kehadiran penuh? melawan warden walaupun saya jenis patuh pada peraturan? membuli? mencari kes untuk gantungkan saya sebenarnya..hahaha..tetapi itulah kenangan. ada hikmah yang tersirat. kes itulah yang merapatkan hubungan saya dengan seseorang.

~to be continue~

Jumaat, Oktober 15, 2010

Kenangan 80an'

Budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu: -

kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. Last2, tulis sinopsis yang kat belakang buku.
RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm..
pakai pensel box msti yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgag pon kat situ.
bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita

Khamis, Oktober 14, 2010

Fun Page??

Hahahaha..biasa la kalau ada banyak masa terluang macam neh. Memang jenis tak pandai duduk senyap-senyap!
Hari ini blog pun dah tambah info, pastu update lagi dan yang menariknya sampai facebook pun diterokai. Sekarang z dah ada Fun Page..Bukan untuk glamer pun, saje2 nak test. Tapi rase berdebar lak nak tahu jumlah yang like..hehehe..

Link Fun Page tue neh,

http://www.facebook.com/pages/Rozek-Suka-DiTag/110385865692360

Kalau ada cadangan nak bagi z terokai semua neh, bagitau la..kita belajar sama-sama ea..

p/s::sori ye..itu bukan Spam

Rabu, Oktober 13, 2010

Buang masa



Apa yang kita akan buat kalau kita banyak masa?


Dari pemerhatian dan pengalaman yang ditempuhi, bila kita terlalu banyak masa lapang maka kita mudah
1. buat maksiat
2. tidur
3. cari pasal ngan orang lain.
4. isi masa ngan hobi. Hobi orang sekarang neh main game je.
5. baca novel cinta.

Cuba kalau masa lapang tersebut kita gunakan untuk lakukan kebajikan? Tentu banyak pahala lagi kan? Apatah lagi masa yang digunakan itu dapat memberi manfaat pada orang lain.

Yang menarik hendak dikongsi, walaupun tiada masa lapang ataupun dalam masa bekerja, orang kita sekarang neh tetap xleh lupakan facebook ataupun blog..kaaannnn?

p/s: jangan terasa ye..hihihi

Sabtu, April 24, 2010

Apa khabar pembaca sekalian?Masih ingatkah dengan rozekmulia?hihi..topik yang akan dibicara sekarang adalah masalah hati yang melibatkan remaja. Remaja sekarang memang tidak lari dari masalah percintaan. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Melihat pada masalah ini, suka saya berkongsi pengalaman yang dialami oleh saya. Percintaan boleh lahir daripada pelbagai faktor.

Antaranya;

1. Pengaruh rakan.
2. Pengaruh persekitaran.
3. Desakan daripada teman yang memikat.
4. Perasaan ingin mencuba.
5. Tidak mahu dipandang rendah rakan-rakan yang lain.
6. Pelbagai lagi faktor lain.

Apa yang ingin saya huraikan di sini adalah masalah percintaan itu sendiri. Cukupkah sekadar perasaan saling menyayangi? Apakah sebenarnya perasaan anda?

Jika dihuraikan secara psikologi, perasaan sayang akan lahir apabila kita menemui kesamaan dlm individu, apabila kita memerlukan perhatian dan apabila kita kesunyian. Cuba anda lihat dalam diri anda. Pernahkah anda terfikir untuk meninggalkan dia?Sudah pasti anda pernah terfikir kerana kebiasaannya masalah ini akan lahir apabila wujud ketidaksefahaman antara pasangan dan perasaan bosan itu sendiri. Untuk faktor ketidaksefahaman, saya pasti ada tahu jawapannya. Perasaan bosan akan wujud apabila hilangnya seri dalam bercinta. Bagaimana perkara ini boleh muncul walhal suatu masa bercinta bagai nak rak?

Perkara tersebut saya akan berikan pada catatan yang mendatang. Selamat bergembira!

regards,
rozekmulia

Rabu, November 25, 2009

~kuar makan kat ayam penyet~

~pade 24hb November g makan kat nasi ayam penyet kat syeksen 15 tue.ala..dekat ngan kedai makan nasi anje..dekat jew ngan mapley..sbb teringin nak cube air yg dikatakan sedap oleh kawan baik z..tp mase tue z dh kenyang..ye la, bawu pas pekena laksa kat pusan (RM3..mahal wooOOo)..mase nk tempah menu kat nasi ayam penyet tue, terpk plaks takkn nk minum jew..tgk2 menu ade tulis "Bakso Penyet"..tempah je la..ingat mcm bakso la..last2 dibaginya menu neh..tadaaa...



"thanks pade yg belanje aritu..hihi"

Selasa, November 24, 2009

Kejadian Pada 23 November 2009

Aduyai..cerita sedih ini berlaku pada pukul 8 malam..malam tue punyalah semangat! sambil2 menyanyi dan sambil2 menari z nk lakukan perkara tersebut..yela, hepi punye pasal kan..lepas z masuk bilik tersebut, z sangkutkan baju..buka paip..sangkut tuala..mase tue air masih laju lagik..pastu z buka la shampoo..tuang atas kepala..yelah, kalu gune shampoo antikelemumur neh elok la dibilas dan digosok baik2..mase ngah bilas tue, tetiba air makin perlahan..aduh, tym tue rambut ngan badan masih penuh ngah sabun lagi..ape lagi..mata dh pedih dh..air plak xde..ambil tuala, lilit kat pinggang, terus kuar dr bilik air tersebut..dari aras 6, z lari turun ke aras 2..sbb xde org la aksi2 lucas
tersebut dpt dipraktikkan..hihi..sib baik masih sempat..air masih ade..fuhhhhh..sempat la juga bersihkan badan..tp pastu rase penat..lepas mandi terus tidur..huuuuuuu...

"gambo neh nampak bentuk love kan?" ~Kelab Penyayang UKM~

Sabtu, November 21, 2009

hehehe


hari ini adalah hari pertama latihan industri tamat..apepun aku rasa mcm x de praktikal pun sbb mcm xde perubahan pape dlm diriku..malas tetap malas..rajin pade aktiviti je..aduyai..

apepun aku ucapkan tahniah kepada sahabat2 ku yg telah tamat menjalani latihan..

ade yang nk kongsi ngan kalian..ade kawan aku tanya..'nape x update blog?'
lantas aku menjawab ng rakusnya dsertai dengan takbur dan riak, "malas..xde isu penting untuk disampaikan.."hohoho..

dan hari ini..tetiba ade orang kata..bile kita rajin menaip maka kelajuan taipan kita menjadi semakin laju..sebab tue pasni aku akan cuba untuk mengupdatekan blog ini sebaik mungkin..cubaan dalam tempoh sebulan..

apepun yang aku cuba wat. aku akan sampaikan ilmu dalam blog ini..maka rajin2 lah singgah di sini pasni..thanks ima sebab menjadi orang pertama yg follow blog z..
nah, amek la ima..z belanje bubur ayam kfc neh..hihi


Rabu, September 16, 2009

Bosan weh

Haha..aku tak tau nak kata pew..sepanjang aku menjalani Latihan Industri neh aku dapat rasakan sebenarnya aku neh xde la bijak mahupun hebat sangat..banyak kelemahan serta perkara baru yang aku temui..yup, salah aku gak sebab melarikan diri dari wat keje..hehe..
by da way, aku rase btuah sangat dapat buat praktikal kat sini..xde la banyak sangat karenah..hepi2 jew..banyak program Islamik dan juga perkara yg baik..

dah 2 kali aku menyertai majlis bersama2 anak2 yatim sepanjang berada dalam kompeni neh, tadarus sepanjang bulan Ramadhan walaupun aku tidak menghadiri majlis khatam quran sebab aku ada program di Kg Besar Penang..Program amal..dan juga yg paling aku suka, hubungan pekerja adelah baek sgt2..

Bila masa aku nak benar-benar SERIUS belajar ea? Tuhan saja yg tahu bila ia akan tiba.. InsyaAllah..

selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada kawan2 sumer..aku balik 19hb malam dan dijangka tiba pagi raya..huhu..windunya sama rumah.... :'(

Ahad, Februari 22, 2009

Permulaan dunia

Ramai antara kita merancang untuk melakukan perubahan tetapi masing2 tidak mampu untuk merubah apa yang sering dilakukan termasuklah diri aku. Aku sejak dari kecil lagi sudah aktif berpesatuan apatah lagi terlibat dalam kepimpinan. Cuma perubahan yang aku ingin lakukan adalah memusatkan perhatian aku pada satu perkara dalam satu satu masa. Tapi malangnya aku masih belum mampu lakukan. Sedih kan? Sebagai contoh, aku ada program Hari Keluarga UA ke Perak pada 20-22 hb tapi dalam masa yang sama aku terlibat dalam aktiviti menembak di Pahang pada 21hb..dalam pandangan mana2 pOn aku tetap memilih untuk menembak walaupun aku memikul jawatan dalam Hari Keluarga..22hb? Hah, orang macam aku tak mungkin berehat semata2! Aku join program kelab botani UKM..Yang lucunya aku neh cuma pelajar IT je,xperlu r tau sangat2 sal hutan neh..diaorg punya program kat Hutan Kekal UKM..cantik, nyaman dan banyak tumbuhan berharga dalam tue..patut r tinggi je pagar dibina..haha