Sabtu, Mei 24, 2014

Cagaran Bank

Ajoi pergi ke Bank Rakyat untuk meminjam wang sebanyak RM5000. Pegawai Bank bertanya, “Nak buat apa wang sebanyak itu En Ajoi?”

“Saya nak buat berniaga, beli barang di KL dan menjualnya di kampung,” jawab Ajoi.

“Apa yang En Ajoi ada sebagai cagaran?” tanya Pegawai Bank.

“Saya tak faham, apa itu cagaran?”

“Sesuatu yang bernilai, yang akan menutupi kerugian pinjaman jika En Ajoi tidak boleh membayar ke bank. En Ajoi ada kereta?”

“Ya, saya ada Wira tahun 1998.”

Pegawai bank menggelengkan kepalanya dan bertanya lagi, “Apa lagi harta En Ajoi ada?”

“Saya ada 10 ekor lembu”

“Berapa umurnya?”

“Saya tak tahu, tapi sekarang banyak yang takde gigi lagi.”

Akhirnya, pegawai bank tersebut memberikan juga pinjaman kepada Ajoi.
Tiga minggu kemudian, Ajoi datang kembali ke bank tersebut. Dia membuka sebuah beg usangnya dan mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar hutangnya.

“Ini duit untuk membayar hutang saya,” katanya sambil memberikan semua duitnya.

“Tapi En Ajoi, ini banyak sangat, melebihi jumlah yang En Ajoi perlu bayar. Bagaimana dengan selebihnya, apa yang akan En Ajoi buat?”

“Saya simpan di rumah saya jer.”

“Kenapa duit En Ajoi tidak disimpan dalam bentuk akaun simpanan tetap sahaja di bank?”

“Saya tak faham, apa itu akaun simpanan tetap?”

“Maksudnya, En Ajoi simpan wang En Ajoi di bank, dan akan dapat faedah setiap bulan.”

“Boleh, tapi apa cagaran yang anda mahu berikan?”

Ahad, Mac 16, 2014

Wayang: Sinopsis Haunt

Genre: Horror

Cerita Haunt ini biasa-biasa je. Tapi boleh la kalau nak layan cerita seram ini.

Part yang terkejut yang buat tak leh lupa;
Masa buka almari: Tetiba ada muka hantu. Terjerit den dalam wayang tue. Haha, bukan ape tumpah air botol den. Mujur tak ramai orang lagi.

Dipendekkan cerita..
Kisahnya begini;
Di awal permulaan cerita, ada satu keluarga ini mati terbunuh; yang bapa mati akibat jatuh tangga setelah dirasuk syaitan-bapa ini cuba bercakap dengan anaknya yg dah mati; si anak-anak pula ada yang mati tergantung, ada yang kemalangan; yang mati lemas dan ibunya jadi gila. Itu cerita keluarga Morello.

Seterusnya ada satu keluarga ini pindah masuk ke rumah tue. Satu malam si anak lelaki tue terserempak dengan seorang perempuan dalam hutan. Kehadiran perempuan itu diterima baik oleh keluarga lelaki itu. Masa lelaki itu berseorangan kat rumah, tiba-tiba elektrik tiada. Terkejut juga bila lelaki itu ternampak sesuatu masa tengah betulkan elektrik itu.

Lelaki dan perempuan itu jatuh cinta.

Segalanya bermula bila perempuan itu mainkan satu alat penghubung roh (sama macam awal-awal babak di mana seorang bapa kena rasuk itu). Lelaki itu kena rasuk dengan hantu. Lepas itu diaorang bersembunyi dalam rumah. Perempuan itu pula dirasuk dan bunuh lelaki itu. Tanpa diketahui orang lain yang perempuan itu sebenarnya telah kerasukan.

Di akhir cerita sebenarnya ada satu mayat dalam rumah itu yang orang lain tidak tahu.

Habis.


Z bagi 2 bintang..tak best sangat..

Sabtu, Mac 15, 2014

Wayang: Sinopsis Project Hashima

Wow, berderau jantung ni bila menonton wayang cerita Project Hashima ni.

Diringkaskan cerita, cerita ini banyak adegan mengejut je. Sangat-sangat la tidak sesuai ditonton oleh mereka yang mempunyai masalah jantung dan PENAKUT. Hehehe.

Sinopsisnya begini, ada 5 orang sahabat ini telah diupah untuk pergi ke Pulau Hashima setelah kejayaan video diaorang kat Youtube (ye ke?) tentang tempat hantu. Semasa di Pulau Hashima itu, mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan. Ketika berlari keluar, ada salah seorang sahabat diaorang tue mati (tanpa disedari). Yang ni tahu pun masa di penghujung cerita.

Semasa tue mereka diselubungi misteri. Mereka telah diburu oleh sesuatu.

Satu per satu orang mati pastu.

Last sekali, sorang je selamat.

Eh eh eh. Ringkasnya taip. Pendek kata cerita ini tiadalah seronok sangat, boleh la sekadar tengok-tengok gitu je.


Keseluruhan: C

Z bagi 2 bintangggg.. Hahaha