Khamis, Julai 24, 2014

Hukum Mengajak Isteri Menonton Video Lucah

Soalan

Saya nak bertanya, boleh tak mengajak isteri menonton filem lucah untuk tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan hubungan seks. Ini kerana isteri saya tak begitu pandai untuk melakukannya dan ia untuk merangsang nafsunya dahulu sebelum melakukan hubungan kelamin.
Jawapan: Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana:

1. Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda: “Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain”. Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

2. Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. (Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

3. Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

4. Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين

Ertinya : “Apa seorang kamu ‘bersama’ isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)” (Riwayat Ibnu Majah 1/619 no 1921)

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. (Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

5. Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

6. Nabi melarang menceritakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.

Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

Ertinya : Janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya. ( Riwayat Al-Bukhari )

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

Oleh: Ustaz Zaharuddin

Jumaat, Julai 18, 2014

Founder ToneExcel



Neillson Tong, Founder of Tone Group

 Syed Kamaruzaman Abdullah, Executive Chairman of Tone Group

Rabu, Julai 16, 2014

Sinopsis Deliver Us From Evil

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 17 Ramadhan, yakni hari cuti umum Malaysia. Eh, seronok nampak? Sebenarnya 17 Ramadhan adalah hari penting bagi umat Islam iaitu tarikh di mana wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hari ni kita digalakkan menghayati Al-Quran.

Berbalik kepada topik tadi, lepas order Pizza Hut Big Ramadhan Box secara delivery gara-gara tertengok iklan kat Youtube.  Rasa teringin pula nak belanja wife tengok wayang. Kiranya kami ambil tiket dalam jam 11.10mlm. Apedehal keluar malam-malam dengan isteri sendiri? Iyo dok? Hehehe

Cerita ini sebenarnya adapsi daripada sebuah novel Beware The Night, yang berkisarkan cerita nyata seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang berhadapan kes-kes supernatural. Di awal cerita menunjukkan 3 orang anggota tentera US dalam operasi di Iraq (tak tahu kenapa mesti Iraq, propa sungguh omputih ni) masuk dalam satu tempat persembunyian. Well, setahu saya di Iraq akan ditanam dalam tanah jika ada yang meninggal. Malas nak komen perkara yang auta tue. Then tiba-tiba lampu kamera yang digunakan terpadam. Pastu ada suara menjerit-jerit. Habis scene tue. Tahun 2013, terus ke scene kedua. Seorang anggota polis Sarjan Ralph Sarchie (watak utama) cuba menyelamatkan seorang bayi yang meninggal di satu lorong ni. Pastu kes kedua pula berkaitan seorang lelaki yang pukul isteri dia. Kes ketiga pula seorang perempuan yang melempar anaknya yang berusia 2 tahun dalam zoo. Kes keempat, kematian seorang lelaki tukang cat.

Apa kaitan keempat-empat kes ini?
Yes,  bijak! Keempat-empatnya relate dengan tentera yang berperang di Iraq tue.

Kesudahannya, seorang paderi ditugaskan untuk menghapuskan syaitan itu.

Overall, audio dan grafik best, tapi rasanya bomoh Melayu, Indonesia dan Thailand lagi real power kot. Tak ape lah, layan jeeeee..

Saya bagi 2 bintang daripada 5 bintang. Worth tengok, tapi cukuplah sekali je..

Note: Terpandang poster kat panggung tadi, Ju-On baru nak keluar? Wow!





Okbai, nak tidur dah. Esok ada program Talk di Damansara.. ZZZzzzz