Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bola. Papar semua catatan

Rabu, Februari 24, 2016

JDT benamkan Ayeyawady 8-1 [24 Feb 2016]


JDT vs Ayeyawady United 



AFC musim 2016 kini membuka tirai dengan pertemuan antara Johor Darul Takzim menentang pasukan kelab bola sepak Myanmar Ayeyawady United dalam Kumpulan H bertempat di Stadium Larkin Johor.


Siaran secara eksklusif akan disiarkan menerusi saluran TV9 bermula pada jam 8.30 Malam. Manakala sepak mula akan bermula pada tepat jam 8.45 Malam.


Tahniah di ucapkan dengan kejayaan mengalahkan Ayeyawady United 8-1.


Senarai Penjaring JDT
Safiq Rahim (6',50',63')
Lucero (83',87')
Subramaniam (14')
Marcos (31')
Zakuan Aidil (90')


#JDT #Ayeyawady #AFC2016 #GroupH

Ahad, Oktober 31, 2010

Laporan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

Dari meja Rozek Suka DiTag

Berjaya menewaskan


Ahad, 30 Oktober 2010 - Pertemuan yang menyaksikan dua gergasi Piala Malaysia 2009 kembali bertemu pada musim ini. Negeri Sembilan yang kehilangan penyerang utamanya, Zakuan Adha akibat kecederaan menurunkan Shahurain sebagai penyerang utama dan pertahanan terbaik mereka antara gandingan Aidil Zafuan dan Sukur Adan. Kelantan pula membariskan kebelasan utama mereka dalam serangan namun kecacatan di bahagian pertahanan kerana beberapa pemain pertahanan mereka mengalami kecederaan.

Pada separuh masa pertama, Negeri Sembilan mendominasikan permainan. Pelbagai cubaan menarik ke arah tiang gol dilakukan namun jaringan mula diperolehi pada minit 14 apabila Negeri Sembilan diberikan sepakan penalti. Sepakan penalti ini diberikan setelah S.Kunalan dijatuhkan oleh penjaga gol Kelantan. Penalti ini disudahkan Shahurain bagi membolehkan Negeri Sembilan mendahului 1-0 dan kedudukan ini kekal sehingga tiupan akhir separuh masa pertama.

Babak separuh masa kedua bermula. Tiada sebarang pertukaran pemain pada permulaan. Cuma Negeri Sembilan melakukan beberapa pertukaran posisi. Kelantan mula mempamerkan rentak serangan yang semakin kemas berbanding separuh masa pertama. . Namun serangan Kelantan berjaya dikawal oleh gandingan mantap pertahanan Shukur Adan dan Aidil Zafuan. Detik mendebarkan bagi Negeri Sembilan terasa apabila kapten mereka, Aidil Zafuan terpaksa diusung keluar akibat mengalami kecederaan. Ketiadaan Zafuan mula menampakkan pertahanan Negeri Sembilan semakin goyah.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin pasukan Kelantan. Pada minit ke56 pasukan Kelantan berjaya mendapatkan gol persamaan apabila Hairudin berjaya menanduk cantik masuk bola ke tiang gol Negeri Sembilan. Tanpa menunggu masa yang lama,pada minit 64 sekali lagi penjaga gol Negeri Sembilan ditewaskan apabila Badhri Radzi membawa bola bersendirian dan melepaskan sepakan dalam sudut penalti. Kedudukan 2-1 ini kekal sehingga wisel terakhir.

Video-Video Jaringan Gol Pusingan Akhir (sumber)

p/s: sangat terhibur dengan sokongan padu dari penyokong Kelantan. Cuma kejadian biasa yang berlaku melibatkan segelintir sahaja penyokong Kelantan mengganggu rentak permainan. Jangan jadi bak kata pepatah, "ayam menang bertanding tetapi kampung tetap tergadai". Apapun, tahniah kepada pasukan negeri Kelantan!

Sabtu, Oktober 30, 2010

Senarai Nama Pemain

PASUKAN NEGERI SEMBILAN
Benderi Negeri Sembilan
Penjaga Gol:
1 Muhd Kaharudin Abdul Rahman
21 Sani Anuar Kamsani
22 Mohd Farizal Harun

Pertahanan:
2 Mohd Rahman Zabul
3 Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad
4 Mohd Affandy Adimel
5 Mohd Alif Samsuddin
7 Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
11 Mohd Syamsol Sabtu
12 Muhd Shukor Adan
15 Ching Hong Aik
16 Qhairul Anwar Roslani
24 Muhd Syukri Ismail

 Tengah:
6 S. Kunalan

9 Shahurain Abu Samah
14 K. Thanaraj
17 Idris Abdul Karim
20 Abdul Halim Zainal
23 Rezal Zambery Yahya

 Penyerang:
8 Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak
10 Mohd Shaffik Abdul Rahman
18 Norizam Salaman
19 Mohd Firdaus Azizul
28 Mohd Asyraf Al Jaffri


PASUKAN KELANTAN

Bendera Negeri Kelantan

Penjaga Gol:
1. Syed Adney Syed Hussein
2. Mohd Shahrizam Mohd
3. Md Khairul Fahmi Che Mat.

Pertahanan:
4. S. Subramaniam
5. Md Zamri Ramli
6. Mohd Farisham Ismal
7. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
8. Azizi Mat Rose
9. Sarudy Aziz
10. Zairul Fitree Ishak
11. Ahmad Azlan Zainal

Tengah:
12. Mohd Badhri Muhd Radzi,
13. Mohd Shakir Shaari,
14. Khairan Eroza Razali,
15. Wan Zaman Wan Mustapha,
16. Mohd Norfarhan Mohd,
17. S. Chanthuru,
18. Mohd Daudsu Jamaluddin.

Penyerang:
19. Indra Putra Mahayuddin
20. Norsharul Idlan Talaha
21. Akmal Rizal Ahmad Rakhli
22. Mohd Nizad Ayub
23. Che Hishamuddin Hassan
24. Md Ramzul Adenan
25. Zul Yusri Che Harun

p/s:: siapakah yang bakal dimasukkan dalam perlawanan? Mari kita saksikan percaturan Wan Jamak Wan Hassan dan B. Sathianathan malam ini 30 Oktober 2010

Rabu, Oktober 20, 2010

TM Liga Malaysia 2010 Separuh Akhir Pertama

LAPORAN EKSKLUSIF DARI ROZEK SUKA DITAG

Malam ini mencatatkan dua keputusan perlawanan iaitu pertemuan antara Kedah dan Kelantan di Stadium Darul Aman dan Negeri Sembilan bertemu Johor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Pertemuan yang menyaksikan pasukan Kedah bertemu Kelantan terikat seri tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan mempamerkan kelebihan masing-masing. Pasukan Kedah yang bermain di laman sendiri membariskan 4 tonggak utamanya bertali arus menyerang ke pasukan lawan namun pasukan pelawat nampaknya gah mempamerkan daya pertahanan. Pasukan pelawat memperolehi peluang terbaik untuk membuka jaringan apabila hantaran silang pada separuh masa kedua yang disambut kapten pasukan, Khairuddin Omar berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Kedah, Helmi Eliza.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula menyaksikan pasukan pelawat Johor FC berjaya mencipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada minit ke 88. Dengan kelebihan ini maka Negeri Sembilan harus mencatatkan kemenangan dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan nanti. Jadual pusingan separuh akhir kedua akan berlangsung pada 23 Oktober 2010.

p/s : siapa yang bakal ke Pusingan Akhir nanti?

Sabtu, Oktober 16, 2010

Keputusan Rasmi TM Piala Malaysia 2010

Malam neh(16 Oktober) rozek terlompat girang menyaksikan keputusan yang keluar..hihihi..

Separuh bakal menemukan pasukan
Kedah VS Kelantan
(20hb Oktober 2010 Stadium Darul Aman)
(23hb Oktober 2010 Stadium Sultan Mohd Ke-IV)

Negeri Sembilan VS Johor FC
(xtau..sbb tak umum pun kat TV tadi..hihihi)

Malam neh juga menemukan pasukan Selangor menentang pasukan Singapura. Pemain veteran Selangor mengalahkan pasukan veteran Singapura (1-0) manakala pasukan Muda Selangor yang mengalami keletihan selepas kecundang kepada pasukan Kelantan semalam dalam TM Piala Malaysia ketinggalan 4-0 sebelum penulis tutup TV. Huh, sangaaaattt menyakitkan hati.

Kita teruskan kepada laporan tanah air.Sedikit informasi berkaitan perlawanan malam ini.
Kedah yang menumpaskan Terengganu 3-0 (Agreget 5-2) menjaringkan gol pada minit 63', 71' dan 85'. Manakala perlawanan yang menemukan pasukan Pahang dan Johor FC menyaksikan pasukan Pahang terpaksa berputih mata walaupun menang pada malam ini 2-1. Agreget (2-2) yang memberikan pasukan pelawat Johor FC kelebihan gol di tempat lawan. Johor FC membuka jaringan pada minit 55' sebelum dikejar Pahang yang menyumbat gol pada minit 70' dan 71'. Manakala perlawanan pada malam ini yang ditayang secara langsung di TV1 menyaksikan pasukan Negeri Sembilan bertemu Perlis. Negeri Sembilan membuka jaringan pada minit 24' selepas tendangan percuma yang gagal disambut kemas penjaga gol dan pada minit 41' sekali lagi penjaga gol tewas daripada jaringan cantik luar penalti. Negeri Sembilan mengukuhkan lagi kedudukan pada minit 74' sebelum Perlis diberikan sepakan percuma pada minit 90'. Agreget (4-1)

p/s: Bola itu bulat tapi hati manusia itu sukar dibaca. Renungkan

Selasa, Oktober 12, 2010

Keputusan Pusingan Pertama Suku Akhir Piala Malaysia



Keputusan secara langsung dari tv1..hahaha..saje tangkap gambo sebagai bukti.
Harapan semoga Kedah layak ke separuh akhir..
Pusingan kedua suku akhir pada 16hb Oktober 2010.

Pulun Kedah Pulun!

Kedah lawan Terenganu




vs




Malam ini dalam perlawanan Quater Final menemukan pasukan Kedah menentang pasukan Terengganu. Pasukan manakah yang bakal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir? Inilah kancah bola sepak negara!
*Saya semestinya menyokong pasukan Kedah..
Pulun Kedah Pulun!
*