Sabtu, September 04, 2021

Malaysia Menang Pingat Emas Kedua di Paralimpik Jepun 2020 | Cheah Liek Hou

Well Done Cheah Liek Hou!


Begitulah perasaan penyokong Malaysia bagi temasya sukan Paralimpik Jepun 2020.
Malaysia perolehi pingat emas kedua menerusi acara badminton perseorangan bagi kategori SU5.

Cheah Liek Hou

Liek Hou yang merupakan pemain No 2 Dunia cemerlang menewaskan musuh tradisinya Dheva Anrimusthi (Pemain No 1 Dunia) dengan 21-17,21-15.

Liek Hou yang dibimbing Datuk Rashid Sidek akan menerima ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.



ranking paralimpik badminton



Selasa, Januari 17, 2017

Aplikasi Mobile Mungkin Menjadi Trend 2017 di Malaysia

Hi semua!


Di Malaysia kita jarang dengar mengenai promosi tentang bina Aplikasi ini.
Bagi saya, ia memerlukan seseorang yang menjadi ikon barulah market akan berkembang.


Contohnya:
Sebelum Tuan Azizan Osman menjadi pembakar semangat 'Bangkit" dalam perniagaan, jarang kita dengar orang Melayu nak mula berniaga.

Memang ada insan-insan lain yang berjuang sebelum itu, tetapi apa responnya?

Selepas keupayaan Tuan Azizan Osman barulah muncul pelbagai sifu dan siput lain dalam pasaran kita. "Dari Kerdil Sekarang Raksasa", "7 Tarikan Magnet Duit" dan sebagainya.


Saya meraikan semua orang,buatlah asalkan niat membantu orang lain. Jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang lain.


Trend aplikasi ni bila akan bermula?

Dunia teknologi semakin cepat berkembang.
Sangat-sangat cepat!

Dulu kalau nak buat aplikasi ini macam-macam kena buat.
Kadang-kadang rasa macam nak give up je (yup, sebab susah sangat!)

Tapi lepas 2 tahun bermain dengan Android Studio, akhirnya ia membuahkan hasil.
Realitinya ada potensi yang sangat besar!

Ada berbilion orang gunakan aplikasi di telefon mereka.

So, apa strategi nak guna di aplikasi ini?
Contoh termudah bagi pemilik website (blogger tegar)
Pemilik website ini boleh menggalakkan pengunjungnya supaya sentiasa mengikuti perkembangannya. Caranya?
Dengan meletakkan fungsi Push Notification, blogger boleh menghantar notifikasi kepada semua pembaca yang telah install. Menarik bukan?

Selasa, Oktober 04, 2016

Enterwip2016 SANGAT MERIAH!

ENTERWIP2016


Enterwip2016 kali ini dibuat di PWTC. Memang best giler kali ni.
Menghimpunkan 47 Internet Marketer yang berjaya.
Antaranya:
Tuan Faisal Abdullah (MB2000 - Mari Bermula RM2000 Geng STP)
Tuan Muaz Abdul Hadi (Affiliate niche InfoKerjaya)
Tuan Jamal (FBads)
Tuan Khairi (LikeMethod)
dan ramai lagi.. (nanti saya update ya!)
Korang boleh Google nama mereka..


(sesi bersama Tuan Muaz)

Sesi bersama dengan Tuan Faisal Abdullah).

Nak tahu..
Kos tiket masuk cuma:
RM20  untuk 2 hari!!


MURAH! MURAH! MURAH!

Lebih murah daripada makan di kedai.


Tapi jangan disangka event murah kualitinya hebat..



Sebenarnya event Enterwip ini diuruskan oleh PUIM (Persatuan Usahawan Internet Malaysia) yang diketuai oleh Tuan Gero. Projek ini dibayar oleh kerajaan..


Selain itu, ketika event ini dijalankan juga terdapat beberapa penyampai memberikan hadiah yang sangat best seperti DVD panduan Insta, duit ringgit dan pelbagai lagi.


Fuh, sangat bertuah bagi sesiapa yang dapat!
Kalau begini caranya, rasanya tahun hadapan dan seterusnya wajib lagi diadakan Enterwip lagi!!