Memaparkan catatan dengan label movie review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie review. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 18, 2016

[MOVIE REVIEW] MUNAFIK

MOVIE REVIEW MUNAFIK





Genre: Seram
Pelakon Munafik :
Syamsul Yusof,
Nabila Huda,
Sabrina Ali,
Pekin Ibrahim,
Fizz Fairuz,
Dato Rahim Razali,
A.Galak,
Zarina Zainordin,
Ruzlan Abdullah



SINOPSIS MUNAFIK


Adam merupakan seorang ustaz yang dikurniakan kelebihan dalam merawat pesakit. Namun, kehidupannya berubah setelah dia, isteri dan anaknya terlibat dalam kemalangan.


Maria pula adalah wanita yang dirasuk oleh sesuatu yang digambarkan dalam perubatan moden iaitu tekanan perasaan yang melampau.


Apa kaitan Maria dalam kemalangan keluarga Ustaz Adam?
Apa punca Maria mengalami gangguan perasaan yang melampau?
Siapa dalang sebenar dalam cerita munafik?


Saya berani rekomen cerita ni memang sangat mantop dalam cerita seram Melayu..


Berapa bintang?

9/10

Jumaat, Mac 11, 2016

[MOVIE REVIEW] PAY THE GHOST

[MOVIE REVIEW] PAY THE GHOST



Genre: Horror
Pelakon:
Nicolas Cage
Sarah Wayne Callies
Veronica Ferres
Jack Fulton
Elizabeth Jeanne le Roux

SINOPSIS PAY THE GHOST


Mengisahkan seorang keluarga kehilangan anak akibat diculik hantu wanita yang ingin membalas dendam.  3 kanak-kanak dipilih setiap kali Halloween.


Berapa bintang?

7/10

Selasa, Mac 08, 2016

[Movie Review] God Of Egypt

[MOVIE REVIEW] GOD OF EGYPT FILM (2016)




Genre: Triller, 
Pelakon:
Brenton Thwaites
Nikolaj Coster-Waldau
Gerard Butler
Chadwick Boseman
Elodie Yung
Courtney Eaton
Rufus Sewell
Geoffrey Rush

SINOPSIS GOD OF EGYPT


Kisah mitos daripada Egypt. Filem ini adalah tentang Bek yang menentang Set (Tuhan Kegelapan) bersama-sama Horus (Tuhan Langit). Set telah membunuh bapa Horus, Osiris untuk merampas kuasa kerana cemburu. Set telah mengubah dunia kepada zaman gelap dan memerintah supaya kehidupan lepas mati ditentukan oleh harta kekayaan.


KOMEN SAYA BAGI GOD OF EGYPT


Terlalu banyak sangat grafik hinggakan saya rasa macam menonton kartun aje. Jalan cerita yang menarik tetapi awas! Cerita ini hanyalah MITOS semata-mata.

BERAPA BINTANG?


7/10

Sabtu, Februari 27, 2016

[Movie Review] DeadPool - Bahasa Malaysia


DEADPOOL


Genre: Comedy, Aksi dan 18+ (bahasa kesat & lucah woo)
Asal: US
Pelakon
Ryan Reynolds as Wade Wilson / Deadpool
Morena Baccarin as Vanessa Carlysle / Copycat
T.J. Miller as Weasel
Ed Skrein as Ajax
Gina Carano as Angel Dust
Brianna Hildebrand as Ellie Phimister / Negasonic Teenage Warrior
Andre Tricoteux as Piotr Rasputin / Colossus
Jed Rees as The Recruiter
Leslie Uggams as Blind Al
Karan Soni as Dopinder


SINOPSIS DEADPOOL:


Mengisahkan tentang Wade Wilson yang ditukarkan kepada Deadpool oleh seorang saintis nama Ajax. Eksperimen yang dilalui oleh Wade Wilson menyebabkan proses penyembuhannya menjadi sangat cepat dan emosinya menjadi seorang yang kelakar.

Asalnya Wade Wilson merupakan seorang elit dalam pasukan khas kerajaan. Dia dibantu oleh dua oang sahabat (mutan) bagi mencari dan menghapuskan saintis dan geng jahat yang hampir meragut nyawanya sebelum ini.


KOMEN SAYA BAGI FILEM DEADPOOL INI:

Pelbagai aksi menarik dalam filem ini. Cuma, bahasa dan konten filem ini kurang sesuai bagi mereka yang masih terlalu muda.


Berapa bintang?

8/10


Ditulis oleh,
Bro Rozek

Jumaat, Februari 26, 2016

[Movie Review] GhostShip Bahasa Melayu


GHOSTSHIP

Genre: Horror, Comedy
Asal: Thailand
Pelakon: Bhuvadol Vejvongsa (Kala), Timethai Plangslip (Solui), Pongsatorn Sripinta (Yola), Nutcha Jeka (Miah), and Day Thaitanium (Tao)


SINOPSIS
Mengisahkan sekumpulan pelaut yang mengetahui bahawa kapal yang mereka kerja berhantu. Pelbagai aksi komedi dan seram sepanjang filem ini.


SOROTON FILEM GHOSTSHIP

Bagi pendapat saya filem ghostship ini banyak aksi yang seram, cinta dan komedi. Watak yang ada dalam filem ini jenis yang baik hati dan comel sesangat. Ada yang watak lelaki cool, lelaki lembut dan lelaki gangster. Cuma, penyudahnya agak simple sangat.


Berapa bintang?

7/10

Sabtu, Januari 10, 2015

[Drama Review] A Moment to Remember (2004)

Wah, cerita ini memang best.

Secara ringkas:
Cerita ini mengisahkan percintaan antara pasangan suami isteri.

Si isteri mengidap penyakit pelupa manakala sang suami sangat romantik.
Yang buat touching bagaimana cara sang suami mempertahankan cinta dia dan cinta isteri dia.

Serius, very recommended!

Apa lagi.
Walau sinopsis ni sangat pendek, tapi dah menerangkan objektif drama ini.




Khamis, November 06, 2014

Cite ni boleh la layan

Yo geng..

Cite ni genre seram yang baru ditayangkan di pawagam bulan Oktober.
Macam cerita hantu. Gabung hantu Melayu, Cina dan India.

Tajuk cerita: Mistik Syirik Tahyul.

Bintang: 3/5 bintang

Nanti klik link kat bawah ye untuk menonton..

Note: Ada banyak link kena klik.
Benda free kena sabar la sikit..
Link tue bukan saya punya. Kalau dah kena remove maaf la ye.

http://adf.ly/tgTcQ

Catatan ini ditaip pada 6 November 2014 jam 10.50pm

Ahad, Oktober 26, 2014

[Movie Review] Nang Nak Thailand

NANG NAK


Tahun:  1999
Asal: Thailand
Pelakon : Intira Jaroenpura, Winai Kraibutr
Tempoh : 100 min

SINOPSIS NANG NAK (credit to Google)


Nang Nak merupakan legenda di Thailand berkisah tentang sepasang suami istri yang tinggal di pedalaman Thailand. Sang suami, Mak(Winai Kraibutr) harus meninggalkan Nak (Intira Jaroenpura) sang isteri yang tengah hamil untuk berperang. Nak sebenarnya tak rela Mak pergi. Setiap hari Nak menunggu kepulangan Mak dengan setia yang disajikan melaluimontage sequence yang menarik hingga Nak yang tengah hamil kini telah menggendong bayinya.  Perubahan cerita dimulai ketika Mak pulang ke kampung halamannya. Intensitas ketegangan sedikit demi sedikit terus bertambah. Ketegangan memuncak ketika penonton tahu bahwa ternyata Nak sudah meninggal sewaktu ia melahirkan. Dan Mak ternyata tinggal bersama arwah Nak dan bayinya.


Visualisasi yang meyakinkan membuat penonton sempat tak percaya bahwa sang istri telah meninggal karena adegan-adegan Nak bersama Mak di rumahnya terlihat begitu nyata seolah tak terjadi apa-apa. Perbedaan visualisasi sudut pandang yang membuat filmnya menarik, seperti ketika pimpinan biksu desa setempat datang menyambangi Mak, para biksu melihat kondisi dan suasana rumah yang kotor dan tak terawat sedangkan Mak justru melihat sebaliknya. Tidak seperti film horor kebanyakan, penonton juga dibuat bersimpati dan berempati dengan sang hantu. Nak tampak menderita dan terpojok,  tak tahu harus berbuat apa dan yang ia tahu adalah Nak mencintai dan tak mau lepas dari suaminya.


Nyaris tak ada bentuk hantu yang menakutkan namun cerita, suasana, dan nuansa yang dibangun cukup membuat bulu kuduk penonton merinding. Tercatat adegan yang paling mengerikan adalah ketika Nak masuk ke ruangan para budha yang sedang berdoa mengelilingi Mak. Nak tiba-tiba datang mengejutkan mereka dan berdiri di langit-langit diatas mereka dengan posisi terbalik sambil menggendong anaknya. Walaupun sosok Nak terlihat wajar namun posisi berdiri yang tidak wajar mampu membuat kengerian yang luar biasa.

Setting sangat mendukung cerita dengan membangun suasana mencekam. Pilihan setting di hutan belantara pedalaman Thailand yang kental dengan nuansa budaya lokal membuat suasananya lebih mistik. Ilustrasi musik juga menyatu dengan cerita dan tiap adegannya untuk menambah unsur ketegangan dan suasana yang mencekam.

Nang Nak merupakan kisah horor mencekam memadu dengan drama dan tragedi yang dikemas dengan baik. Tanpa sosok hantu yang menyeramkan film ini mampu menyajikan ketakutan serta kengerian luar biasa, yang jarang kita temui di film-film horor masa kini. Kisah Nak membawa pesan akan kesetiaan seorang istri pada sang suami, kesetiaan yang dibawa hingga liang kubur. Film ini secara spritual juga berbicara tentang arwah yang tersesat dan ia harus menyelesaikan masalah duniawinya sebelum menemukan ketenangan di alam baka.


PENDAPAT TENTANG FILEM NANG NAK

Kisah cinta yang tragis dan sangat menyentuh hati. Elemen seram dalam filem ini sangat menarik dan mantop bagi zamannya (1999).

Tidak sesuai bagi mereka yang bawah umur.


Berapa bintang?

6/10



Ahad, Ogos 24, 2014

[Movie Review] - Lucy

MOVIE REVIEW - LUCY


Apa khabar?
Well, saya dah berjaya menonton cerita Lucy. Komen ringkas saya, cerita ni boleh dianggap sebagai hiburan sahaja. Mana ler manusia boleh menjangkau 100% penggunaan otak.


Ceritanya begini. Lucy (watak utama dalam cerita ini) berkenalan dengan seorang lelaki di bar nama Richard. Pastu dia disuruh jumpa dengan Mr. Jang. Masa tue memang ada adegan tembak dan bunuh ler. Bila je Lucy dibawa jumpa dengan Mr. Jang, dia disuruh buka beg yang ada kandungan CPH4 (ibarat bom atom katanya). Pendekkan cerita Lucy dimasukkan CPH4 itu. Selepas itu dia mendapat kuasa mendasarkan peningkatan otaknya. Dia mampu mengingati pelbagai peristiwa walaupun perkara yang berlaku pada zaman kecilnya.

Pelbagai peristiwa berlaku. Lucy pergi ke Perancis untuk bertemu Prof untuk menjelaskan apa yang berlaku.

Dalam cerita ini menggambarkan bila otak dapat digunakan semaksimum;

  • boleh mengingati perkara lampau
  • boleh mengawal badan
  • boleh mengawal atom
  • kemahiran berfikir sangat tinggi
  • boleh meramal pergerakan manusia
  • menjadi sangat berani
dan paling terakhir bila mencapai 100%, kebolehan mengawal masa. Ibarat kuasa Tuhan.

Kesimpulannya, hanya Tuhan yang berkuasa!