Rabu, Oktober 31, 2012

Temuduga Polis

Aiseh, surat tawaran untuk menghadiri temuduga polis itu z dah hilang, hancur terkena hujan.

Okay, mungkin ada yang ingin tahu apa yang berlaku semasa temuduga polis kan? Ini z kongsikan pengalaman semasa menghadiri temuduga ini.

Setiap calon yang berjaya melalui ujian fizikal (dahulu diikuti oleh ujian lisan) akan ditawarkan untuk ke ujian seterusnya yakni ujian temuduga. Semasa ujian ini, calon akan diuji kebolehan dalam menjawab soalan, keberanian secara lisan serta kepetahan dalam berbahasa terutamanya bahasa Inggeris. Dalam ujian temuduga yang saya lalui, ada 3 panel (kesemuanya DSP berpangkat Dato') dan diperhatikan oleh Setiausaha. Soalan yang diajukan boleh dalam bentuk sejarah, isu semasa, Islam, peranan polis dan sebagainya.

Ketika saya ditemuduga, saya diajukan soalan sebegini,
-Europe and Middle East have a war, can you give the name of countries?
-Apa maksud negera berpelembagaan?

Itu antara soalan yang saya jawab ikut suka, tak pasti betul atau tidak. Ada je soalan berkaitan latar belakang diri. Kebiasaannya setiap calon akan ditemuduga dalam tempoh 10 minit. 

Setiap calon akan diajar bagaimana cara ketika masuk ke temuduga, kata sapaan dan gelaran setiap panel. Yang penting, ketika itu, calon hendaklah bertenang, rilex dan yakinkan diri panel juga seperti anda suatu masa dahulu.

Keputusan temuduga akan diketahui pada hari itu juga. Pegawai yang bertugas akan menghimpunkan calon-calon dan seterusnya mengumumkan keputusan lulus atau gagal. Suasananya macam AF tue. (Jika ada calon yang gagal mengawal perasaan, pasti air mata akan jatuh ke bumi.) Calon yang melepasi ujian temuduga ini akan melalui ujian air kencing dan sekiranya layak ke peringkat seterusnya dikehendaki mencari dua orang yang mengenali diri calon lebih daripada 4 tahun untuk pengesahan identiti dan latar belakang. (Bukan ahli keluarga).

Saya dikhabarkan, jumlah calon yang berjaya ke peringkat akhir sebanyak 1500+ tetapi jawatan Inspektor kali ini akan ditawarkan hanya kepada 1000 orang pegawai.Keputusan akan diumumkan melalui surat ke rumah. Selagi surat tawaran jawatan Inspektor belum dikeluarkan, maka calon itu belum pasti menjadi Polis.

Rumit bukan untuk menjadi Inspektor? Tetapi itu yang buat satu keyakinan Inspektor pada awalnya adalah orang-orang yang suci, tetapi adakah pegawai itu mampu bertahan apabila dia mula bertugas? Sama-sama kita boleh menilai.

Kereta Dan Gadis

Pernah dengar tak ada seorang lelaki beli kereta semata-mata untuk meminang gadis pujaan hatinya?
Dan lagi menarik, diberikan kereta itu kepada gadis itu?

Malangnya, hubungan mereka tidak kesampaian.

End.

Selasa, Oktober 30, 2012

Keputusan

Orang kata, fikir dulu sebelum tulis kan. Mungkin ada padahnya bila menaip tanpa fikir. Aku juga begitu, aku menaip kerana perasaan aku sekarang.

Begini, aku ada masalah dan masalah ini rasanya normal dan dialami orang lain.

Aku ada kekasih, mana ada kekasih yang sempurna kan? Yang membezakan, kekasih aku ini pemalu orangnya. Dalam tempoh perkenalan kami, aku senyap-senyap mengajar dia mengenai apa perasaan orang lain, kepentingan keluarga, kepantasan membuat keputusan. Dia ini bijak orangnya, cuma terlalu takut untuk buat keputusan. Yelah, susah kan bila salah buat keputusan? Tetapi orang yang optimis melihat kesalahan itu sebagai lapangan untuk belajar dan segera selesaikan masalah itu. Aku tidak salahkan dia, memandangkan pengalaman dia yang masih mentah. Aku juga begitu, sambil mendidik sambil belajar.

Bila aku kata dekat dia, "Sayang, baik segera beritahu supaya tiada masalah. Tanya pada mereka, nak ke tidak?".
Dia lantas menjawab, " Tak nak la! B tak faham apa yang berlaku!"
Gulp, aku tak faham? Ke dia tak faham bila dia menangguhkan sesuatu lain yang akan berlaku?

Aku utarakan apa perasaan aku, aku jadi tercabar sebab jawatan abg dia, aku risaukan mak abah dia sebab usia mereka dah lanjut. Tetapi aku dikatakan, "B, sebelum abg jadi pegawai tue, dia biasa-biasa je. Mak abah mengharapkan sayang berjaya. Dapat kerja yang tetap, gaji yang tinggi".
Gulp, aku cuma nak dia faham aku sukakan persaingan. Aku jadikan abg dia sbg batch-mark aku. Dah tentu sifat cemburu ada, namun secara optimisnya itu yang menggalakkan seseorang. Tetapi dia melihat sebagai suatu masalah. Dan bila aku katakan pada dia, contohi kakak sulung aku, pandai berdikari. Telinga dia terasa panas. Tetapi tujuan aku supaya dia jadikan target untuk capai ke arah itu.Tentang ibu bapa, aku melihat anak-anak yang berjaya dalam kerjaya sering abaikan ibu bapa mereka. Sedangkan anak yang hanya cukup-cukup makan itulah yang menolong keluarga dia. Tidakkah dia menyedari hakikat ini?

Dia mengetahui bahawa anak-anak kena berbakti pada ibu bapa. Tetapi dia terlupa, dia semakin menjauhi keluarga dia sendiri tanpa dia sedar. Sebagai seorang yang menganggap dirinya adalah suami, dia tidak mahu hubungan kekeluargaan itu renggang. Dia mencari jalan supaya keakraban mereka terjaga. Caranya, pastikan mereka tinggal bersama. Aku tahu apabila dia tinggal bersama keluarga, segala kelemahan, segala apa yang berlaku antara kami, masa, semuanya akan jadi terlalu sikit. Perhatian dia terhadap aku pun makin berkurang. Walaupun aku mengetahui kekurangan itu, tetapi aku tetap jua terpaksa campurtangan dalam beberapa perkara.

Antaranya soal BERDIKARI. Tidakkah orang melihat bila menumpang rumah seseorang itu dilihat sebagai kelemahan?Tidak cukupkah gaji yang dia ada?
Kekurangan di pihak aku; nampak seperti tidak membantu dalam aspek ini. Walhal ketika dia mencari rumah sewa dahulu, akulah yang beri dia pinjam duit deposit rumah kerana dia tidak cukup duit. Tetapi malangnya jasa aku disimpan begitu sahaja.
Ketika BELAJAR, masa dia juga kurang dengan aku. Tetapi, aku memahami itu adalah masa depannya. Walaupun bagi dia tiada hasil daripada belajar itu, tetapi aku tahu dia dapat sesuatu daripada ilmu yang dia belajar.
Kekurangan yang aku kena pikul adalah; andai akulah suaminya, hutang dia adalah tanggungjawab aku. Gaji aku sikit sangat, mungkin aku tidak mampu menolongnya. Tetapi, sebagai suami, akulah yang akan mendorong dia memahami apa yang dia lakukan pasti ada kesan terhadap pasangannya.
Soal KASIH SAYANG, bagaimana dia ingin memberinya?
Tentang MASA DEPAN, bagaimana dia ingin merancangnya?

"..Tanyalah pada diri wahai SAYANGKU. B sedaya upaya lakukan untuk SAYANG sedar banyak perkara yang sangat penting dalam hidup sayang kena rasai. Lakukan sebelum terlambat.

Andai b pergi dulu sebelum b sempat terangkan segalanya, b harap sayang jumpa nukilan ini untuk dijadikan satu peringatan betapa b amat menyayangi diri sayang, dan ianya bukan palsu.."

Kaitan Cinta Dengan Kerja

Dahulu z sombong, angkuh dan ego dalam ucapannya," ketika bekerja, jangan fikir sangat tentang cinta".
Namun sekarang z memahaminya. Tidak dapat disalahkan jika kualiti kerja menurun jika dia ada masalah keluarga. Dan tidak dapat dinafikan anak-anak akan jadi teruk jika tidak mendapat perhatian daripada keluarganya.

Tulang Rusukku

Hehehe..

Akhirnya perkara yang aku takuti muncul. Perkara ini pernah berlaku ketika cinta pertamaku musnah.Ada yang ingin mengetahui mengapa cinta aku musnah dahulu?

Yang pertama, aku susah nak faham apa yang dialami dia terutama perasaan. Benar, aku dilihat sebagai orang yang mengetahui kerana pembacaan aku, tetapi banyak perkara dalam hidup ini akan jadi berbeza. Sebagai contoh, sambutan ulangtahun kelahiran nampak meriah jika disambut di tempat terbuka, tetapi bagi dia itu membazir serta memalukan.
Yang kedua, aku sangat bertolak ansur dalam banyak perkara. Jika dia kata dia sibuk belajar, aku akan mengalah walaupun saat itu aku perlukan bantuan dia apatah lagi perhatian dia. Adakalanya kemahuan dia yang lebih aku utamakan.
Yang ketiga, aku tegas dalam pendirian. Cara lelaki dan perempuan berfikir ada yang berbeza. Aku tidak kisah asalkan masa depan aku terjamin walaupun banyak cabaran tetapi bagi wanita mereka berbeza. Contohnya, bos wanita terlalu teliti untuk perkara yang sebenarnya simple tetapi bos lelaki biarkan pekerjanya berdikari melainkan lelaki itu sangat cerewet. Sebab itu lelaki dijadikan pemimpin kerana akalnya, bukan kerana perasaannya.

Bunyi seperti aku prejudis terhadap wanita? Tidak sama sekali! Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam. Dia dijadikan Allah untuk menemani Adam yang kesunyian. Namun, dewasa ini kita sering lalai melihat apa lumrahnya manusia itu. Izinkan aku berkongsi satu cerita yang berada dalam simpanan komputer aku.

------------------------------------------------------------------------------------
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.
Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.
Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…*
*Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding denganakibat yang akan diterima?

maaf penulis asal, saya sudah terlupa di mana saya mencetaknya. 
------------------------------------------------------------------------------------------ 

 Dan sekarang, hubungan aku yang kedua juga menerima tempias yang sangat teruk. Aku menyesal kerana aku gagal mendidik dia mengenai hidup yang pelbagai dengan masalah. Di mata dia, apa yang dia lakukan demi kebaikan, tetapi apa yang dia lakukan itu hanya seketika. Aku tidak sanggup untuk menegur kerana aku takut hatinya terguris. Di telinga dia, kata-kata aku dilihat sebagai perkara yang merimaskan, tetapi dia tidak tahu hatiku gundah gelana melihat ketidakaturan hidup dia.

Apakah kehadiran aku ini hanya persinggahan seperti cinta pertamaku? Adakah aku perlu yakin pada cinta sekarang? Banyak persoalan yang muncul dalam mindaku. Mengapa aku perlu pertaruhkan masa depan hidup aku?

"..Ya Allah, jika benar dia bukan jodohku, bukan orang yang Kau takdirkan hidup bersama aku, Kau segeralah menjauhkan dia dariku. Aku insan biasa Ya Allah, jika benarlah hati aku Ya Allah, Kau hilangkan rasa rindu dan cintaku pada dia. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui apa yang terjadi.."

Isnin, Oktober 29, 2012

Diterima atau Ditolak?

Hurm. Aku terfikir sebenarnya kehadiran aku tidak disenangi oleh keluarganya. Aku tak pasti di mana silapnya, tetapi perwatakkan kami berbeza. Apa yang dia selalu buat nampak jelek di mataku, orangnya terlalu lambat bertindak, takut untuk menyuarakan pandangan. Padahnya aku yang menanggung kesan itu.

Tetapi, seperti biasa, kesalahan itu tetap milik aku. Aku ada menyuarakan pandangan, kadang-kadang sikap dia yang lambat untuk memahami menyusahkan aku. Aku hampir putus asa, memang aku akui ada perubahan dalam diri dia. Jika dia menyedari kelemahan dirinya itu, pasti dia faham kenapa jadi macam ini. Sikap dia yang bersandar pada takdir, mencari punca menyalahkan orang lain, walhal hati sendiri yang memilih sebegitu. Bayangkan untuk mengatakan TIDAK untuk menolak cinta orang lain itu berat bagi dia? Aku sangat simpati dengan lelaki itu, dipermainkan sedemikian rupa? Ataupun aku yang kena kesian dengan diri aku yang dipermainkan di depan mata?

Adakah suatu masa nanti dia akan menyesal membuat keputusan?

Aku kuatkan hati aku untuk mendidik dia, malangnya dia masih gagal dalam membuat keputusan, memujuk malah menyuarakan rasa hati. Aku hanya orang luar, tetapi akukah yang kena selesaikan masalah keluarganya? Di mana tanggungjawab mereka untuk melihat masalah ini?

Ataupun keluarga aku kena sujud kepada keluarga dia?

Semudah ABC dia kata pilihlah orang lain? Sedangkan maruah diri aku sering dipermainkan? Hina sangat ke aku ini sampai keluarganya mengelak untuk bertemu dengan aku?

Beraya Di Kuantan

Tahun ni diberikan kelapangan oleh Allah untuk beraya ke Kuantan. Perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam dari Kuala Pilah memang melelahkan namun diserikan dengan kehadiran adik-adik yang ikut bersama. Harapan untuk beraya di Kuantan ini sebenarnya telah terbuku hampir 3 tahun, dan akhirnya terlunas jua.

Taman Tas --> Teluk Chempedak --> Zoo Taman Teruntum

Di bawah adalah rentetan perjalanan raya kedua kami.








Harap-harap tahun depan berpeluang lagi.

Pelaburan?

Hurm..terfikir nak melabur, tetapi kena fikir baik buruknya.
Nak bertanya pada sifu Zakaria (Abg Zack), dia ini dah kaya. Tapi suka kondem kalau bab pelaburan. Haha.
Nak tanya pada sifu Azwan, dia perlu test market katanya.
Ehem. Kena planning la sikit. Gaji pun ciput, so, kena intai peluang yang besar sikit. Kan?
Katanya pelaburan emas menguntungkan?

Model Di Jambatan Putrajaya | Last Gambar sebelum kamera DSLR hilang

Ini adalah model saya. Hihi. Gambar ditangkap pada 28 hb Oktober 2012 di Jambatan Putrajaya. Gambo2 ni tak perlu nak edit, bagi z dah cukup cantik. Maklum ler, model pun pandai posing dan comel. Z cuma tambah wording web je sbb xnak ler nanti org copy kan. Huhu.







Harap si Ida ni hepi lah sebab harapan beliau nak jadi model akhirnya terlaksana..

p/s: Ini model jambatan gaya ala pejabat gitu :)

Isnin, Oktober 22, 2012

SMS: Ngan member

A: Assalammualaikum. Bro, tengok bola dekat stadium ke?
B: Waalaikummussalam. Tak jadi bro, ada problem dekat Kelantan.
A: Oh, tak ape, tanya je. Neway, kerja ke hari ini?
B: Tak kerja juga pun, menyesal weh tak jadi pergi. Huhu
A: Takpe, tengok dekat rumah je lah. Wei, hubungan aku dengan dia tidak dapat diselamatkan dah. Seperti pasukan Kedah. Huhuhu
B: Biar betik weh? Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah.
A: Nak wat camno, orang yang nak tackle dia pun orang Kedah. Hahaha..
B: Jangan mengaku kalah, membujur lalu melintang patah.
A: Alah, aku tak cakap begini kalau aku tak cuba bro.
B: Ouc okay. Tiada lagi aku jumpa insan yang perfect seperti dia, kalau ko lepaskan dia aku tak nampak ko akan jumpa peempuan setabah dia.
A: takpe, maybe dia berhak dapat yang lagi baik. Aku okay je. Bro, kalau ikutkan hati aku, memang aku tak sanggup lepaskan dia. Tetapi, soal hati dan perasaan ini tak boleh dipaksa. Ko pun tau yang itu.
B: Aku yang tak okay kot. Aku tak sampai hati apa yang ko korbankan selama ini hanya sia-sia je. Sorry beb lambat reply, aku kat kampung ni line kureng
A: Takpe bro. Dengan sesiapa pun kita sanggup berkorban. Sebab itu aku tak nak buat dia susah hati sebab aku dah. Cukup dah dengan apa yang berlaku selama ini.
B: Tapi aku tak percaya dia boleh jadi cam itu. Serius, aku cakap aku memang pelik.
A: Urm, ko pun tahu kalau boleh dapat lagi elok, baik pilih yang terbaik kan?
B: Tetapi bagi aku, ko yang terbaik untuk dia. Aku pun cemburu dia dengan ko, inikan orang lain. Dia adalah untuk ko.
A: Bro, aku dah cukup bertuah dapat bersama dengan dia selama ini. Bagi aku, kalau dia tidak bahagia dengan aku, aku sanggup lepaskan dia. Aku dah berusaha bro, bukan sedikit, tetapi lebih daripada apa yang aku sanggup.
B: Bagi kat aku jelah kalau ko tak nak. Boleh?
A: Terpulang pada dia bro. Aku tak boleh nak halang.
B: Tetapi ko ada hak pada dia.
A: Aku faham, sebelum ini aku cuba pertahankan. Bro, aku nak kenal dia lebih daripada diri aku. Sebab itu aku cuba nak faham apa perasaan dia.

------------------------------
Cinta ini ada pasang surutnya
------------------------------

Kesilapan Lazim Pasangan - Pandangan Rozek

Assalammualaikum..

Saya mengkaji dan memikirkan perbezaan perasaan antara pasangan. Ini adalah persepsi saya sendiri.Perkara ini saya jelaskan menerusi cara penulisan saya. Jika ada ketidakpuasan boleh email atau bertanya terus kepada saya.

Benar, bila kita terlalu rapat dengan seseorang, kita beranggapan bahawa kita tidak akan kehilangan kasih sayang dia. Sebagai contoh, sang suami atau kekasih yang bercinta dalam tempoh yang lama. Kita selalu berfikir yang kita sudah memahami dan mustahil dia akan curang dengan kita. Tetapi apa yang berlaku pada masa kini?

Mereka yang tidak pernah mengalami keadaan ini akan mempersoalkan apa yang berlaku. Kebanyakkan hanya dipengaruhi oleh novel-novel cinta yang diapdapsikan daripada ilusi dan khayalan semata-mata. Bila mereka mengalami keadaan realiti yang nyata perit, mereka tidak dapat membezakan antara kasih sayang sebenar dan khayalan mereka. Andai ditakdirkan suatu masa nyawa pasangan mereka dijemput oleh Sang Pencipta, ketika itu air mata darah pun tidak mampu mengubah keadaan. Kerana itulah penting untuk kita memahami apa sebenarnya yang berlaku. Bagi mereka yang telah lama mendirikan rumah tangga, kejadian-kejadian seperti pertengkaran, terlupa tarikh penting, susah nak beri komitmen terhadap apa yang pasangan sampaikan dan masalah kewangan itu adalah lumrah.

Kerana itulah wajib (saya meletakkan wajib walaupun pembaca mempunyai pilihan untuk mengabaikannya), bagi mempertahankan keharmonian hubungan itu, belajarlah daripada kesilapan sendiri dan kesilapan-kesilapan orang lain. Cuma catatan saya kali ini apa kesilapan lazim yang dialami dan mengapa perkara itu berlaku dan kesannya terhadap pasangan.

1. Terlupa tarikh lahir
Setiap daripada kita ada tarikh lahir dan itu adalah unik. Penantian adalah setahun, dan paling dirasai bila disambut oleh orang yang disayanginya. Apa akan jadi bila pasangan itu terlupa? Hatinya rasa perit, walaupun dia memahami pasangannya tidak terniat untuk melupakannya.Selalunya sang suami yang mudah terlupa. Mengapa? Kerana suami begitu sibuk menguruskan urusan pekerjaan, keluarganya. Sebagai isteri, anda patut bertolak ansur.

2. Salah faham
Sering terjadi. Mengapa? Sebab dua kepala. Jika satu jasad sahaja, pasti tiada masalah. Kerana itulah, belajar memahami apa yang disampaikan oleh pasangan. Kadang-kadang berilah peluang kepada pasangan untuk meluahkan perasaannya.

3. Bertengkar
Lumrah manusia akan terasa bila pandangan, sikap dan idea dia dipersoalkan, akan timbullah masalah bila masing-masing mahu memenangi pertengkaran itu hinggakan sanggup provokasi. Sebagai seorang suami yang bijak, sebelum isteri mula beremosional yang menyebabkan kita pun naik emosi, selesaikan dalam kaedah yang diktator. Namun, elok juga bertolak ansur untuk kes-kes remeh. Isteri ini akan menyayangi suami yang rasional dalam bertindak, dan suami kena bijak memahami keadaan. Jelaskan kepada isteri mengapa anda mengambil tindakan sebegitu. Jika isteri masih mempertikaikan, biarkan dia dengan ngomelannya. Kan perempuan itu lumrahnya kepada emosi?

4. Curang
Isu yang paling sensitif kepada hubungan. Orang ketiga ini pasti menghancurkan keharmonian rumahtangga. Bukan sekadar kepada pasangan, tetapi jua kepada diri sendiri. Tetapi, mengapa ini terjadi? Tidak sempurnakah pasangan anda? Sebenarnya, dalam konteks psikologi, lelaki ini memang menyayangi isterinya tetapi hatinya mampu terbuka kepada orang lain. Manakala wanita pula, jika dia menyayangi seseorang, mustahil baginya untuk terbuka hati pada lelaki lain. Jika hatinya terbuka, layanannya terhadap suami sangatlah teruk. Maksud saya, suami yang alami sahaja yang akan memahami maksud saya itu. Terlalu banyak artikel memperkatakan tentang kecurangan lelaki, tetapi harus diingatkan. Suami jarang buka kelemahan isterinya, bukan bermakna semua masalah itu berpunca daripada lelaki. Pendek kata, berbincanglah dengan suami hati ke hati. Manakala lelaki pula, jangan pandang remeh masalah hati yang dialami isteri. Cuba kita letakkan diri kita sebagai mereka.

Banyak yang berlaku dalam mana-mana hubungan. Ada pasang surutnya, kadang-kadang benci, kadang-kadang rindu malah ada masanya tiada rasa apa-apa. Jadi, bijaklah mewujudkan keromantikkan hubungan itu kembali. Yang penting, ego sang suami dan ego sang isteri kenalah rendah untuk atasi masalah yang mereka alami. Jadikan pasangan anda adalah sahabat, kawan, pasangan tidur, ibu bapa malah bayangan diri anda dalam dirinya. Pernahkan anda terfikir di saat kematian anda, dialah orang yang sentiasa di sisi anda menemani anda ketika ajal ingin menjemput?

Khamis, Oktober 18, 2012

Assalammualaikum..

Member Z pernah bertanya pada Z apa tandanya kita dilamun bercinta. Z respon as below.
1. Kita menangis krn dia
2. Kita cemburu dgn org yg rapat padanya
3. Kita takut kehilangan dia.

Namun, cinta sejati itu kita yg dapat rasa;

1. Sekiranya si dia sanggup lakukan perkara-perkara yg tlalu bodoh. Seperti menjerit, "I Love You" kat laut walhal hanya ikan, sotong mahupun udang sahaja yg mendengar..tidakkah itu bodoh kerana ikan, dan makhluk2 itu tidak memahami?
2. Sekiranya si dia utamakan kita. Contoh? Camni, andai pasangan itu bekerja, kerana kita dia sanggup ponteng kerja. Ish, takkan sampai begitu sekali. Yup, begitu sekali jika org yg bcinta rasa. Tapi kita yg rasa bsalah kan?
3. Dia layan kamu seperti layan diri dia. Jika dia makan mahal, kamu makan mahal. Jika dia beli baju, dia belikn sekali utk kamu. Jika dia melancong, dia tidak lupakan beli buah tangan utk kamu. Pendek kata, dia akan gembira jika kamu gembira..

terima kasih

--copy from email 18th October 2012--

Pengalaman Ini

"..Dalam tempoh 3 bulan ini aku hanya berfikir mengenai soal hati dan perasaan aku. Aku tidak lagi fikirkan tentang masa depan yang jauh lagi ke hadapan. Aku tidak lagi bersiap sedia mengharungi dunia bersendirian. Di mana setiap masa aku mencari jalan menambat hatinya. Mencari sedikit peluang membuatkan hatinya kembali yakin pada diriku. Tetapi aku kembali sedar. Apa yang aku lakukan ini hanya perasaan aku semata-mata. Aku yang menggalakkan dia bersama si dia, dan aku jua yang memberikan ruang kepada mereka berkenalan. Abaikan sahaja tujuan aku pada asalnya, kerana kini aku belajar itulah natijahnya jika kita membiarkan. Aku pun dalam proses belajar, mengenali dunia ini yang hanya seketika. Aku juga ada perasaan inginkan kebahagiaan dan kejayaan..Lupakan apa yang aku rancang dahulu, kembalilah pada saat aku masih lagi lelaki biasa dalam dunia percintaan..Mulakan hidup baru dalam keadaan yang biasa-biasa..Itu lebih baik daripada kita terikat untuk buktikan sesuatu..Kerana aku belajar sesuatu daripada pengalaman ini..Rozek, Oktober 18 2012.."

Curang Itu Perkara Biasa?

Assalammualaikum..

Pada pandangan rozek, curang itu terbahagi kepada dua. Yakni, secara fizikal dan mental.

Fizikal: Seksual, rosak tubuh dan sensual. Tapi lama kelamaan akan menjejaskan mental jugak..

Mental: Agak subjektif, more to stimulasi akal (bayangan). Lebih banyak melibatkan kemahuan cinta yang menebal.


--Seorang kawan bila ditanya, "Kenapa curang?", dia jawab, "Aku tak curang, dia cuma kekasih gelap aku"..

Aku kata, sama sahaja. Curang dan kekasih gelap motifnya sama.
Untuk menduakan.

--Copy from email bila diskus dengan kawan dulu..tahun 2011--


Perasaan Seorang Lelaki

Assalammualaikum..

Ini adalah luahan hati bagaimana seorang lelaki yang mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dalam mengharungi dunia cintanya.

Ditakdirkan dia adalah seorang yang sangat periang, baik pekertinya, bertolak ansur, suka bercakap dan mudah mendampingi orang lain. Namun, disebalik kelebihan itu dia memiliki banyak kekurangan. Bahasanya sombong, keyakinan diri terlalu tinggi malah terlalu berfikiran jauh.

Dia ada seorang kekasih. Benar, sekali pandang kelihatan kekasih dia adalah seorang yang sempurna segala-galanya. Namun lelaki ini melakukan kesilapan kerana dia ingin menjadi seorang yang terlalu sempurna untuk pasangannya. Dihebahkan pada kekasihnya dia adalah seorang pemimpin, sangat aktif, pandai dan bijak dalam segala perkara. Kata-kata itu memakan dirinya, dia perlu lakukan sesuatu untuk buktikannya.

Adakalanya dalam hidup ini kita kena memahami sesuatu, tak semua perkara yang kita lakukan akan diterima dan difahami orang lain. Dalam proses itu, banyak perkara boleh berlaku, sehingga paling teruk kita akan dipersalahkan dan ditinggalkan sebelum sempat untuk menjelaskannya.

Tahun demi tahun kesusahan diharungi bersama. Turun naik perasaan itu perkara biasa yang dialami setiap pasangan. Tetapi kita jangan terlupa tentang kitaran hidup. Kita bermula tanpa cinta, dan perkara itu akan berlaku jua. Saatnya ketika kita marah, kecewa dan putus asa dengan pasangan kita. Sebagai orang yang matang, kita kena terima keadaan itu. Dan bagaimana cara untuk atasinya?

Jika diberikan peluang oleh Allah andai catatan ini dibaca sebelum atau pada awal perkahwinan, saya cadangkan agar pasangan itu lakukan perkara yang sangat indah. Sebagai contoh, melawat pelbagai tempat, makan di tempat yang popular, mengajarnya tentang perasaan kesetiaan dan kasih sayang. Ketika berlakunya saat yang teruk dalam hubungan, kembali semula kepada yang asal. Cinta itu boleh berputik semula. Terpulanglah bagaimana kita ingin lakukannya. Tetapi, bukan satu pihak sahaja yang perlu berusaha. Didiklah dia agar menerima apa yang dikatakan, "Kesusahan dan Kebahagiaan Adalah Milik Kita Bersama".

Hidup itu sangat indah jika kita bertemu pasangan yang sanggup berkorban bersama kita...

--Catatan asal pada Disember 2011--