Memaparkan catatan dengan label rozek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rozek. Papar semua catatan

Ahad, Disember 19, 2010

Aku, dia dan duit

Aku sedar selama ni dia tau2 je bile aku ada duit, selalu je buat hal.
Bukan la aku nak salahkan takdir tetapi aku pasrah je..
sebab dia sudah banyak berkorban banyak untuk aku.
Sejak aku miliki dia, aku jarang menjaga dia.
Buka kerna aku tiada masa
tetapi aku terlalu malas untuk membelainya
Mujurlah dia tidak seperti yang perempuan
Yang pabila ditimpa kesusahan
Mula meninggalkan

Dia yang aku maksudkan adalah
Motor Kesayangan
Dia merupakan harta yang banyak membantu aku
Tanpa dia
mustahil aku mampu dapatkan apa yang aku inginkan
selama ini.

Motor,
Aku tahu kau kecewa dengan jagaanku,
Tetapi aku mahu kau tahu
Kau amat berharga untuk diriku

Jumaat, November 26, 2010

DinetFM

Ok..saje nak post..pasni blog rozek dipasangkan ngan radio DinetFM..
why DinetFM?
I choose this frequency because this radio always play music without ads..
sekurang-kurangnya xde r bosan dengan coleteh!
setia bersama rozek..

p/s: z banyak karang puisi..tapi kebanyakkn personal

Rabu, November 03, 2010

Asek2 Interview

Penat kan asek2 dengar aku pegi interview je! Tapi yang frust nyer sampai ke sudah aku tak dapat ape yang aku nak..aku neh dah la demand sebab kacak, gaji pula minta melambung tinggi. Tapi skill tak ke mana. English lingkang pukang, interview pula banyak bercakap ><"

Kacak kan?hihihi


Apapun pengalaman dalam interview banyak perkara yang dapat dipelajari. Antaranya bukan je fresh graduate cari keja, orang yang masih bekerja pun cari kerja. Bila dah masuk alam pekerjaan, sudah pasti pengalaman berkomunikasi, ilmu dan persediaan pun dah lengkap. Yang baru je habis belajar neh kurang la dari aspek tersebut. Tapi tidak semestinya tiada peluang!

Apa yang penemuduga mahukan daripada calon sebenarnya adalah yang pandai bercakap, nampak menyakinkan, memiliki latarbelakang pendidikan yang diingini, bersungguh-sungguh malah tepati masa juga menyebabkan penemuduga mahukan.

Sebenarnya, aku ini masih belum bersedia nak bekerja. Memang la pergi temuduga tetapi itu sebagai hobi. Pelik kan? Tapi entahlah. Mungkin apabila aku kena pikul tanggungjawab barulah bersungguh-sungguh. Sekarang je baru rasa nak cari betul2. Bukan sebab nak duit, tapi sebab mak ngan abah dah bising2 kat kampung tue..huhuhu ><"

Dan semestinya selepas je berjaya pergi mana-mana temuduga pasti KFC, McD mahupun Pizza akan disinggah. Sebagai tanda penghargaan kepada diri. Karaoke pula sekarang dah jadi perkara wajib. Takde teman pun tetap juga pegi musicbox kajang tue sorang2..layan je ^_____^

Yang terbaru. Behenti beli kat McD Serdang (2 November 2010)





p/s: dalam tabung ada rm2.10 ^__________^

Ahad, Oktober 31, 2010

Pengajaran Pagi Ini

Pagi ini ada beberapa petua dan kesilapan yang boleh dipelajari

1. Milo KKM yang beli pada jam 8 malam tidak boleh diminum pada jam 7 pagi.
2. Tempat external hardisk bukanlah di sebelah katil tetapi bawah katil.
3. Blazzer yang berkedut susah untuk diseterika.
4. Menaip karangan dalam bahasa Inggeris mengambil masa yang panjang ><"
5. Harus charge anset semasa tidur.
6. Tidak boleh upload gambar besar kat facebook dan blog. Dah la lambat, bila nak view pun saaaangggggaaattttt slow!

Pengajaran setakat jam 10.30 pagi ><"

p/s: Belajarlah daripada kesilapan ^_^

Jumaat, Oktober 29, 2010

Ciri-ciri bakal isteri rozek

Hahaha..kali neh beta nak senaraikan ape ciri-ciri wanita idaman beta..memandangkan beta neh hot stuff walaupun tak tough maka haruslah demand kaaannn? hahaha..berikut merupakan top10 ciri-ciri bakal isteri beta.

1. Umur
Haruslah sebaya ataupun lagi muda dari beta. Taknak la tua sangat..bukan ape, tak pasal-pasal t bangkit tido nampak muka dah kedut sedangkan umur beta muda je lagi. Tak pasal-pasal t kena bermadu..Tapi beta juga tak mau yang terlalu muda..satu faktor sebab mereka neh pra matang..susah nak jaga..satu lagi faktor, yang bawah umur neh, tak pasal2 beta masuk penjara!

2. Bulan kelahiran.
Yang neh tak penting sangat tapi berdasarkan zodiak dan tilikan dari Nujum Pak Belalang, beta lagi suka kalau calon beta lahir antara bulan Mei, Jun atau Julai..sebab? xde sebab..saje nak tambah syarat..hahaha..


3. Pendidikan
Calon-calon yang berminat haruslah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah SarjanaMuda dalam mana-mana IPTA/IPTS yang diiktiraf tak kira apapun bidang. CGPA? Asalkan atas dari 2.0..

4. Suka ketawa dan senyum
Ehhh, harussss.. Ini syarat wajib! Muka yang tak suka senyum neh wat sakit hati je kan..penat-penat balik kerja sambut beta dengan wajah mencuka neh, memang cari nahas leerr..

5. Tahan dileterkan.
Ok, ini pun wajib. Beta kan suka bercakap dan suka berleter. Apatah lagi pernah menang anugerah lelaki paling kuat berleter..alaaa..beta leter untuk kebaikan..tapi sekarang beta dah semakin pendiam..

6. Kebolehan memasak
Bab ini sebenarnya kritikal sangat. Harus difahami, lagi elok kan kalu isteri dan ibu boleh sediakan makanan kepada suami dan anaknya? Lagipun yang pandai memasak ni mampu kendalikan ekonomi rumah tangga. Apatah lagi nak layan beta yang mannnjaaaa ni..hahaha

7. Al-Quran
Ingat test Imam Muda je ade bacaan Al-Quran..?beta pun memiliki sijil tamat pengurusan masjid tau! dah ditauliahkan pun..sekarang masih mencari masa nak wat cari sijil nikah..disebabkan itu beta akan wat ujian lisan yakni bacaan al-Quran..hah, yang mana tergagap-gagap nak baca tue haruslah faham-faham sendiri, kan?

8. Tak bleh degil
Oh, kenapa? Orang yang jenis keras kepala ni jenis tak bleh dengar nasihat. Aduyai! Wahai bakal isteri beta, tahukah anda andai beta menjadi suami anda maka beta akan menanggung segala-galanya berkaitan diri anda! Jika anda keras kepala, beta akan gigit-gigit anda! Berwaspada lah..hahaha..

9. Pakaian tak bleh ketat-ketat
Sebab beta tak suka berkongsi hak beta dengan orang lain..kalau sebelum kahwin dah terpakai, pastu lulus pula temuduga, tapi masa kahwin dengan beta haruslah pakai yang tutup semua..kalau boleh, purdah lagi TERBAIK!

10. Terima beta seadanya
Manusia banyak kelemahan. Beta tak sanggup komen lebih-lebih

p/s:: masih mencari ><"

Khamis, Oktober 28, 2010

facebook giler!!!

Tup tup tup..aku tak sedar yang selama ini aku jadi "FANATIK" terhadap facebook..erk.actually baru sedar selepas tiga tahun..hahaha..bila cakap soal facebook ini, ia sudah jadi sinonim dengan kehidupan harian ku..kalau dulu kompem bangkit je dari tido terus tengok anset, takut-takut makwe sent massage ke, miskal ke..silap2 leh gaduh sebab tak reply..tapi itu cerita dulu r..hahaha.. *tetiba jadi sadis*

sekarang neh aku jadikan facebook sebagai catatan diari kehidupan aku. Yelah, dah nama pun diari elektronik, takkan lah aku nak cerita perkara terlalu detail..tak pasal2 lebam biji mata kena tumbuk..hahaha..


facebook neh kadang-kadang dijadikan tempat luahan perasaan, kongsi kegembiraan, kongsi kedukaan, up-to-date friend's information, kumpul kawan-kawan lama, pandangan, bisnes malah tempat kasih kekasih yang hooot bcinta tue pamerkan kisah cinta meraka..waaa..kelassss gituuuw..tapi jangan over sangat r sampai orang lain rasa menyampah!wakaka.. *jeles sebab tak mampu buat sebegitu ><"

aku sangat2 suka bila member lamaku gunakan trademark, "Sekali lagi facebook menyelamatkan dunia"..sangat kelakar..tapi ada maksud tersirat daripada ungkapan tersebut. Kegilaan aku terhadap facebook sehingga menyebabkan aku subcride untuk terima notification via mobile..seminggu rm1..sebulan cikai2 pun rm4..perghhh..untung kan facebook kalau ada orang macam aku ><"

p/s::xpe gila facebook asalkan jangan gila seks rambang..wakaka :P

Isnin, Oktober 25, 2010

Pengalamanku Part 1

*catatan ini diambil dekat facebook Rozek Suka DiTag 22 Julai 2010*

Assalammualaikum Pembuka Bicara.

Coretan ini khas kepada semua yang mengenali diri Rozek dan juga mereka yang baru mengenali dunia keaktifan.

Ramai yang keliru antara pemimpin, ketua dan juga fasilitator. Tidak kurang juga yang menganggap mereka ini adalah sempurna. Kelakar bukan? Namun inilah yang sering dialami oleh mereka yang membiasakan diri dengan aktiviti. Tanya pada diri anda sendiri. Sejauh mana selama ini yang ada lakukan? Adakah anda sering terlibat dalam pelbagai aktiviti? Sebagai contoh, sebagai badan uniform, dalam masa yang sama pemimpin untuk sebuah kelab? Ataupun anda aktif dalam sukan namun dalam masa yang sama aktif dalam arena kepimpinan?

Perkara yang sering terjadi berkait rapat dengan pengalaman yang kita lalui. Percaya atau tidak mereka yang berpengalaman akan mengetahui tindakan yang sepatutnya diambil apabila masalah muncul. Jika ditanya pada saya berkisar kepimpinan, mudah sahaja jawapan yang akan diberikan kerana itulah pengalaman yang sering ditempuhi. Percintaan? Kebajikan? Ada sahaja jawapan yang boleh muncul malah tindakan-tindakan yang bakal diambil oleh "freshie" juga boleh dijangka. Malah, tindakan senior juga saya dapat jangkakan.

Dan kehidupan yang dijalani saya sebagai pelajar UKM banyak sebagai fasilitator.

Saya sering ketawa bila ada orang tanya dekat saya, "Macam mana kalau masalah terjadi?Macam mana nak buat? Apa pandangan orang?"..tetapi sebagai senior saya akan memberikan jawapan yang sejukkan hati beliau bagi mengelakkan dia lari ketika tugas tengah dijalankan. Berikan sokongan dan dorongan. Itulah sebenarnya tugas fasilitator. Luahkan nasihat yang seperti;

"Jangan pendamkan masalah hingga hilangkan diri ketika program dijalankan. Berbincang dan beritahu. Bila hilangkan diri, itulah perkara yang paling menyusahkan. Kawan-kawan terpaksa pikul!"

Mesti ramai yang biasa dengan ungkapan ini yang selalu keluar dari mulut saya. Tujuan? Inilah dorongan awal dan kawalan perasaan bila masing-masing dalam masalah tugas. Tetapi, harus ingat! Bila sudah gunakan ungkapan ini, jangan anda pula hilangkan diri! itu memang BERMASALAH!! Normal ketika majlis atau program dijalankan, kepala kita akan rasa banyak masalah, hati tidak tenang, wujud perasaan malas hendak pergi jalankan tugas, tekanan mula terasa, malah perasaan hendak marahkan orang juga ada (perasaan marah itu wujud bila kita cuba salahkan orang). Bila keadaan sudah reda, barulah kita akan menyesal marahkan orang tersebut sebab perkara yang terjadi adalah perihal kecil.

Sebagai fasilitator, lakukan provokasi!
"Macam mana?"
Mudah sahaja, lakukan perbandingan!
"Siapa yang perlu dibandingkan?"
Jadikan diri anda sebagai pendorong.
"Maksud?"

Jenis aktiviti mana yang saya tidak pernah sertai? Saya selalu dahagakan program yang tidak pernah disertai oleh saya.

Kepimpinan?
Bekas Ketua Pengawas

Pilihanraya?
Perwakilan Pelajar

Pertahanan Diri
Silat Gayung, Taekondo (sekadar asas), pernah juga belajar tomoi dan karate tapi tidak lama

Uniform?
Kadet Polis, Pengakap, PBSM, Unit Trafik Sekolah, SUKSIS dan lain-lain

Kesenian?
Teater (malah hobi menjadi pencuba segala peralatan muzik tradisional walaupun xmahir)

Penghargaan?
Tokoh Pelajar, kehadiran penuh, akademik

Program DiRaja?
Santapan DiRaja, Konsert DiRaja dan CemarDuli sebagai urusetia atau pelaksana

Program Kebangsaan Dan Antarabangsa
AUG, ROBOCON, KLIB

Pekerjaan?
Dari zaman sekolah menengah lagi. Tukang rumah, tukang paip, kerja kilang, kedai makan, semua itu parttime. Sekarang sebagai pembanci!

Kebajikan?
Perlu ke dinyatakan?

Dan lain-lain.

Pengalaman saya ini nampak macam hebat kan? Tetapi perlu diingatkan. Kehidupan bukan semuanya hebat!

Ada juga perkara yang terselindung di sebalik keegoan diri. Saya bukan mahir bersukan. Walaupun saya jenis mencuba segala sukan yang ada, tetapi memang saya bukan dilahirkan sebagai atlit. Ada peristiwa sampai sekarang saya tidak dapat maafkan diri apabila kekalahan pasukan bola disebabkan oleh saya. Yup, zaman sekolah rendah memang sebagai salah seorang pemain bola tetapi saya tidak nyatakan PEMAIN SIMPANAN PENJAGA GOL. Diletakkan nama untuk syarat lengkapkan bilangan pasukan. Bermain tenis tapi menang dulu sebab nasib. Segala sukan dicuba tetapi tiada satu pun mahir melainkan catur. Tetapi kemahiran akan hilang kalau tidak diasuh, kan?

Akademik? Owh, saya juga pernah mengulang ketika di zaman matrikulasi. Maruah diri jatuh malah perasaan hendak belajar juga hilang! Mujurlah saya memiliki teman istimewa ketika itu. Itulah pendorong! Keluarga memang membantu tetapi tidak dapat dinafikan orang yang kita suka itulah pemangkin atau lonjakkan semangat lagi tinggi. Saya banyak ketawa tetapi dalam kesedihan. Tekanan dirasai hinggakan melakukan "Balas Dendam" melampau terhadap junior teman sebilik sebab tidak puas hati. Hinggakan dia behenti dari matrikulasi dan sambung belajar di tempat lain! Tetapi kesannya, tidak sangka pula teman sekelas menuduh saya untuk peristiwa lain hinggakan HEP campurtangan.

Zaman sekolah? Pernah juga dipulau atas kesalahan yang tidak dilakukan. Malah, pernah juga digantung asrama atas tindakan orang lain. Jika dikenang, peristiwa itu sebenarnya bukan kesalahan saya pun tetapi individu terlibat tidak pernah datang minta maaf. Jika masa tersebut saya tidak risaukan keadaan kawan-kawan tentang masa depan mereka, ramai lagi sebenarnya yang akan digantung. Ingat sampai sekarang, kesalahan "ponteng sekolah, melawan warden, membuli dan memiliki barang tidak sepatutnya"..macam pelik kan kes tersebut? kes terakhir itu setuju tetapi saya ponteng sekolah walaupun kehadiran penuh? melawan warden walaupun saya jenis patuh pada peraturan? membuli? mencari kes untuk gantungkan saya sebenarnya..hahaha..tetapi itulah kenangan. ada hikmah yang tersirat. kes itulah yang merapatkan hubungan saya dengan seseorang.

~to be continue~

Hipokrit?

Ape maksud hipokrit tue? Hipokrit neh maksudnye kita bermuka-muka. Tak kire la ngan sesape pun..ade orang neh tak ngaku die hipokrit, itupun dh menunjukkn die hipokrit..xnk ngaku konon last2 tmakan ngan kata2 sendiri..hahaha :P


Yang merimaskan adalah hipokrit yang disertai E.G.O..kenape? bile situasi ini berlaku, nampak sgt2 menyakitkan hati..sombong kaaan? harussslah tak disukai.. ><"

p/s:: saya nak dating..sesape leh jadi partner saya?hahaha :P

Ahad, Oktober 17, 2010

Aku Sakit?

Aku pelik r badan aku neh..setiap kali habis je sesuatu program, mesti badan jadi lemah..terus demam..bukan setakat itu sahaja, duduk sahaja tanpa buat sebarang kerja juga leh wat badan jadi demam..adakah aku neh kategori "ORANG YANG KENA BEKERJA?"Setiap masa kena ada kerja atau aktiviti?

Aku teringat ada orang dulu memekak kat aku, "ASYIK-ASYIK BUZY! SIBUK! TAKDE MASA!"..Tapi hakikatnya aku selalu je luangkan masa.. Normal r sebab perkara yang kita berikan atau lakukan kadang2 orang tak hargai..bukan sebab dia tak rasa tetapi ada perkara lain yang dia utamakan..contoh paling mudah r, kita setiap hari massage "Goodnite, tidur baik2" tetapi ade je orang lain massage dia terus dia anggap orang itu sangat istimewa (walaupun cuma sekali)..alaaa..macam cerita yang ramai dok share2 tue kat facebook sekarang..kisah Suami sayang kat isteri dia lagi ke x..walhal kisah tue aku dapat email masa tingkatan lagi..tapi sharing is loving kan?hihi

Aku sebenarnya berpegang ngan prinsip buatlah kebajikan walaupun orang tak nampak, orang tak tau, orang tak pandang, orang tak bantu..sebab itu sahaja kebahagiaan yang aku rasa..setiap orang ada cara dia..ada yang utamakan hidup dia sendiri, ada yang mengejar impian, ada yang rasa ingin mengejek je, malah ada juga yang selalu pandang rendah kat orang lain.

Tapi sedarkah kita setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya? aku sedar aku tak berpeluang dapat tawaran kerja sekarang bukan kerana Allah menyeksaku tetapi ada perkara yang Dia ingin tunjukkan pada aku. Aku sombong ketika berada di atas, aku perlukan orang untuk ringankan bebanan aku..Dan akhirnya, aku kena berusaha seikhlas yang mungkin..

p/s::ketika aku susah hati, aku akan pegi rumah anak2 yatim.. ataupun aku akan bermain dengan kanak-kanak..kerana aku sukakan ketawa mereka..sikap aku memang seperti kanak-kanak..anda bagaimana?

Jumaat, Oktober 15, 2010

Kenangan 80an'

Budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skola rendah dulu: -

kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.
kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. Last2, tulis sinopsis yang kat belakang buku.
RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm..
pakai pensel box msti yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.
main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgag pon kat situ.
bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.
jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita

Khamis, Oktober 14, 2010

Fun Page??

Hahahaha..biasa la kalau ada banyak masa terluang macam neh. Memang jenis tak pandai duduk senyap-senyap!
Hari ini blog pun dah tambah info, pastu update lagi dan yang menariknya sampai facebook pun diterokai. Sekarang z dah ada Fun Page..Bukan untuk glamer pun, saje2 nak test. Tapi rase berdebar lak nak tahu jumlah yang like..hehehe..

Link Fun Page tue neh,

http://www.facebook.com/pages/Rozek-Suka-DiTag/110385865692360

Kalau ada cadangan nak bagi z terokai semua neh, bagitau la..kita belajar sama-sama ea..

p/s::sori ye..itu bukan Spam

Rabu, September 08, 2010

Perutusan Rozek

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


[*dalam mood berangan menjadi anak raja..hehehe*]

Beta bersyukur pada tahun kita masih lagi dapat menyambut perayaan Aidilfitri dalam keadaan yang aman dan sejahtera. Beta juga bersyukur kerana Malaysia juga semakin maju, semakin meningkat taraf ekonominya, semakin berkembang dan rakyatnya juga semakin bertambah sihat sejahtera.


Di kesempatan ini, beta ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana selama ini kalian sanggup melayan karenah beta yang manja, cepat terasa, cepat merajuk, cepat sentap, suka bercerita, suka memaksa, suka bergurau, suka marah-marah, suka glamer, suka program, suka aktiviti, suka makan-makan, suka cerita kartun, suka bercakap, suka pengalaman dan macam-macam lagi suka. Sesungguhnya kehadiran kalian dalam kehidupan beta sangat bermakna. Jika kalian tahu yang beta sangat menyayangi kalian, maka beta akan merasa malu.


Untuk bekas sahabat UKM terutamanya TS/TC [epul, icad, ima, ketam, shida, where,mira,lah,sue, ayus, maran, zaza, leha, fila, zam, dan lain2] serta rakan-rakan FTSM, maafkan kesilapan beta yang kadang-kadang keterlaluan, yang menyakiti hati kalian, yang kecoh tidak bertempat, yang marah-marah tanpa sebab, tak hadir kelas yang menyebabkan kalian rindu pada beta (*blushing..blushing*)..halalkan makan minum dan maafkan keterlaluan beta.


Sahabat-sahabat di MRSM PDRM, SMK Sg Layar dan SMK Sg Pasir, sesungguhnya kehadiran kalian memberikan seribu makna dan pengalaman kepada beta mengenai persahabatan, kasih-sayang, hormat-menghormati, saling ingat-mengingati, bergaduh, bertengkar, bertumbuk, buat nakal sama-sama serta yang banyak menyabarkan beta ketika beta dalam kekeliruan. Beta sangat merindui kalian.


Yang paling beta ingin berjumpa adalah sahabat masa kecil beta [Ulul Azmi, Tuan, Zul, Hakim, Ayu, Intan, Asralisa]..terlalu banyak cerita yag beta ingin dengar..terlalu banyak cerita yang beta ingin sampaikan..terlalu banyak sejarah yang ingin dikupas..terlalu banyak..beta masih terkenang ketika kita sama-sama bermain bola sepak, bola jaring, main kejar-kejar, main bola tampar, main rounders, main segala permainan yang boleh dimainkan tanpa memikirkan masalah. Dan ketika kita masih lagi tidak mengerti banyak perkara.


Beta juga ingin memohon seribu kemaafan di atas kedaifan serta kejahilan beta ketika beta memegang tampuk kepimpinan, ataupun ketika beta menguruskan aktiviti, ketika beta melibatkan diri, ketika beta diberikan amanah. Beta juga merakamkan jutaan terima kasih kepada individu serta persatuan yang memberikan beta ilmu mengenai ilmu debat, ilmu fasilitator, ilmu penyayang, ilmu kenegerian, ilmu multimedia, ilmu pengacaraan, ilmu teater, ilmu pengaturcaraan, dan pelbagai lagi ilmu. Halalkan segala ilmu yang diberikan.


Kepada roomate-roomate beta since dari sekolah lagi [terutama Afdhal, Fakhrie, Fitri, Bob, Faizal], kalian merupakan sahabat yang paling terbaik! Ketika beta demam, kalian cuba menghiburkan beta. Ketika beta sakit, kalian susah hati kerana beta. Terlalu banyak perkara yang kalian bantu beta. Ketika beta dalam kesusahan, kalian la orang pertama yang membantu beta. Terima kasih sangat-sangat!


Kepada rakan-rakan SUKSIS, you all are superb! Tidak dapat beta hendak gambarkan bagaimana perasaan beta kepada kalian. Kalian merupakan orang terpenting bagi beta. Walaupun adakalanya beta sangat-sangat beremosi, tetapi tahukah kalian andai ada peristiwa yang berlaku pada kalian maka beta adalah orang yang paling ingin ketahui? Kerana beta tidak mahu kalian menderita di depan mata beta. Terima kasih kepada Mama kerana sanggup bersabar dengan kami selama 3 tahun. Yang bersusah-payah kerana kami. Beta tahu mereka sangat hargai dan hormati jasa-jasa yang mama lakukan. Dan beta juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas sikap beta kepada Mama. Sampai sekarang beta malu ingin berjumpa


Kepada pensyarah-pensyarah dan guru-guru yang pernah mengajar beta [SKKLT, SMKSL, SMKSP, MRSM MDRM, PMC, UKM], beta sangat berterima kasih kerana sudi mengajar beta dengan kesabaran serta penuh kasih sayang. Jasa kalian beta tidak dapat balas untuk selamanya. Beta sangat menghormati serta kagum dengan kalian. Beta juga ingin memohon maaf kepada pensyarah UKM atas kekurangan beta sebagai seorang pelajar terutama Dr K.O, Dr. Mimi, Dr. Azuraliza, En. Tarmizi, En Zamri, serta pensyarah yang mengajar beta. Beta mengaku kadang-kadang kelakuan beta melukai hati kalian. Tetapi sesungguhnya beta menghormati kalian sepertimana beta menghormati ibu bapa beta.


Kepada kipas susah-hidup-FB (*aka FBians), beta mohon maaf andai ada perkara dan post2 yang melukakan hati kalian. Jika berlaku salah-faham atas komen beta, maafkan beta.


Privacy sikit..Dan untuk bakal isteri beta, beta mengaku beta bukanlah lelaki yang terbaik, bukanlah lelaki terhebat, bukanlah lelaki yang dapat memuaskan hati, bukanlah lelaki yang paling hensem walaupun ade la sikit hensem tue..hihi..tetapi beta pasti tidak akan mengabaikan dinda, yang cuba mencukupkan walaupun beta terpaksa berkorban, yang akan melayan dinda sepertimana layaknya seorang isteri kepada beta. Yang akan menegur kalau dinda melakukan silap, yang akan melindungi ketika dinda dalam kesusahan. Kerana beta tahu dan yakin dinda sentiasa teringat kepada beta, penat melayan beta, cuba memuaskan hati beta, berkorban untuk beta dan menangis kerana beta. Percayalah, beta amat-amat-amat-amat-amat MENYAYANGI dinda. Beta rasa dinda pun sudah mengerti dari kelakuan beta. Dan maafkan beta jika kata-kata beta selama ini melukai hati dinda. [*erk]


Untuk keluarga beta, kalian merupakan orang yang paling berharga bagi beta. Kalian sentiasa menyokong beta. Memberikan pertolongan ketika beta dalam kesusahan. Yang menjaga beta. Yang membelai beta. Yang memberikan kekuatan kepada beta untuk tidak berputus asa. Yang sentiasa bimbang kepada beta. Yang sentiasa menegur andai beta melakukan kesalahan. Yang sentiasa menyayangi beta. Yang sentiasa menerima beta. Yang sentiasa mencari beta. Yang sentiasa mendoakan kebaikan pada beta. Yang sentiasa mengharapkan beta dalam keadaan yang terbaik. Yang boleh menyebabkan beta menitiskan air mata bila terkenangkan kalian. Jauh di sudut hati beta, beta tidak tahu apa yang beta ingin lakukan andai kalian tiada. Tiada pengganti kalian di dunia ini. Tiada siapa yang mampu menjadi seperti kalian. Dan tiada siapa yang mampu bersabar sepertimana kalian bersabar dengan beta.


Akhir kata, beta amat MENGHARGAI kehadiran kalian semua. I LOVE YOU ALL!!!!


p/s:: Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin

Rabu, November 25, 2009

~kuar makan kat ayam penyet~

~pade 24hb November g makan kat nasi ayam penyet kat syeksen 15 tue.ala..dekat ngan kedai makan nasi anje..dekat jew ngan mapley..sbb teringin nak cube air yg dikatakan sedap oleh kawan baik z..tp mase tue z dh kenyang..ye la, bawu pas pekena laksa kat pusan (RM3..mahal wooOOo)..mase nk tempah menu kat nasi ayam penyet tue, terpk plaks takkn nk minum jew..tgk2 menu ade tulis "Bakso Penyet"..tempah je la..ingat mcm bakso la..last2 dibaginya menu neh..tadaaa...



"thanks pade yg belanje aritu..hihi"

Selasa, November 24, 2009

Kejadian Pada 23 November 2009

Aduyai..cerita sedih ini berlaku pada pukul 8 malam..malam tue punyalah semangat! sambil2 menyanyi dan sambil2 menari z nk lakukan perkara tersebut..yela, hepi punye pasal kan..lepas z masuk bilik tersebut, z sangkutkan baju..buka paip..sangkut tuala..mase tue air masih laju lagik..pastu z buka la shampoo..tuang atas kepala..yelah, kalu gune shampoo antikelemumur neh elok la dibilas dan digosok baik2..mase ngah bilas tue, tetiba air makin perlahan..aduh, tym tue rambut ngan badan masih penuh ngah sabun lagi..ape lagi..mata dh pedih dh..air plak xde..ambil tuala, lilit kat pinggang, terus kuar dr bilik air tersebut..dari aras 6, z lari turun ke aras 2..sbb xde org la aksi2 lucas
tersebut dpt dipraktikkan..hihi..sib baik masih sempat..air masih ade..fuhhhhh..sempat la juga bersihkan badan..tp pastu rase penat..lepas mandi terus tidur..huuuuuuu...

"gambo neh nampak bentuk love kan?" ~Kelab Penyayang UKM~

Sabtu, November 21, 2009

hehehe


hari ini adalah hari pertama latihan industri tamat..apepun aku rasa mcm x de praktikal pun sbb mcm xde perubahan pape dlm diriku..malas tetap malas..rajin pade aktiviti je..aduyai..

apepun aku ucapkan tahniah kepada sahabat2 ku yg telah tamat menjalani latihan..

ade yang nk kongsi ngan kalian..ade kawan aku tanya..'nape x update blog?'
lantas aku menjawab ng rakusnya dsertai dengan takbur dan riak, "malas..xde isu penting untuk disampaikan.."hohoho..

dan hari ini..tetiba ade orang kata..bile kita rajin menaip maka kelajuan taipan kita menjadi semakin laju..sebab tue pasni aku akan cuba untuk mengupdatekan blog ini sebaik mungkin..cubaan dalam tempoh sebulan..

apepun yang aku cuba wat. aku akan sampaikan ilmu dalam blog ini..maka rajin2 lah singgah di sini pasni..thanks ima sebab menjadi orang pertama yg follow blog z..
nah, amek la ima..z belanje bubur ayam kfc neh..hihi


Rabu, September 16, 2009

Bosan weh

Haha..aku tak tau nak kata pew..sepanjang aku menjalani Latihan Industri neh aku dapat rasakan sebenarnya aku neh xde la bijak mahupun hebat sangat..banyak kelemahan serta perkara baru yang aku temui..yup, salah aku gak sebab melarikan diri dari wat keje..hehe..
by da way, aku rase btuah sangat dapat buat praktikal kat sini..xde la banyak sangat karenah..hepi2 jew..banyak program Islamik dan juga perkara yg baik..

dah 2 kali aku menyertai majlis bersama2 anak2 yatim sepanjang berada dalam kompeni neh, tadarus sepanjang bulan Ramadhan walaupun aku tidak menghadiri majlis khatam quran sebab aku ada program di Kg Besar Penang..Program amal..dan juga yg paling aku suka, hubungan pekerja adelah baek sgt2..

Bila masa aku nak benar-benar SERIUS belajar ea? Tuhan saja yg tahu bila ia akan tiba.. InsyaAllah..

selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada kawan2 sumer..aku balik 19hb malam dan dijangka tiba pagi raya..huhu..windunya sama rumah.... :'(

Ahad, Februari 22, 2009

Permulaan dunia

Ramai antara kita merancang untuk melakukan perubahan tetapi masing2 tidak mampu untuk merubah apa yang sering dilakukan termasuklah diri aku. Aku sejak dari kecil lagi sudah aktif berpesatuan apatah lagi terlibat dalam kepimpinan. Cuma perubahan yang aku ingin lakukan adalah memusatkan perhatian aku pada satu perkara dalam satu satu masa. Tapi malangnya aku masih belum mampu lakukan. Sedih kan? Sebagai contoh, aku ada program Hari Keluarga UA ke Perak pada 20-22 hb tapi dalam masa yang sama aku terlibat dalam aktiviti menembak di Pahang pada 21hb..dalam pandangan mana2 pOn aku tetap memilih untuk menembak walaupun aku memikul jawatan dalam Hari Keluarga..22hb? Hah, orang macam aku tak mungkin berehat semata2! Aku join program kelab botani UKM..Yang lucunya aku neh cuma pelajar IT je,xperlu r tau sangat2 sal hutan neh..diaorg punya program kat Hutan Kekal UKM..cantik, nyaman dan banyak tumbuhan berharga dalam tue..patut r tinggi je pagar dibina..haha