Ahad, Januari 09, 2011

Mengawal Api Kemarahan

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair

"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah.. beristighfar itulah senjata orang2 mukmin.

Tidur yang harus dikejutkan

Dalam Syarah al-Muhazzab, Asy Syeikh Muhazzab, Asy Syeikh Muhyiddin An Nawawy berkata disuruh supaya membangunkan orang yang sedang tidur untuk mengerjakan solat terutamanya apabila waktu solat sudah hampir habis. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT iaitu tolong-menolonglah antara kamu dalam ketakwaan dan kebaktian.di dalam kitab Tashilul Maqooshid Li Zuwaari Masaajid disebutkan bahawa adalah sangat baik mengejutkan orang tidur dalam keadaan :

1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis.

2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat.

3. Jika tidur pada saf pertama di dalam masjid.

4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar.

5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh.

6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari.

7. Jika tidur mendirikan solat fardu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh.

8. Jika tidur selepas azan.

9. Jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman dinyatakan sebagai makruh.

10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan walah menghadap ke atas. Didalam kitab al-Mlnhaad dinyatakan makruh.

11. Jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah SAW apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu ?tidak dimikian itu, dibenci Allah dan RasulNya.

12. Adalah baik mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SWA di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah SAW bersabda :?Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercipkan air ke mukanya.

Mengapa Suami Suka Makan Luar

Seringkali berlaku perselisihan rumahtangga disebabkan oleh sikap suami yang suka makan luar. Tabiat ini kadangkala boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina. Kes makan luar ini boleh melibatkan orang ketiga termasuklah mamak, makcik mee rebus ataupun peniaga tomyam.
 
Kadangkala isteri telah bersusah payah menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan tetapi suami tetap nak makan luar. Berbagai cara telah dicuba termasuklah menukar resepi hampir setiap hari dengan hiasan pinggan yang exotic dan dianggap boleh membuka selera suami. Namun suami tetap bernafsu dengan masakan kedai dan suka makan diluar.
 
Hasil dari satu kajian dikalangan suami, antara sebab-sebab mengapa suami suka makan luar ialah :
 
1. Suasana sekeliling dan cuaca


Jika makan atau minum dikedai mamak suasananya lebih membuka selera walaupun keadaan lebih bising dan kelam kabut dengan jerik pekik dan bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Kadangkala terpaksa berpindah tempat duduk dua tiga kali disebabkan oleh hujan yang tempias. Itupun dikira masih selesa dan boleh menambah selera.
  
2. Minuman

Teh tarik kedai mamak lebih sedap dan lemak kerana susu yang digunakan dikedai mamak berbeza cap nya dari susu yang digunakan dirumah. Cara mamak menarik teh lebih panjang dan lebih tinggi dari cara isteri menarik teh tersebut dirumah.

Dikedai juga terdapat variety teh seperti teh tongkat ali, kopi jantan ataupun kopi radix. Dirumah teh hanyalah campuran teh, gula dan susu. Tidak seperti teh dikedai yang kadangkala boleh mencapai 30 dalam 1.
 
3. Makanan

Nasi dikedai mamak lebih lembut dan gebu walaupun dimasak didalam periuk yang lebih besar. Dirumah walaupun beras yang digunakan adalah beras yang terbaik dipasaran dan dimasak dalam kuatiti yang sedikit masih juga sedap nasi dikedai.
  
4. Masakan

Tomyam dikedai lebih pedas dan secukup rasa kerana ianya dihidangkan oleh "adik-adik" yang suka menjeling dan tersenyum walaupun tak ada apa-apa perasaan pun ditambah pula dengan panggilan manja seperti tuan dan abang.
  
5. Cawan dan gelas

Minuman yang dihidangkan dikedai lebih sedap walaupun dihidangkan didalam cawan atau gelas yang berminyak dan telah dikongsi entah berapa orang pelanggan sebelum kita meneguknya.
  
6. Pinggan mangkuk

Makanan yang dihidangkan dikedai lebih sedap dan membuka selera walaupun pinggan tanpa jenama tersebut hanyalah berharga tidak lebih dari RM3 sekeping dan tiada sebarang bunga atau ukiran sebagai penghias. Sedangkan makanan dirumah dihidangkan didalam pinggan mangkuk yang berjenama mahal serta penuh dengan bunga dan hiasan yang menarik.
  
7. Kerusi meja

Makan dikedai lebih menyelerakan walaupun diatas kerusi dan meja plastik. Padahal dirumah sendiri kerusi yang empuk serta meja yang teguh penuh dengan hiasan bungaan dan ukiran.
  
8. TV dan layar besar

Makan diluar boleh sambil-sambil menonton TV atau tayangan dilayar besar, walaupun ketika itu hanya ditayangkan perlawanan gusti yang memang tak minat untuk ditonton. Makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap.
  
9. Pelayan

Diluar lebih berselera makan walaupun dilayan oleh mamak yang pure dari India atau bangla yang bau ketiaknya bercampur baur dengan rempah kari. Padahal dirumah sendiri isteri sentiasa wangi dan berpakaian seolah-olah nak masuk tidur.
 
10. Jarak perjalanan

Sanggup berjalan berbatu-batu hanya kerana ingin sangat nak makan diluar. Biar hujan, biar ribut, biar panas terik, sanggup basah kuyup atau berlenggeng peluh semata-mata untuk segelas teh tarik.
  
11. Hiruk pikuk

Dikedai lebih hiruk pikuk dengan sorakan manusia, tambah-tambah lagi dimusim piala dunia. Tidak pulak sisuami merungut bising dan terlekat atau tidak selesa. Dirumah sendiri walaupun suasana waktu makan yang syahdu serta romantik, masakan tetap tidak sedap.
  
12. Kena bayar mahal

Teh tarik sanggup dibayar dengan harga RM2 segelas, padahal kosnya tak sampai 40 sen. Itu belum lagi termasuk bayaran parking dan "sedekah" pada kanak-kanak yang datang menjual tisu atau kalendar.
  
Memang tak boleh nak buat apa.... memang dah tabiat dia camtu.

  
Jadi... jika suami anda suka makan luar walaupun sudah puas dileterkan, biarkan saja. Tak guna anda terus berleter, buat kering tekak saja. Tindakan yang terbaik ialah teruskan menyediakan makanan. Biarpun hanya anda dan anak-anak yang menikmatinya.

 Suami memang cepat jemu dengan hidangan dirumah. Tambah-tambah lagi jika asyik-asyik makan ayam goreng, daging masak kicap dan sayur taugeh.
  
Sekali sekala cubalah pulak masak daging goreng, ayam masak kicap dan goreng taugeh.
  
Setelah penat memasak jangan lupa menghidangkannya diatas pinggan yang berbunga-bunga dan penuh ukiran.
  
Akhir sekali jangan lupa menyediakan tuala untuk lap tangan dan mulut.
  
SELAMAT MEMASAK UNTUK KERUKUNAN RUMAHTANGGA..




"Hahaha..artikel ini sekadar hiburan. Hargailah isteri anda selagi berkesempatan"